Sunday, December 20, 2009

Doa...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

hmm alhamdulillah 2 3 hari ni idea aku banyak untuk dikongsikan dengan semua orang..hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku menonton tv..hehe

ahad lepas ada satu rancangan ni talk show mcm oprah..rachel ray david letterman dsb banyak la nak sebut pon..rancangan ni kat tv1..selalunya aku akan tukar channel bila aku tegok je rancangan ni tanpa mengambil tahu apa isi rancangan tu..hmm tapi kali ni isu dia sangat best..dan cara presentation dia pon best gak..sangat positif..

jadi memula disuruhnya semua audien sebut "BUSU" sekuat hati dalam studio tu sepuluh kali dan kendiannya bila habis je 10 kali disebut BUSU tu terus ditanya
soalan.. "Lembu minum apa?" hehe dan jawapannya "SUSU"..







eh ye ke?hehe jawapannya ialah lembu minum air..anak lembu yang minum susu..ini membuktikan bahawa segala tindak tanduk kita adalah diprogramkan terlebih dahulu..maka dengan itu kita adalah disarankan untuk menyebut setiap hari apa yang kita mahukan..macam yang aku pernah ulas dulu dalam tajuk "TERPINGGIR" sila rujuk untuk kepastian..cuma bezanya kali ni aku akan relate kan subconcious mind kita dengan berdoa..jangan memain dengan doa ni..inilah senjata kita orang Islam..tengoklah najib pon takut dengan dengan doa tok guru ni sampai jadi issue minta tarik balik doa dia..hahaha hadui geli bulu betis aku bila pikir bab nie..

ok cuba perhatikan dulu rajah di bawah nie yang sempat aku ingat masa aku tengok tv hari tu..



ikut Dr tu (aku dah lupa la nama dia sorry) minda kita terbahagi kepada dua iaitu minda sedar dan minda di bawah sedar..dan minda sedar kita adalah saling berkaitan terus dengan lima pancaindera kita seperti di atas..tetapi minda di bawah sedar kita berhubung terus dengan badan kita dan terus ke tindakan kita..presentation dia memang best cuma aku rasa boleh diperbaiki lagi..kalau la dia masukkan sekali element keIslaman tentu lagi cantek..

selalu kita dengar orang bila marah otak dia dah x blh pikir marah sampai xsedar terbunuh orang yang dia gaduh tu sekali..ini apa?mestilah otak di bawah sedar dia yang berhubung terus dengan badan mengakibatkan tindakan sedemikian..jadi kalau kita tukar istilah marah sangat kepada nak berjaya sangat tentu sedar x sedar kita dah berjaya..yahoo hehe xla kita kena sentiasa peringat subconcious mind kita untuk ke arah kejayaan..dan caranya ialah untuk orang Islam kita kan sembahyang hari2..(untuk yang sembahyang laaaa) so setiap kali lepas sembahyang berdoa lah..bila kita nak peringat minda bawah sedar kita kenalah gunakan minda sedar kita..hehe pening x?
senang je maksudnya setiap kali kita sembahyang..kalau boleh janganla berdoa dengan doa yang kita xpaham maksudnya..main pakai hafal je ayat2 dia dan baca tanpa faham adalah salah..sebaiknya masa sembahyang pon kita kalau boleh fahami surah dan ayat yang kita baca kena faham apa maksudnya..rasionalnya kita kena tahu apa yang kita hendakkan..apa yang kita mahu di kawal oleh minda sedar..dan ini kemudiannya akan diterjemahkan oleh minda bawah sedar dan terus ke badan dan seterusnya ke tindakan kita insyaAllah..

cuba bayangkan kalau kita dok berdoa hari2 untuk minta rezeki sehari lima kali dah xpayah susah2 dok ambik masa dok berangan je buang masa kan ye x?aku pernah tanya sorang member aku kat pru ni jugak nama dia sabri..hehe dia ni ustaz la jugak kat sini..aku minta doa kat dia doa lepas sembahyang dan dia tanya aku balik.."habih tu hang doa macam mana selama nie?" dan aku jawab "aku doa dalam baha melayu jer..".."hah yang tu lebih afdhal..hang tau apa yang hang minta..hang tau apa yang hang mau..lagi baguih"..hmm tapi kalau boleh kena la tau juga sikit2 doa selamat dan sebagainya..sekurangnya kita kena taudoa tu untuk apa k..

so aku pon xtau hangpa paham x benda yang aku cuba sampaikan ini..so point dekat sini ialah bacalah doa hari2 lepas sembahyang..benda subconcious mind la apa bala la semua ni dah ada dah dalam Islam tue..guna je la k..jangn risau kalau orang kata kita ni pelampau agama la apa la..asalkan benda ni betui kan..erm ok aku pon ada banyak keje gak la nie..so lain kali aku post lagi k..assalamualaikum..BERDOALAH SELALU DENGAN MINDA SEDAR..

Wednesday, December 16, 2009

rekod...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...hehe hari ni pecah rekod aku berblog sungguh..ini post aku yang kedua..saja2 sambil tunggu member dekat leboss ni dah ada wifi so aku try je la korek idea untuk blog aku..dan hasilnya dalam aku terfikirkan zakat...hmm satu issue yang sensitif untuk dibincangkan di sini...

sesungguhnya aku ini bukanlah seorang ustaz malah jauh sekali untuk diminta pendapat..pendapat aku hanyalah untuk aku k..tetapi kalau jumpa mana2 yang sesuai tu guna jelah..dan kalau ada antara ajaran aku ni yang melampau..syiah ke wahabi ke sesat ke direct sound je kat aku ni k..aku ni boleh terima pendapat orang len jangan risau..cuma nak terima atau tak tu bergantung..cuma jaminan aku takkan melenting bila diberi nasihat k..

mengapa kita susah sangat untuk keluarkan zakat..aku xmau tengok orang len la tapi famili aku sendiri pon ada gak yang perngai macam tu..aku bukan apa..aku pon mcm tu jugak masa memula berjinak nak kuarkan zakat nie..aku paham sangat..tapi cubalah fikirkan TANGGUNGJAWAB kita sebagai seorang Islam kepada Islam yang lain..actually zakat ni termasuk kat dalam rukun Islam tau..

actually bila sebut percent memang nampak banyak iaitu 2.5 percent..tapi x habih lagi tuh..dia cuma 2.5% je dari HARTA YANG TIDAK DIGUNAKAN..kalau RM1000 cuma RM25 je zakat..dan pada aku berzakat dan menderma ni sangat penting untuk orang business nie sebab dari situ lah kita nak dapatkan keberkatan rezeki yang kita dapat..ingatlah rezeki yang kita dapat bukanlah kesemuanya adalah hak kita..ada rezeki orang miskin dalam tu..tuhan bagi rezeki depa melalui kita sebagai ujian untuk kita tengok kita sayang mcm mana dengan duit kita tue..sebolehnya cubalah berzakat...

aku masa memula nak berzakat memang rasa berat sangat nak kuar duit nie..tapi bila tiap2 bulan kita buat benda nie insyaAllah dia dah xrasa berat dahla..aku dah cuba dah dan memang berkesan..jadikan tanggungjawab kita..ringankan tangan kita untuk keluarkan derma dan zakat insyaAllah duit kita akan dibersihkan..

dalam aspek derma ni actually kaum cina ni lagi dahsyat depa punya "zakat"..aku difahamkan depa ni actually "zakat" 10% dari duit depa woo...maksudnya kalau RM1000 depa kena bagi RM100 kat mana2..hehe aku pernah jumpa sorang mamat cina nie dia baru menag duit ekor RM120000 dan dengan selambernya dia bagi RM12000 kat satu rumah anak yatim..pergh memang ringan la tangan dia tuh..malu laks aku ni ha..dia percaya apa2 yang kita nak dalam dunia nie kita kenalah keluarkan dahulu kendian baru la dia mai balik..malah lagi banyak..macam nak berniaga of course kena keluarkan modal dulu untuk beli barang dan stok dan sebagainya..kendian bila orang mai beli bukan saja dapat balik modal malah dapat sekali dengan untungnya...WOW konsep yang mudah...

actually aku dah penah dengar dah benda ni..masa tu aku dengar satu ceramah aku x ingat kat mana tapi kalau xsilap aku ni mai dari robert kiyosaki..ntahla bukan sedara aku pon mamat nie..tapi dia penah kata benda yang sama dengan member chinese aku tue..dan memangla benar sesungguhnya Islam tue dah complete dah..cara nak kaya pon dah ada dah dalam tue cuma kita jerk yang xikut syariat..kalau la semua orang Islam buat benda nie insyaAllah xderla orang miskin muslim dalam malaysia bertuah ni..insyaAllah dengan blog aku ni adalah diharapkan dapat memberikan inspirasi dan idea kepada sebanyak mungkin orang untuk berjaya dalam hidup..aku bukanlah sempurna jadi jika terdapat sebarang perkataan yang mengguris hati sila lah tegur ye..TQ assalamualaikum dan selamat sejahter..salam satu malaysia bwueeeeekkkkk...

Tuesday, December 15, 2009

PERSISTENCY...AAAAAAARRRRRRRGH DIAM LA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

untuk kesemua pembaca..terima kasih kerna masih sudi mengunjungi laman ini..terima kasih kerna masih menyokong pembacaan di ruangan ini..sekarang waktu tengahari..namun nampaknyta aku masihb belum lapar lagi..buat sejarah pertama kalinya aku menaip blog di masjid..hehe masjid di USM nibong tebal..actually hari ni cuma ada sikit je keje aku kat sini..so aku nak balik kejap lagi tapi tetiba aku nampak ada idea untuk blog aku..so terus aku on komputer nie dan lepak kejap lagik...oleh kerana aku tidak menaip blog ni waktu pagi, so tiadalah soalan keramat tue ye...sorry..

ok sebelum aku teruskan dengan rapuan aku nie..jom kita tengok gambar nie kat bawah nie..dah tiga tahun aku dok perhatikan gambar nie..




hmm dalam tiga tahun nie bila aku mai ke usm mcm biasa aku akan ke port aku iaitu school bahan dan setiap kali aku lalu kat koridor dia dan setiap kali tulah aku akan tengok benda nie..sedar xsedar aku selalu pujuk diri aku dengan benda nie..adalah amat bohong bila aku katakan bahawa hidup sebagi agent insuarn adalah sangat mudah dan seronok..actually seperti jugak kerja2 yang lainnya aku kena berusaha malah lebih hebat dari keje makan gaji..inilah hakikatnya..maka kalau ada sesiapa yang berjumpa dengan mana2 agen dkt luar sana yang bagitau kata keje insurance agent mudah depa bohong cuma satu saja yang menyebabkan aku suka keje nie...PUAS...yes aku puas dengan hasil diri aku..aku tau setiap titik peluh aku yang keluar adalah berbaloi dan berhasil..

tapi yang ni semuanya cerita sekarang..waktu aku nak mula2 buat dulu adalah waktu yang amat menyeksakan..aku perlukan base client yang sangat banyak untuk stabilkan diri aku..aku selalu frust dan kepenatan..kadang2 aku fed up..cuma bila aku mai sini dkt usm aku baca kata2 semangat nie..aku kembali tenang (actually baca Quran pon tenang tapi untuk orang yang buta bahasa arab mcm aku nie payah la sket)..maksud untuk kata2 di atas ialah...


"TAK KISAH SELAMBAT MANA KITA BERGERAK..ASALKAN JANGANLAH KITA BERHENTI BERUSAHA..IT'S OK"


dont worry jangan la risau..bahasa arabnya ialah istiqamah..cerita ni actually dah selalu dah kita dengar contohnya mcm cerita arnab dengan kura2 (kalau sapa yang xtau citer ni masuk tadika balik k)..inilah maksudnya persistence..jangan kata keje apa..semuanya ada halangan dan dugaan..semuanya ada masalah..tipula kalau xder..kecuali bapak hang pa ada tinggal bisnes billion punya kat hangpa..so stop la jangan baca dahla blog ni..tapi kalau mak bapak kaya pon stil nak berusaha dengan diri sendiri sila lah teruskan k..hehe acah mak enon..

benda ni kadang2 kita pon xsedar mak kita guna masa nak pujuk kita makan nasi dulu..ala ayat macam ni la lebih kurang "ala sayang mak ni makan la..ni sikit je lagi nie"..yes inilah ayat yang aku ingat mak aku guna masa nak suap aku makan dulu..kalau mak hangpa xbuat mcm ni dulu kat hang pa aku pojn tumpang simpati..mungkin mak hangpa sibuk kut..maafkan lah depa k..

jadi kesimpulannya kita semua patut cari sesuatu untuk pujuk diri kita waktu kita down dan pada aku salah satunya ialah quote di atas tu la..hehe sedar xsedar dah 3 tahun dah ayat ni pujuk aku untuk berjaya..alhamdulillah terima kasih..moga2 dapat la pahala sapa2 yang reka ayat tue..murah la rezeki dia..ingat jangan rush sangat dan jangan risau kalau performance kita xsehebat mana mcm orang len..lain orang lain rezekinya..xkisah result walau xhebat mana pon..janji jangan give up..jangan berhenti untuk berusaha..dan yang paling penting jangan sesekali berhenti berharap rezeki dari Allah SWT..sentiasalah berdoa untuk hidup yang lebih aman..inbsyaAllah amiiiin...

eh actually aku nak citer persistency aku yang saspen nie..hehe xper lain kali la aku luahkan k..hehe aaaaaargh

KALAU punye citer...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

so apa khabar semuanya...hari ini adalah satu hari yang sangat mengembirakan aku..nak tau pasai pa?lagu english aku yang pertama berjaya ditemui..haha aku cari lagu ni sejak darjah lima lagi masa tu aku umur 11 tahun dan skrg aku sweet 27 blh bayangkan x betapa syoknya dengar lagu nie...haaa nostalgia betui..aku baru tau tajuk lagu dia come undone kumpulan duran duran..dedulu hari2 aku dok tunggu kat tepi radio nak dengar lagu nie..haha cari la kalau terer pastu download la sendiri..ok sudahlah pasai lagu...tet tet tet

hmm oleh kerana hari ni aku menaip waktu petang..so aku pon rasa xpatut untuk aku bertanyakan tiga soalan tue..hehe..

kalmarin masa aku dok tgh drive kete tu sambil2 aku dengar prof izi haji ali dok bagi tazkirah pendek..selalunya aku meluat dengar mamat nie cakap sebab mcm ghey tapi kali ni aku rasa apa yang dia cakap memang dekat sangat dengan aku..maka aku pon berminat..dan aku rasa benda ni sangat sesuai untuk aku kongsikan dengan semua..

maka ingatlah dikala kita selalu berkata "KALAU" mungkin akidah kita boleh rosak diakibatkan kita tidak mempercayai takdir yang telah ditentukan..mcm aku selalu dok kata kat diri aku sendiri..

"isk tensen sungguh masuk agensi raja nie..macam haram pon ada..Kalau aku x masuk dulu mesti aku senang sekarang nie"

perkataan kalau dekat sini boleh mengambarkan aku sendiri sebagai orang yang tidak setuju dengan jodoh pertemuan dan takdir yang telah diberi tuhan..mungkin aku xkan sampai ke tahap ni kalau aku ada dekat agensi lain..kan betui x?mungkin sebab raja yang selalu push aku so aku pon blh buat betui2 untuk tahun yang pertama..mungkin aku xkan berani resign keje lama aku kalau bukan sebab dia..mana aku tau dengan aku tidak join agensi raja maka aku akan senang?banyak benda yang boleh dipersoalkan dengan satu ungkapan dari hati nie..

maka aku pon istighfar banyak2 mengenangkan banyak tahun kebelakangan nie aku selalu terlintas malah pernah berbicara dengan orang pon aku keluarkan ayat yang mcm nie..patutnya benda dah buat terukan jelah..sebab tu la mungkin ada hikmahnya aku yang berkelana dekat dua tahun dulu..orang kata sayangkan anak tangan2kan sayangkan isteri tinggal2kan..sayangkan agensi hmm berkelanalah dua tahun..hehe yang last tu aku tambah sendiri...tapi alhamdulillah aku nampak banyak sangat improvement yang ada sejak aku berkelana dulu..mungkin dia pon ada belajar dari kesilapan dia maka mana kesilapan dia dia dah xbuat dah dengan anak2 buah2 yang lain skrg nie..ada hikmahnya untuk kami bergaduh dan ada hikmahnya untuk aku keluar..maka aku boleh belajar tentang diri aku sendiri..dan boleh ada ruang untuk raja berfikir sejenak tentang tindak tanduk beliau selama nie..

jadi marilah kita sama2 fikirkan selama ini adakah kita selalu berfikiran sama?selalu meletakkan keputusan tuhan adalah tidak baik..jadi marilah kita sama2 untuk membuang pemikiran yang tidak baik ini..astaghfirullal'azim...

Friday, December 11, 2009

motivation...motivasi...motivasional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..tahniah untuk aku kerna mampu bangun awal pada hari ini memandangkan hari ini sabtu ialah hari yang kuumpamakan hari cuti sehari..sebab hari ni selalunya insyaAllah aku akan stay kat rumah untuk berehat..tapi kalau hari lain yang aku xkerja aku namakan mereka hari rehat..hehe awal2 lagi dah merepek aku nie..

pagi ni sambil aku bangun sembahyang subuh aku dok terpikir..apa nak jadi dengan aku nie ha???buat kerja selalu hangat2 taik ayam..aku pon cemuih dengan perangai aku yang xmau matured2 lagik..still mcm budak2..mungkin dekat situ ada kelebihannya..mungkin sapa tau kan?

aku asyik dok terpikir mcm mana orang yang dah berjaya dalam bidang masing2 boleh tulis buku motivasi??mana depa dapat idea???

(1)adakah sejak dari awal lagi memang depa dah dapat konsep tu?

(2)atau mungkin depa dah berjaya baru depa tengok balik kehidupan depa yang dulu kendian buat cerita berdasarkan kesilapan depa dahulu?

aku rasa kemungkin yang betul adalah yang kedua..bila kita mampu hidup senang dan berada di dalam kelompok orang yang berjaya..maka barulah kita mampu untuk melihat dari atas untuk mencari kesilapan..kesilapan ini boleh disampaikan kepada orang lain supaya jangan diulangi kesilapan dirinya yang terdahulu..contohnya kalau ada seorang yang dijatuhkan hukuman sebab membunuh..orang yang dihukum tentu tidak akan terima penghakiman terhadapnya sebab dia mungkin merasakan orang yang dibunuhnya adalah selayaknya mati mungkin kerana sebab2 yang tertentu..mungkin kerana dendam atau mungkin mempertahankan diri..tetapi menurut penghakiman hakim..membunuh adalah masih bersalah..ini adalah dibuat berdasarkan undang2 dan pemikiran yang tenang dan tanpa paksaan mana2 pihak maka tuan hakim mampu untuk berfikir berdasarkan akal dan bukan emosi semata2..berbanding dengan orang yang dijatuhkan hukuman mungkin semasa membunuh beliau tidak berfikir tetapi emosi semata2..jadi untuk menjadi seseorang pemimpin yang berjaya haruslah sentiasa memastikan hati dan fikiran sentiasa tenang supaya keputusan yang dibuat adalah tenang dan mampu untuk melihat dari setiap aspek masalah..hmm malangnya contoh tadi xblh dipakai untuk malaysia sebab hakim dekat malaysia pon dok kena tekan jer..aku bukan apa rasanya susah untuk dipercayai seseorang tu memang semulajadi bermotivasi tanpa melalui sendiri pengalaman sebelum sampai ke kemuncaknya..point ni orang len paham ke x maafkanlah aku..aku paham..kalau x paham nak kan penjelasan kol le aku ni ha 0164105299..

erm yang tu saje kut..aku pon lapar nie..kejap lagi la aku buka post baru untuk idea yang lain k..tadaaaaa assalamualaikum..

Saturday, November 28, 2009

kehidupanku...

Assalamualaikum...dan salam sejahtera..ramai yang bertanyakan kehidupanku..maka dengan ini akan ku kupaskan sebaik mungkin dengan tayangan klip pendek ini..mungkin kita dapat mengambil sedikit iktibar dari klip ini...


Tuesday, November 24, 2009

new and fresh idea..positive

Assalamualikum..dan selamat sejahtera..apa khabar semua?

jadi kita mcm biasa kita semua..hiruplah udara yang segar dikala pagi nan indah ini..bersyukurlah kita masih bernyawa untuk menghadapi hari2 yang penuh dengan Surprise..pejamlah mata untuk ketenangan..tanyakan soalan di bawah kepada diri sendiri..

1) ARE YOU HAVING FUN WORKING YESTERDAY?

2) ARE YOU HAVING FUN WORKING TODAY?

3) CAN YOU IMPROVE YOUR BUSINESS TODAY?

maka JAWABLAH, bangunlah dan jawablah dengan mata yang terbuka..YES, AKU BOLEH..hmm au pon xtau citer apa ni..tapi klu ada some one yang ingat tajuk citer nie tolong bagitau aku k..aku ingat wording nie tapi xingat tajuk citer..

"YESTERDAY is HISTORY
TOMORROW is SURPRISE
and TODAY is a GIFT, that's why we call it PRESENT day"

erm nice words untuk satu keadaan yang mungkin kita down..bangunlah semula..yang lepas tu lepas lah..redha lah dengan kesilapan yang kita lakukan kelmarin..bangunlah untuk kita menghadapi hari esok..mungkin esok adalah lebih baik dari hari ini..SURPRISE..dan hayatilah hari ini sebba hari ini adalah anugerah dari Allah kepada kita..kita xtau jugak sama ada kita masih mampu untuk hidup esok..whatever yang kita dah buat..just jangan give up dan jangan menyesal ok..HIDUPlah di hari ini..NANTIkanlah hari esok..smile.. :-D

so ok hari ini ingatlah bila kita bangun dari tido..kita dah mula bekerja..bekerja lah untuk hidup..just in case hangpa pon business mcm aku jugak..hurm actually xder istilah hari cuti untuk kita nie ok..org makan gaji yes ada masa cuti..kita sorry xder cuti weh..jadi sebelum kita bekerja..cubalah amalan sesuatu iaitu berdoa..minta supaya kerja kita dan rezeki hari ini dipermudahkan Allah dan semoga rezeki yang dibawa balik hari ini adalah berkat dan bersih..doa juga sekiranya hari ini tiada rezeki yang tertulis untuk kita..maka sekurangnya berikanlah pahala untuk kami ya Allah habuan untuk kami keluar bekerja untuk mencari rezeki bagi keluarga kami..Amin..

"Bismillah..Ya Allah..ampunkanlah dosaku ya Allah..aku memohon kepadamu ya Allah..kau permudahkanlah kerja kami pada hari ini dan mendatang ya Allah..kau permudahkanlah rezeki kami pada hari ini dan mendatang ya Allah..kau berkatilah dan bersihkanlah rezekiku ya Allah..dan jika tiada rezeki yang kau titipkan untukku pada hari ini ya Allah..maka aku dengan serendah hatiku memohon kepadamua ya Allah..kau berikanlah pahala untuk kami kadar yang kami lakukan hari ini iaitu bekerja..sesungguhnya tiadalah lain tempat untuk kami meminta-minta..amin yarabbal 'alamin.."

Semalam aku ada sembang dengan seorang agent prudential jugak..hehe best sembang dengan dia nie dan aku rasa dia pon best sembang dengan aku gak..banyak idea yang dia curahkan untuk aku tulis dalam blog hari nie..dan aku harap dia pon akan ada idea untuk sales bila bersembang dengan aku nie..hendaknya bermanafaatlah kedua-dua pihak..cuma bezanya bila dia kata dia dapat idea dia x luahkan ke mana-mana jadi aku rasa cara ni mungkin akan menyebabkan dia kelupaan ideanya satu hari nanti..tapi dia cakap dengan aku tahun depan insyaAllah dia nak buka blog jugak macam aku..aku tujuan utamanya untuk buka blog nie adalah untuk mencurahkan idea idea dan idealogy yang akan didukung oleh agensi aku satu hari nanti..insyaAllah..so yang seterusnya adalah hasil dari idea dia semalam..new paragraph

1) aku diusulkan supaya sama menceritakan pengalaman aku dalam sales, basically aku buat insuran..dan produk aku dah banyak dah membantu orang ramai..memang dah ramai dah client aku dapat manfaat dari insuran nie..cuma aku xhebahkan..actually aku boleh je kalau nak minta depa komen sikit dan akan aku masukkan ke dalam blog aku..insyaAllah aku akan buat benda nie dalam masa terdekat..cuma aku xblh campurkan blog ini dengan blog servicing..maka terpaksalah aku create new blog nnt..aduhai bertambahlah tanggung jawab aku..macam yang bapa saudara spider man cakap waktu dia nazak dulu

"WITH GREAT POWER, COMES GREST RESPONSIBILITY"

dan hasil dari perbincangan, maka aku akan buka blog baru di facebook hanya untuk aku menceritakan pengalaman aku menolong orang..macam batman pon ada jugak aku ni ha..hehe tolong orang..actually orang tu yang tolong aku dulu..hehe dan kalau aku batman maka jokernya adalah raja la sapa lagik...hahahahaha eh terNEGATIF laks..sori2..lawak jer..

2) aku perasan bile dia citer kat aku semalam yang dia banyak client yang xmau sambung bayar insuran aku pon kena buat post mortem..jadi semalam sambil dok bincang dengan dia masalah nie aku cuba huraikan masalah nie satu demi satu..aku pon ada masalah yang sama tetapi aku rasa pendekatan yang aku buat adalah lain dari dia..aku cuba fahami masalah client dan aku cuba letakkan masalah client sebagai masalah aku dan aku pernah beberapa kali jugak la selesaikan masalah client aku.,.masalah rumah tangga pon ada jugakla..dan aku rasa mungkin yang ni menyebabkan client xralat langsung untuk bayar insuran depa..mungkin depa dah set mcm ambil insuran dengan aku sebagai tanggung jawab depa..aku selalu set otak depa mcm tue..ini adalah tanggung jawab untuk ambil insuran tetapi ambilah sekadar yang termampu..sebab tu aku x setuju snagat dengan client profil yang raja buat..client profil tu cuma sesuai untuk orang yang memang pendapatan tinggi saja..mcm cikgu dan pensyarah contohnya..mana mampu untuk ambil insuran yang harganya mencecah 7-8 ratus untuk seorang semata2 untuk memenuhi keperluan insuran..tu xmasuk anak2 lagi..so dalam client profil yang akan aku buat nnt akan aku bahagikan bahagian businessman dengan makan gaji..insyaAllah..pendek kata kita kenalah perhebatkan servicing kita..show that we care them and love them..janganlah nampak sangat dok ligan duit je memanjang..mata duitan..jangan kata orang aku pon benci..

so mungkin yang tu saja untuk kali ni insyaAllah kita akan citer lagi kendian kalau ada umur dan kelapangan..hmm mungkin satu hari nanti aku sendiri akan menulis satu buku motivasi untuk rujukan semua..insyaAllah..hmm so many thing to do and so little time..Assalamualaikum..dan selamat sejahtera..smile..( I MEAN IT )

Sunday, November 22, 2009

positif dan ilmiah... 2




ok ni sambungan jelah k..

4)aku ada sembang dengan kak bee baru2 ni over lunch..actually xla lunch sangat tapi lebih kepada teatime eventhough waktu tu pukul 12 tghari..dia ada ajar aku untuk lebih appreciate wife aku..dan memang aku appreciate her very much..dahla bini lawa..sapa xsayang bini wei..so apa yang perlu aku buat ialah tanyakan harinya bagaimana..show that we care her..show our love..dan memang dia deserve benda nie..dia cukup bersabar dengan aku..insyaAllah aku akan buat hari2..keep her smile..

5)ayat nie aku ambil dari abanglong aku iaitu pengasas Sekolah Pemikiran Kampung Baru (SPKB)..kalau nak baca blog abang aku nie http://www.karyafansuri.blogspot.com..
setiap kali kita berusaha..ada dua keadaan untuk kita bermuhasabah diri..satu ialah keaddan di mana kita PERLU LEBIH KUAT BERUSAHA dan satu lagi keadaan ialah BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA..jadi setiap kali kita perlu motivasi untuk lebih berusaha..tengoklah orang yang lebih atas dari kita..kita sentiasa akan ada orang yang lebih tinggi dari kita..lebih hebat dari kita..so belajarlah dari dia..tekun lah lebih dari dia..dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada..caranya tengoklah orang yang lebih rendah dari kita..SYUKUR alhamdulillah..

6)aku ada sembang dengan sorang client aku..dia buat zhulian..dia buat sales jugak..tengok jer aku kadang2 dia mai tanya aku cara aku buat sales..dan aku jawab actually banyak cara untuk buat sales..tapi yang penting ialah kita sanggup untuk buang EGO, sanggup terima KESALAHAN DIRI, MENGAKU KESALAHAN DIRI, dan pentingnya sanggup terima risiko dan bertanggung jawab dengan kesilapan yang kita lakukan..

7)hangpa ada tengok dak citer "the count of monte cristo"..citer nie memang best sangat dan aku memang minat citer nie..dalam citer nie ada satu word yang saint tu guna masa nak ajar hero tu main pedang..kalau tengok citer nie cuba fokus masa dia suruh hero swipe tangan dia melalui air tanpa basahkan tangan dia..

"The Strongest Swordsmen Not Necessarily Win"

urm ayat ni sesuai digunakan untuk menaikkan semangat orang yang baru nak mula buat sales..even orang yang terhebat pon ada time dia kalah..it's ok to loose..pagi ni laks kak fathilah minta aku tlg nasihat anak dia sebab tersilap buat karangan masa SPM hari tu..it's ok..dont worry there is always second chance..it's not the end of the world..sama2lah kita fikirkan ayat2 nie ok..

8)hehe ini sesuai untuk agen baru dan lama..untuk jadi seorang agen..seseorang tu mesti mempunyai self confident yang tinggi..aku rasa aku ada benda nie..tapi bukan semua orang..aku dengan selamber buleh ngorat pompuan kat mana2 dan rationya sangat tinmggi untuk berjaya..just make sure tengok diri kat cermin setiap pagi sebelum kuar umah..make sure penampilan diri perfect..benda ni sangat penting..caranya untuk ajar depa nnt anak buah aku ialah aku akan suruh depa ngorat budak perempuan..PA aku pon xpe..tapi jangan la serius..confident ni banyak..eye contact, pergerakan badan,senyum, jarak badan dsb..benda ni kene banyak kajian dari pengalaman..xder guru blh ajar..

9)urm nnt bila aku ada anak buah..aku akan make sure depa pon ada blog..so mana2 depa ada, aku blh perhatikan apakah aktiviti depa..just jujur sahaja..hurm mungkin dengan kaedah nie aku blh kurangkan meeting sebab thru blog pon blh tau aktiviti depa..member2 just komen sajala..

hehe ok tu saja untuk kali ni..harapnya esok sentiasa akan lebih dari dari hari ini..assalamualaikum dan selamat sejahtera..salam satu malaysia khoik ptuih..

positif dan ilmiah...

Assalamualikum..dan selamat sejahtera..apa khabar semua?

jadi kita start blog ni dengan soalan lazim yang akan di tanya pada setiap pagi kepada aku sendiri?

1) ARE YOU HAVING FUN WORKING YESTERDAY?

2) ARE YOU HAVING FUN WORKING TODAY?

3) CAN YOU IMPROVE YOUR BUSINESS TODAY?

maka marilah kita jawab dengan penuh semangat..YES I WILL..jawablah dengan penuh tanggung jawab..YES cuma satu perkataan dengan tig huruf..tetapi amatlah besar maknanya..dalam kes ini YES adalah bermaksud BOLEH di dalam bahasa melayu..ikutlah mana yang boleh menaikkan semangat kita..kalau BOLEH lebih bermakna..maka jawablah BOLEH..(garangkan sedikit muka)..

hmm agak banyak perkara yang ingin aku bincangkan dekat sini..jadi mungkin akan ada 3 atau 4 post untuk tujuan ilmiah nie..harap janganla boring membaca k..

1)aku ada tengok satu movie nie..tajuk dia BRAVEHEART kalau xsilap aku..lakonan utama Mel Gibson..aku memang minat mamat nie sebab lakonan dia aku rasa sungguh bersemangat..dalam citer ni pendeknya adalah citer kemerdekaan scotland dari England..ada sorang raja nama dia King Edward..jahat sungguh nie tapi sangat bijak dalam pemerintahan..mcm mahathir jugakla..memang mastermind..satu kelebihan yang aku nmpak dari dia nie ialah dia mampu cari positif dalam apa2 jua keadaan..untuk minta truce dari mel gibson dia dah hantar menantu dia instead of anak dia sendiri..sebab dia tau mel gibson xkan sanggup bunuh perempuan..so dia hantar menantu dia..anak kepada raja perancis..alasan dia in case kalau gibson bunuh jugak menantu dia..dia akan gunakan alasan nie untuk minta bantuan dari perancis untuk berperang..dan dalam peperangan pon dia banyak dia gunakan otak berbanding tenaga..dan dia pandai untuk gunakan orang..memang briliant sungguh..cuma jahat jer mcm joker lawan batman..tapi dia xtau yang keputusan dia kali ni silap..dan hasilnya walaupon endingnya gibson mati dihukum bunuh tapi dia sempat cret menantu dia..dan hasilnya ialah keturunan raja england sampai hari ni ialah dari keturunan mel gibson..at least tu la citer tue..walaupon gibson kalah berperang tetapi tetap menang moral..everybody wins and everybody loose..

2)isnin lepas masa aku mai weekly meeting aku nampak presentation raja agak bagus mungkin sebab ada banyak budak baru yang nak mendaftar..eventhough banyak point yang dia present malam tu dia ambik dari aku..aku ingat lagi waktu aku dulu2 dok menyembang2 dgn dia banyak idea untuk menaikkan semangat budak2 digunakan hari ini..di depan aku..hehe aku nak gelak pon ada..nak tiru tapi et least bagila credit sikit kat aku ni ha..tapi ada satu point ni yang pada aku memang hebat..

ATTITUDE..

pada aku yes memangla attitude ni keperluan tapi berapa ramai yang betui2 blh hayati erti ATTITUDE..dan dalam meeting ni contoh yang dia bagi kat kami memang sangat menyentuh hati aku..(ada gakla yang bagus raja nie).."orang2 palestin yang hari2 berperang dengan israel walau tahu kelengkapan dan kesemua nya sungguh ketinggalan dari israel tapi still berkeras untuk lawan..ini apa?ATTITUDE depa memang tinggi..degil untuk berjaya walau tahu diri sendiri..pada depa hidup menang mati pon menang..depa ni adalah contoh pada aku ATTITUDE yang paling tinggi..". aku penah tengok Majalah 3 masa tu dia ambil gambar dekat sana..wartawan nie jumpa sorang pejuang palestin..dan pejuang tu dia minta tolong satu je dengan rakyat Malaysia..tolonglah DOAKAN DEPA BERJAYA..aku dok pikir balik..kita kat sini nak tahan xmakan KFC pon xmampu..astaghfirullahal'azim..betapa rendahnya ATTITUDE kita..sedap sangat KFC tue..depa jugak pesan lain kali kalau kamu datang sini cari kami ntapi xjumpa tolonglah ke kuburan dan doakan kami di sana..maksudnya otak memang dah ready untuk mati..adakah kita dah ready?sama2lah kita fikirkan ok..there is more than money in this world..

3) DREAM..mimpi dan impian adalah tafsiran di dalam bahasa melayu..tapi gunakanlah impian dalam case ni ok..untuk berjaya yes kita perlu ada dream..tapi mestilah jelas..sangat jelas untuk dicapai..mampu untuk dicapai..bila dok berangan..jangan habiskan berangan dekat tu saje..berangan sama mcm mana kita bekerja untuk dapatkan dream kita tue..bila kita nak dapat dream tue..mulakan dengan dream jarak dekat untuk kita capai..contohnya tahun depan apa yang aku ndak..dan sebagainya..mudah pon xper..aku punya dream aku nak ada simpanan sebanyak rm10 ribu tahun depan contohnya..yang tu mudah kan??

erm banyak lak pulak aku dah taip..sambung dengan post seterusnya ok..

negatif ni..AMARAN..baca kalau ion positif cukup je dalam badan

pagi ni aku mai meeting dan seperti biasa raja xmai pon..isk sebelum aku start sessi ilmiah aku pada pagi ni aku nak minta kebenaran dari semua untuk sesi kutukan dahulu..kalau xsilap aku..aku kena terminate sebab aku xmai meeting..dia xmai xper pulak..aduhai..betui2 ketamla..ingat dak Mr Crab dalam Spongebob Squarepan..sapa2 yang xpenah tau watak ni sila rujuk citer Spongebob Squarepan everyday kat TV9 jam 5 petang..hehe mcm nila dia tue..gila duit dan cakap xpernah serupa bikin..aku pagi ni ada hantar satu mesej yang sangat best untuk dikongsi bersama..

Aku : Per : Morning Meeting
Tarikh : 23/11/09
Hari : Isnin (pagi ini)
Waktu : (8.30-9.30) pagi
Tempat : bilik meeting tgkt 1

Kenapa tidak hadir?

Ali Imran.

dan dia xreply pon..hahaha aku rasa dia xbangun tido lagik kut..hahahaha best betui blh balas paku buah keras..erm raja kalau u baca blog i nie..selamber i nak bagitau u yang u ni xder attitude la..hahaha ok2 dah masuk ilmiah jela..

hmm dahla sessi nie..aku rasa kena buat post lain untuk buang yang negatif nie..

Saturday, November 21, 2009

pi mai pi mai tang tu..

Assalamualikum..dan selamat sejahtera..apa khabar semua?

ni mesti abang em dok baca nie..setahu aku dia saja yang memang dok follow blog aku ni walau nama dia xdak dalam follower..anyway aku happy ada follower..orang len pon klu ada apa2 komen, komen jela..klu nk msg kol pon blh..0164105299..my hp number..ok sudah..

seperti yang aku post kelmarin aku tgh ada konflik dgn bos aku..dan tergerak dalam hati aku atas nasihat abang2 senior aku supaya aku mai saje meeting pagi nie..maka dengan berbelah bahagi aku pon mai la..menurut abang aw.."mai la meeting abang aw xder kawan nak bergurau senda"..menurut abang em "pegila meeting ni untuk hang jugak..ingat hang nak grow..cuba bayangkan apa persepsi new agent kat hang bila tengok aku lone ranger dalam agensi?"..dan akhirnya aku pakai ayat abang em yang lebih untuk menasihati aku..anyway aku rasa dia ni lebih matured dalam pemikiran dia untuk berbusiness berbanding aku dengan raja..raja dengan aku actually ada gakla persamaan iaitu meletakkan perasaan dalam business..tapi abang em ni setakat yang aku tengok mampu meletakkan perasaan ke tepi for the sake of business..dan aku rasa ini adalah bagus..sebab bila kita mampu meletakkan perasaan ke tepi kita lebih mampu untuk berfikiran WARAS dan stabil..keputusan insyaAllah mampu dilakukan dengan lebih adil dan teliti..kalau abang em baca ni bukan nak bodek ke apa ke..dia pon tgh berkelana jugak..hahahaha erm ok tapi aku rasa dia ada alasan yang kukuh untuk yang tu..cuma aku rasa dia kena jugakla terima nasihat dia sendiri..anyway sat lagi aku tanya dia over b'fast..

dan pagi ni sekali lagi xder morning meeting pon..yang mai ofis kak fadzilah..abang aw, raja and his wife..eh aku pon mai jugak..mcm mana nie..ye je suruh aku mai meeting ahad tapi apa pon xder..aku frust la mcm nie..klu mcm nie baik aku xmai..memang buang masa sungguh2..baik aku main dgn anak aku lagi best..kesian aku tgk dia tunggu aku balik malam2 sejak aku masuk balik agensi nie..raja nie memang lidah bercabang..ye je cakap orang part time akan mai ahad tapi tgk la..apa dah jadi..ah aku xblh nak gambarkan perasaan aku skrg nie..hmm dalam dok menaip syamsul baru masuk..ni la dia..memang double standart betoi la raja nie..mcm SPRM jugakla..aku rasa raja nie la UMNO dalam malaysia ni dan aku PAS..memang dia berat sebelah sungguh..dan dia selamber panggil samsul masuk meeting dan xmarah pon walau dia mai lambat..yang lain2 xyah citer laa..xmai langsung..aku memang sangat2 frust mcm nie..aaaaaaaaaaaarrrrrrrrgh mcm HARAM JADAH..fuh sabar astaghfirullahal'azim..

dalam aku dok marah tetiba aku teringat kata2 dari satu movie yang aku dok tengok..tajuk aku xingat dahla.."Don't shit where you eat"..ertinya jangan buang air besar dekat mana kita nak makan..jangan cari pasal tempat kita nak bekerja..tapi mcm mana klu tempat kita kerja memang dah mcm tahi???OMG aku pon xtau nak jawab..

ok kejapla aku nak bertenang kejapla..

pagi nie sorryla aku punya attitude xpositif..NEGATIF..jadi dengan rendah hatinya..AKU MEMINTA MAAF KEPADA SEMUA YANG BACA SEBAB AKU TELAH MENYAMPAIKAN ION NEGATIF KEPADA SEMUA PAGI NIE..minta maaf minta maaf..maafkan aku...minta maaf sangat sangat..OMG sepatutnya jurnal ni untuk rujukan aku satu hari nanti..dah dua post xder ilmiah langsung..cuma aku melepaskan geram dan inilah pengalaman aku..I'll think 'bout dis carefully..maybe next post would be better..insyaAllah..assalamualaikum..dan salam satu malaysia..

Friday, November 20, 2009

penatt...

Assalamualaikum...

hehe dah lama rasanya aku xmenaip balik nie..mesti yang dok follow jugak blog aku ni frust dah lama dah aku xupdate blog..kalau adala...kalau ada yang tension aku dengan serendah hatinya memohon maaf dengan hangpa semua..minta maaf sangat2..memang banyak sangat keje sampai xsempat nak menaip..

pernah x hangpa banyak kerja yang tertangguh..bila dok tengok balik terasa sangat2la malasnya untuk buat kerja..hehe inilah aku..bila dah start menimbun kerja memang malas nak buat..so cari ketenangan sikit kendian cari waktu yang sesuai untuk laksanakan keje tu..so inilah masal=nya..hehe dan kalau ada sesiapa yang perasan waktu aku post ni ialah dalam pkul 4 ke 5 pagi..hahaha ada cerita menarik sebenarnya sampai aku terpaksa menaip blog dikala begini..dikala orang len lena diulik mimpi aku sendiri mcm nie..kisahnya aku dengan raja..kisahnya bermual begini..

seperti yang diketahui umum aku memang agak malas untuk ke meeting..dan kebetulan hari ni ada saudara isteri aku yang baru balik dari lubnan(misi keamanan) kata nak singgah rumah aku untuk berjalan..so of course aku berbesar hati untuk menerima kedatangan beliau..jadi hari ni aku fullkan preparation untuk sambutan dia..kendian tetiba ada mesej..

Raja : Per : Taklimat Tergempar
Tarikh : 20/11/09
Hari : Rabu (malam ini)
Waktu : (8.00-9.00) malam
Tempat : Training Hall
Tajuk : Perbandingan Pelan
1) PMM5 vs PRUhealth
2) MMC vs Takaful Health
Kehadiran : WAJIB
Sila pastikan anda HADIR utk sesi malam ini untuk mengelakkan
KEKELIRUAN/MASALAH di masa hadapan.
Raja Zainal

dan selamber aku reply..

aku : rabu?..erm tapi tarikh malam nie..sori sangat2 ada sedara i nak mai sini malam
nie..so i xblh attend

kendian..

raja : PEMBETULAN : Malam ini (Jumaat bukan Rabu).
Per : Taklimat Tergempar...bla bla bla mcm mesej dia yang atas tula seterusnya

so aku dah xreply dahla mengharapkan dia baca mesej aku tadi..hehe dan pukul 2.21 am masa aku tgh rilek syok tido tetiba isteri aku kejut..dia kata ada berita buruk la plak.."abang, ada berita buruk..baca tengok nie". ya Allah sapa lak mati nie..hehe rupenye msg seterusnya berbunyi..

raja : Kenapa tak mari taklimat malam tadi? Saya jemput, anda tak hadir tetapi tak beritahu. Nyata sekali, anda TIDAK boleh ikut budaya Agency. Agency dah beri anda peluang, tapi kerap kali anda KECEWAKAN Agensi. Buat ikut suka anda ... Jangan ganggu Agensi. Berkuatkuasa hari isnin depan, anda ambil semua dokumenanda di Locker Tingkat Bawah seperti dahulu.Raja Zainal.
.

aku laks reply sambil tergelak..bini aku pon heran benda ni bukan masalah bagi aku..aku bukan apa dia guna istilah "ANDA" tu..hehe mcm P.Ramlee pon ada(sila tengok ENAM JAHANAM)..hahaha sila la gelak sama nie..memang lawak sangat...dan akibatnya anak aku hampir jaga tido dan aku dah hilang ngantuk dah..benda tue boleh buat dalam training je lagipon xdela TERGEMPAR sangat pon..just nak bezakan antara medical card baru dengan lama jer..

aku : Mungkin u buat keputusan waktu marah nie..cuba sabar dan bca msg i tghari td i dhbgtau u dhla..erm esk pgla u check k..tido dulu k..gdnite :-)

serius..dan bagi sesiapa yang kenal raja mesti xpercaya aku reply mcm ni..dan inilah hakikatnya..aku x ubah titik pon..oh kendian dia reply lagik..

raja : Keputusan dibuat berdasarkan sms anda. Agency dah beri peluang. Anda lebih layak bebas macam dulu.

hahahahaha adui lawak pukul 3 pagi..

aku : sori sy dh xblh pikir dhnie..xpaham msg td..sy ngantuk sgt..esk kta smbg la ye..

Oh My God (OMG) aku xpercaya aku blh reply mcm tue..setelah sekian lama aku rasa macam penakut sangat bila berhadapan dengan dia dan skrg aku sangat berani untuk bersuara..tapi aku tau jenis dia nie..dari pemerhatian aku..bila sembang dengan dia walaupon kita argue dengan dia kita blh ckap..just senyum saje..belakang lain kira la..haha tapi actualy aku rasa aku skrg ni blh control dia..aku yang tentukan hidup aku sendiri xmcm dulu masa aku mula2 masuk bawah dia dulu..penakut..tapi akibatnya malam ni aku xblh tido..tengok2 jam dah pkl 4.30 so aku decide untuk buka pc bancuh air dan menaip pengalaman aku mlm nie..buka tv..just ada chanel tv2 je dok operasi dan ada drama basi cerita tentang business man dengan business woman..aku fedup dan terus tutup..hehe ada jugakla pengaruh dia dalam hidup aku nie actually..sampai xblh tidola senang..aku bukan apa..bila difikirkan aku nak masuk balik agensi pon just maleh nak gaduh jer..dan nak dia train bebudak bawah aku nnt..tetapi aku dah ada "RECRUITMENT KIT" yang jadi "rahsia sangatla dalam agensi dia tu"..haha aku actually betui2 masuk sebab nak recruit jer dan aku dah dapat dah..so lepas nie aku dah blh buat keje sendiri..so xheranla sangat kalau dia xbagi aku masuk agensi dah..tapi xbestla gak bila kita tau yang ada orang benci kat kita walupon raja..haha sebab dia ni dok ajar aku gakla masa aku memula buat sales dulu..dan dia yang convince aku untuk buat insuran nie..so jasa dia tetap ada la untuk aku..aku xberapa best bila aku tau ada orang xsuka aku..tu perangai aku nak wat mcm mana..fuh kak bee cakap hati aku MURNI..haha best2..dan aku rasa xadil sebenarnya untuk aku jatuh hukum raja tu jahat sangat..kadang2 bila aku baca balik blog aku nie..memang mcm xadil la..ada gak anak buah dia yang suka kat dia tue..heh ikutla weh..aku nak buka agensi baru kendian build agensi yang penyayang insyaAllah..semua yang baca tolong la amin sekali ye..erm mungkin aku nie bebudak sangat kut..

haha adui ok2 dahla..so ini adalah sessi pengalaman hidup aku..post yang seterusnya ialah ilmiah sikit..silakan untuk membaca post yang seterusnya..tapi mungkin aku nak ke masjid dulu kut..hehe dah lama dah x pegi waktu subuh nie..ni dah ada peluang..

Sunday, November 15, 2009

anonymously..

Assalamualikum..dan selamat sejahtera..apa khabar semua?

jadi kita start blog ni dengan soalan lazim yang akan di tanya pada setiap pagi kepada aku sendiri?

1) ARE YOU HAVING FUN WORKING YESTERDAY?

2) ARE YOU HAVING FUN WORKING TODAY?

3) HOW CAN YOU IMPROVE YOUR BUSINESS TODAY?

maka dengan penuh semangat dan berapi..jawablah luahkanlah apa sahaja yang ada di dalam hati..istilah "FUN" dalam ni sebenarnya perlu diinterprate dengan lebih mendalam..FUN tidak semestinya bekerja dengan gelak ketawa dan bermalas2an..aku lebih suka istilah FUN digunakan bila masa sales aku menjadi dan alhamdulillah dipermudahkan kerja..so ikut suka masing2 la..ok sudah..

pernah x hangpa semua tetiba mai kerja2 yang banyak sangat..sampai jadi maleh nak tengok kerja2 nie..hah inilah keadaan aku skrg nie..tetiba teringat banyak sangat kerja yang perlu disiapkan..memang menimbun client untuk diservice dan sebagai menghilangkan sementara perasaan malas tu aku pon type la blog nie..hehe aku perasan ada sorang lagi follower aku ni ha..hehe SELAMAT DATANG kepada KAK BEE..bertambah2lah semangat untuk aku menaip blog nie..so dah 2 orang yang follow blog nie..alhamdulillah..aku blh agakla sapa kak bee nie..anyway..

hmm hari nie aku sampai agak lewat..8.40 lbh2 mcm tue..sampai jer aku nampak muka raja dengan bini dia kat depan bangunan prudential..isk2 simpang maut tul la..tapi aku bila nampak muka dia aku blh agakla apa yang dia nak bising dgn aku hr nie..isu mudahnya ialah "pasaipa aku xblh mai meeting ahad 3 kali berturut2?"..hehe so aku siapkan dalam hati aku untuk SENYUM bila jumpa dia sat lagik..hehe dan strategi ni menjadi untuk kesekian kalinya..dan butiran apa yang dileteri terhadap aku boleh ditangkis dengan hebatnya..aku selamber senyum sampai dia balik tensen dengan aku..haha dan aku puas..puas sangat sebab selalunya aku yang tensen pagi2 tapi kali nie dia yang tensen balik dengan aku..alhamdulillah aku dah temui ubat yang mujarab untuk penyakit nie..jadi kepada semua..ingatlah SENYUM saje bila ada masalah..klu blh selesai cuba lah selesaikan jangan senyum saja..naik atas rupanya xde meeting pon pagi ni..hmm ni satu lagi yang aku nak marah nie..xdxer meeting at least bagitaula..ni pagi tadi sorang agent baru tergesa2 tekan minyak last2 mai sini xder meeting pon..hmm nak buat mcm mana dah dia mmg mcm tu dan memang xblh nak ubah..dia mau org len ubah jadi mcm dia la kut?huh simpang la aku xmau jadi mcm dia nie..

tadi aku ada breakfast dengan budak kelana jugak..dia ni nama dia helmi..huhu tapi aku berjaya convince dia dah yang dia patut kena patah balikla..sayang dekat komisen dai yang banyak tue..even dia ada project baaaik punya dengan investment tapi sayangla..klu dia ada komisen sini pon lekeh2 aku rasa 3 4 ribu xkan nak bagi kat raja free2 mcm tu jer?hehe dan dia tanya aku mcm mana patah balik?jujurnya mcm dulu gakla cuma kita lani kena jadi pekak jela..lagi pekak lagi bagus..buat xtau jer..ala jenis raja ni memang jenis hingar kejap jer..angin banyak dia ni..dalam kepala pon banyak gak sebab tu org pompuan mai bulan sekali sebulan dia nie mai bulan memanjang jer..insyaAllah aku rasa dia berat untuk kembali ke agensi la..bukan apa..ni untuk kebaikan dia jugakla..hmm sat lagi aku ada lunch date dengan kak bee laks..aku pon xtau sangat apa idea nak bincang dengan dia nie..tapi rasanya dia memang nak balik sgt2 dekat agensi la..untuk jadi manager..hehe suka la aku member lama2 blh patah balik ke agensi ni blh kutuk ramai2..heh adui tapi bukannya yang ni tujuan aku..aku harap member2 aku kita sama2 naik la baru best..yang tadi tu sampingan jer nak puaskan hati..

erm kak bee pojn dah kol nak ajak join lunch..so aku adios dulu nnt2 aku sambung la ok..daa assalamualaikum..semoga the best untuk hari nie..

Saturday, November 14, 2009

perubahan...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

kata2 dari Dr Fadzilah Kamsah masih aku ingat..kalau kita hari ini masih sama dengan kelmarin maka rugilah kita..."PASTIKAN HARI INI ADALAH LEBIH BAIK DARI KELMARIN, DAN ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARI HARI INI"..aku tahu agak susah untuk keep up the good work everyday..maksudnya bukanlah setiap hari ada sales..setelah aku lihat betul2 kalau xsilap ada sorang ilmuan islam pernah kata perkara yang serupa..aku x ingat sapa so usahlah ditanya k..cuma dari pemahaman aku memadailah setiap hari kita cuba BERUBAH, YES BERUBAH UNTUK YANG LEBIH BAIK TIDAK SEMESTINYA PERKARA YANG BESAR2..contohnya jika kita sebelum ini hanya terus keluar dari rumah untuk bekerja..kita boleh berdoa dahulu sebagai PERUBAHAN.."Ya Allah, berikanlah padaku rezeki hari ini dan untuk hari seterusnya..namun jika ini ujianmu ya Allah sekurangnya kau anugerahkanlah kepadaku pahala untukku keluar bekerja.." aku percaya insyaAllah perubahan yang sekecil ini pun insyaAllah boleh sekurangnya memberkati rezeki kita..banyak petua yang aku dengar untuk tambah rezeki terutama dari segi rohaniah dan aku memang percaya perkara ini..sebabnya aku dah terangkan dah dahulu iaitu ROH..

fuh panjang lebar penerangan aku satu perenggan tu actually aku just nak bagitau jer..aku mungkin akan ubah waktu aku menaip blog ni dari waktu pagi sahaja atau mgkn lewat malam sikit supaya aku boleh kurangkan merapu aku waktu menaip..kebelakangan ni bila aku baca balik blog aku ni banyak kesalahan ejaan dan aku banyak menyimpang dari tujuan aku berBLOG ini pada asalnya..baiklah aku akan berubah..actually perenggan di atas tu blh aplikasi dengan mana2 pon pekerjaan dan perbuatan kita seharian so jangan ambil hati ok..

kelmarin malam aku jumpa dengan client aku..huh aku xtau dia ni sama ada dua kemungkinan..sama ada satu lagi lipatan sejarah aku yang baru atau bakal penjahanam utama karier aku nnt..aku xpasti pekerjaan dia tapi bila bercakap memang kemas..tapi still low profile..kekadang dari cara dia bercakap dia ni mcm penipu pon ada..ok2 ni nak merapu balik..tapi point yang aku nak citer ni ialah dia berminat untuk menjadi agen insuran aku ni laks..aku berbahagi perasaan..sama ada kesian kat dia nak masuk agensi aku ni..atau nak try aje..klu aku xtry org len amek..so just do it la..klu ada rezeki adalah dia ni akan jadi anak buah aku nnt..insyaAllah..cuma background dia ni perlu aku selidik dahulu sedikit masa lagi nnt insyaAllah..dia dok tanya aku ni soalan yang memang surprisingly aku boleh menjawab..soalan yang selama ni agen budak2 baru dok tanya aku xdapat jawab..so untuk agen2 yang baru sila ambil perhatian..

Soalan dari client berbunyi begini: MACAM MANA AWAK MAINTAIN SALES?

dan jawapannya adalah amat mengejutkan sebab aku terus saje jawab..sungguh ikhlas aku menjawab..

jawapan aku pulak: "KEKUATAN UNTUK SESEORANG AGEN UNTUK BERTAHAN BUKAN LAH SEKUAT MANA DIA BEKERJA ATAU SEBANYAK MANA DATABASE YANG DIA ADA SEMATA MATA..TAPI BAGAIMANA DIA NAK EXPAND DATABASE YANG ADA TUE.."

magik nye ialah jawapan ni straight keluar.. dan sedar xsedar aku memang buat perkara itu..setiap kali aku berjumpa client aku akan meminta tolong depa untuk rekemen aku dekat member2 depa..so this is how aku survive..aku juga make sure service yang aku bagi dekat client aku ada additional value supaya boleh membezakan antara aku dengan agen yang lain..janganlah sombomg dengan client..minta la tolong dengan depa insyaAllah depa akn tolong..aku pernah dengar satu citer tentang sorang agent dari kl nie..dengar kata dia memang banyak kontek dengan orang yang besar2 so network dan kabel dia memang kuat..sampai siti nurhaliza dengan dato k pon amek dengan dia nie..wow hebat sungguhla..tapi sebab xreti nak expand client dia last2 senarai client dia kering dan dia pon kering terus jer..mula2 tu memangla meletup..hmm x guna jugakla kan..tahniah untuk aku..

mlm ni tetiba kak bee kol aku mlm2 dlm area jam 11 lbh2..dia pon berkelana mcm aku jugak cuma bezanya dia ni xmau balik lagi ke agensi..aku dah balik dah nie..senang citer mcm aku gakla. aku dulu bila nak masuk balik aku tanya pendapat abang em tapi kak bee dia tanya pendapat aku sebab aku dah masuk dulu..pendeknya aku rasa antara semua yang keluar berkelana dulu kami semua nak balik ke agensi tapi mungkin sebab ego dan takut raja akan kembali kepada peel yang lama.."Raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah"..kata2 dari filem melayu lama tetiba menerjah ke barisan skrip ku ini..klasik sungguh..dan dalam hal ni aku rasa yang paling tebal sekali ego untuk kembali ialah Helmi..mungkin sebab dia agak muda dari aku so dia masih lagi dalam mood untuk memberontak..remaja la katakan..hmm mungkin aku akan ulas tentang dia di lain hari selepas aku minum dan sembang dengan dia..adalah amat tidak adil untuk aku judge dia dalam ini semata2 dari perkataan yang aku dengar dari orang lain sahaja..malahan aku jugak pernah difitnah oleh raja sendiri dulu..ah maleh nak ungkit la..dalam dok sembang tu dia ada gakla bagi nasihat kat aku ni tentang betapanya tua dia tu..dan mudanya aku so aku memang bernasib baik la katanya..hmm dia ni pon nak balik semata2 untuk naik jadi manager agensi jugakla satu hari nnt insyaAllah..aku pon ajakla dia balik bukan apa ada gakla geng nak ANYAM KETUPAT sekali nnt..dalam dok menyembang tu aku selitkan sekali perkara yang aku dok pikir dalam agensi aku ni ha..apesal agen2 baru asyik datang bertanyakan kepada aku klu ada kemusykilan ke nak nasihat ke apa ke..bukan apa aku ni selalu rasa mcm kurang berpengalam dari orang yang lain..tengok sales aku klu nak banding dengan orang len memang jauh la..at least depa blh tanya dengan dua orang yang sales jauh meninggalkan aku..klu dalam agensi aku ni no3 la..hm cukup2 makan kadang2 jatuh no4 la 5 la..erm tapi jawapan kak bee sedikit confuse kan aku..tapi hakikatnya aku nie ada la bangga jugak bila dipuji..hehe..menurut beliau..aku ni ada charm..aura atau perwatakan yang positif..sebab tu orang mudah untuk mendampingi aku..lagi satu aku ni nampak baik jadi orang memang berani la dengan aku ni ha..even nak tanya soalan bodoh popn aku akan jawab dan jawapan dia adalah jawapan yang bodoh jugak tapi at least aku takkan marah..dia kata sebab nila..aku ni senang kata kelihatan baik..dan inilah aset aku kalau benar bagai dikata oleh beliau itu..haha..

tadi sebelum TV3 nak abehkan siaran aku ada terbaca tentang satu hadis dari Nabi SAW kita..aku x sempat nak ambik butir2nya secara terpeinci..tetapi aku tetap dapat pointnye..

DALAM HIDUP INI..KITA SENTIASA AKAN BERBUAT DOSA..JADI KITA AKAN DIUJI..DAN SETIAP UJIAN DAN MUSIBAH YANG MENIMPA KITA ADALAH PENGHAPUS DOSA KITA..jadi aku mengajak kita semua termasukla diri aku ini supaya janganlah cepat mengeluh bila kita ditimpa musibah dan kecelakaan..selesaikan secepat mungkin dan ingatlah kalau kita redha dengan keusahan itu, insyaAllah, tuhan akan hapuskan dosa kita yang berkaitan..contohnya bila kita sakit mata..so dosa mata kita akan dihapuskan selagi kita redha dengan kejadian tu..

erm esok ada member nak jumpa pulak xtau apa motif dia nak jumpa aku..harap2nya bukanlah sebab duit..aku pon tgh kumpul balik modal aku njie ha..bukan xpernah aku bhilang member disebabkan duit..aku terus terang je klu ada orang minta tolong dengan aku sebab duit ni aku xder duit untuk dipinjamkan kepada orang yang blh aku redha kan bila orang tu x bayar..hmm apa2 pon aku akan jumpa jelah mana tau kot2 dia ada masalah lain yang perlu perhatioan aku ni ha..ok sampai sini dulu la kita insyaAllah akan berjumpa lagi lain kali k..skrg pon dah pkl 3 am lbh2 sket..assalamualaikum..semoga kita akan dapat yang terbaik hasil dari usaha kita yang terbaik..salam satu malaysia ptuih

Thursday, November 12, 2009

terpinggir..

Assamualaikum...dan selamat sejahtera..

jadi soalan rutin untuk aku atau kita pada hari ini ialah.."ARE YOU HAPPY WORKING YESTERDAY?" dan "WILL YOU BE HAPPY WORKING TODAY?". jadi jawablah dengan satu suara yang penuh keghairahan dan kesungguhan...YES!!! insyaAllah..

mak aku selalu dok nasihat aku..dalam apa2pun klu boleh cubalah ucapkan insyaAllah sebab apa2pun dalam hidup nie kita sentiasa dalam kawalan Allah SWT jadi berdoalah supaya kita sentiasa dalam rahmat dan diberkati oleh Allah SWT...

hmm dah berapa hari dah aku xsempat nk update blog aku..mcm yang aku dok agak dah dulu bukannya hari2 ada idea nak taip untuk blog nie...TAPI 2,3 hari lepas aku dah ada jumpa sorang member yang sedang berkelana mcm aku jugak 2 tahun lepas masa aku tgh fight dgn raja..nama dia tuuuuuut dia xbagi taip...tapi aku rasa sapa2 yg baca blog ni klu kenal rapat dgn agensi aku mesti blh tau punya...skrg ni sapa lagi yang berkelana dlm agensi nie...berapa kerat jer..actually mamat nie dia banyak idea..mungkin memang hobby dia suka kumpul ilmu..pantang jumpa orang yang lebih berilmu dan berpengalaman dari dia memang dia akan duduk sembang tentang teknik dan cara untuk buat keje..isk panas laks dok dalam opis ni petang karang aku citer lain la...nnt aku sambung ye...harap2 idea aku xterlupa laks..


ok2 aku dah kembali..skrg ni aku kat kfc jalan stadium alor setar..hmm bukannya nak sokong yahudi sangat pon tapi just nak pinjam wifi jer..tapi at least kene la gak beli s'thing kan?hehe..tapi sebelum tu tadi yang ofis tadi panas sebab aku tgk kak mashitah yang xpenah nangis pon blh nangis sebab kene marah dengan raja..erm ok aku nak sambung ttg member aku ni ha..aku nntla nak ulas kes tu..skrg nie tentang ilmu sat..mamat nie laks aku tgk dia ni kekadang terlalu berprinsip la sama macam abang long aku..dahla sama2 beranak tahun 1979..mungkin org tahun ni semua mcm tu kot ye?aku xtau raja dia lahir tahun berapa, tapi yang aku tau dia ni lak jenis kena ikut kata dia saja..dahla kata dia ni lak suka ubah2..dan suka menyusahkan orang len..mesti ke bos jadi mcm nie..patutnya bos kena bagi memudahkan orang keje kat bawah dia..aku nak tgk betul ke ada orang blh naik bawah dia..klu x nasib alamat aku tunggu raja mati dulu la..antara member aku ni dengan raja ni dulu ok sehingga la timbul isu overiding dan status naik pangkat dalam agensi..raja ni memang klu tengok dia ni mmg mcm nak tahan sedikit orang2 bawah dia supaya jangan naik awal..memang dia sebut dah org bawahan dia kena ada 20 orang baru blh naik unit manager..actually 3 orang dah cukup..habis tu buat apa yang dia nak tahan2 orang naik???hmm ntahla..eh bab ilmu x masuk lagi nie...ok start perenggan baru banyak sangat merepek..

ok ni peringatan untuk aku sendiri la..nnt bila aku dah naik pangkat manager ke apa ker aku akan cuba dengar nasihat dan tunjuk ajar oleh orang lain sama walaupun dia downline aku..semalam member aku ada ngajar aku dua perkara yang penting dalam insuran..satu SUBCONCIOUS MIND dan satu lagi ialah cara nak boost sales last minit dalam insuran..erm sedar xsedar aku dah jadi agent insuran something yang xpernah aku impikan masa aku kecik2 dulu..masa aku kecik2 dulu selalu aku berangan yang aku ni akan jadi engineer atau arkitek..tapi arkitek xdapat sebab tangan aku keras tapi aku at least blh jadi engineer..hmm tercapai jugak hajat aku engineer komputer..ini apa???ini membuktikan yang apa2 pon perlukan angan2..aku masa kecik2 dulu dok berangan jadi engineer so naturely aku akan move forward untuk ke arah menjadi engineer..sedar xsedar aku sedar inilah konsep dan falsafah subconcious mind..minda bawah sedar..untuk pengetahuan semua aku ni memang suka berangan..well untuk aku menjana pendapatan agent2 di bawah aku nnt AKU AKAN BUAT DEPA BERANGAN SEKERAP YANG MUNGKIN...TAPI LIMIT UNTUK TIME BERANGAN SELAMA 3 KE 4 MINIT SAHAJA..ini sangat bagus untuk menjana minda bawah sedar dan insyaAllah semangat serta roh kita akan bersama menjadi BERSEMANGAT untuk maju ke hadapan dan sentiasa berusaha untuk buat sales..

pada aku untuk menjadi leader bukan sekuat mana kita memaksa anak buah kita untuk buat kerja..tetapi sebagus mana untuk kita memastikan semangat dan roh depa x malap atau yang paling ditakuti ialah api semangat tu terpadam terus..na'uzubillah..mungkin sesetengah orang perlu orang lain untuk ketuk kepada depa baru nak bergerak...tapi cuba bayangkan orang yang sanggup tinggalkan zon selesa untuk sukses dalam bidang insuran ni yang xjamin apa2 lagi xkanla depa sanggup memperjudikan masa depan depa mcm tu jer..tambahan masa depa anak dan isteri depa..semenjak aku kembali ke agensi ni aku selalu keluar awal pagi dan balik lewat malam..sebab tula aku rasa mcm kadang2 tu ponteng morning meeting ni blh masuk tahap KEPERLUAN..raja xpala dia dgn bini dia dah xproduktif dah..cis melalut lagi sekali..kesian aku tengok anak aku dok tunggu aku balik tiap2 malam..so bila aku balik aku gagahkan jugak walaupon penat untuk aku bawa dia keluar jalan2 dengan main dengan dia..hmm sedih pon ada..apa yang penting setiap agen perlukan masa untuk keluarga depa..JANJIKAN KEBAHAGIAAN BERBANDING DENGAN KEWANGAN sebab bukan semua orang hidup bermusababkan duit..tujuan kita hidup adalah untuk demi kebahagiaan dunia dan akhirat insyaAllah..dan aku percaya kesemua orang yang beragama mengharapkan ini..aku lak selalu berangan yang aku akan memberikan sedekah sebanyak yang mungkin insyaAllah...ya Allah perkenankanlah doaku ini...aku selalu dok berangan aku akan ambil satu masjid untuk dijadikan masjid angkat..selalu orang kaya akan berebut bina masjid baru..so masjid bertambah tapi jumlah jemaah akan berkurangan..ini betul sangat dengan amaran nabi SAW bahawa suatu hari nnt orang akan berlumba2 dan bermegah2 dengan masjid..sedangkan apa yang penting skrg ni perbaiki masjid yang teruk dan uzur..klu kita dok syok buat masjid tapi x makmur buat apa...apa salahnya klu kita just repair masjid yang sedia ada..klu blh buat satu masjid angkat untuk memastikan kewangan masjid ni sentiasa stabil..aku tau ada saja masjid kat luar tu yang memang kurang dari segi kewangan..masjid juga perlukan modal untuk menjalankan aktiviti ibadah dan ceramah dan urusan untuk menarik golongan muda ke masjid (ceeewah macam la aku ni ke masjid sangat yela aku xder sapa nak menghebohkan betapa bestnya ke masjid..huhu)..

aku juga klu blh satu hari nnt insyaAllah aku akan ambil satu rumah anak yatim untuk dijadikan rumah anak yatim angkat supaya aku blh memastikan anak2 aku blh berkawan dengan depa ni dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..kita kena ingat kita keje bukan untuk kita sahaja...sebab nilah menjadi kaya tidak disalahkan dalam islam..kayakanlah diri anda untuk menolong orang islam yang lain..menjadi kesalahan ialah menjadi kaya dan menyimpan harta untuk diri sendiri sahaja..ini cita2 aku insyaAllah aku akan baca balik blog aku ni dengan tersenyum..insyaAllah..sebab satu atau kedua2 cita2 aku ni telah berjaya untuk aku capaikan..so skrg ni dah masuk waktu maghrib aku pon dah nak berenti menulis sekejap untuk aku cari masjid laks..ok daa see you..assalamualaikum..

Monday, November 9, 2009

cita-cita...

Assalamualaikum..selamat sejahtera..

so kita mulakan sekali lagi hari ni dengan soalan yang biasa laaaa..."ARE YOU HAPPY WORKING YESTERDAY?","ARE YOU GOING TO BE HAPPY WORKING TODAY?". jadi jawablah dengan penuh semangat YES!!! I AM AND I WILL...apa2 pon yang kita buat dan sedang buat dan akan buat, just ingatlah..jangan lupa untuk bernafas..sedut..lepas...insyaAllah aku akan lakukan yang terbaik hari ini..

kelmarin (orang selatan cakap semalam) aku seharian di ofis dan memang banyak keje aku yang tertangguh berjaya aku selesaikan dan termasuk masalah aku yang paling kronik kemarin iaitu yang aku sebut member nak keluar insuran aku iaitu Prudential dan masuk Hong Leong...alhamdulillah aku berjaya selesaikan dengan berhemah..insyaAllah..aku sangat2 bersyukur dengan tuhan alhamdulillah..tapi aku terpaksa gunakan cara yang pada aku agak kasar dan kotor iaitu aku terpaksa mencari Kontra dari Hong Leong untuk di compare dengan Pro Prudential..dan ofcourse bila agent Prudential yang cakap adalah lebih baik insuran Prudential la kan? ye x?ok selesai satu masalah..

semalam ada meeting weekly meeting..dalam meeting seperti biasa aku tidak akan meletakkan harapan yang tinggi menggunung untuk production aku sebab anyway aku tetap kena bambu jugak..hehe so aku saja letak production bagi sakit hati raja iaitu 30 ribu saja production..eventhough aku blh buat lebih dari tu..aku jugak masa dia tanya tentang cita2 aku saja aku cakap aku xmau pegi paris dengan shanghai tajaan company sebab aku tau bila buat komitmen aku akan rasa laaagi teruk...jadi pada aku nak tensen baik dia yang tensen. anyway aku tetap kena bambu..dan dia marah lagi sebab lambat dan sebagainya..hehe tapi skrg ni aku nmpk bagusnya dia dah xmcm dulu dah la sebab dia kurang banyak tahap kemarahan dia berbanding zaman aku mula2 masuk dulu..mungkin aku yang bergaduh dengan dia ada manfaatnya untuk agen generasi baru ni..at least depa xkena teruk macam aku ni dulu..tapi akhirnya meetiong berakhir pukul 11 mlm..cis janji nak habih dalam 10.30 blh la aku rush untuk tengok siri kegemaran aku ni ha..BURN NOTICE...citer dia beeeest..tapi cilaka aku kuar ofis jam 11 sampai umah 11.20..ada la lagi 10 minit..marah benar aku mcm nie..so ok habis citer semalam..

hari ni pagi aku kuar umah dalam 8.30 pagi untuk meeting..sampai dalam 10.40 mcm tu jalan dah clear so xder la orang len..sampai jer aku expect aku la orang yang lambat (macam biasa la) tap[i lain lak yang jadinya..haha aku tergelak hampir 5 minit aku kat ofis just buat lawak mengenangkan semalam dia beriya2 mengatakan aku ni xder vision so aku ni xder attitude..haha aku ni walaupon bukan raja tetapi tuhan tunjuk gak kat dia...hari ni apa dah jadi???dia xmai ofis untuk morning meeting..hahaha xder sivik langsung orang tua nie..haha adui apala semalam cakap semalam ye je kene keje kuat dan banyak lagi la kes ketam la disiplin la kencing berdiri lka mcm2 laks..haha akhirnya kene batang idung dia sendiri yang BESAR tue..hahaso aku amek keputusan supaya aku balik terus lepas puas menghina upline aku sorang nie..takiut nnt dia mai laks ofis..dan kesilapan aku ialah aku xmsg balas kat dia..xpe aku akan tunggu peluang..dengan ini aku xmau pegi meeting esok la ye..hehe best2..hmm tapi pikir2 balik baik biar jela dia nak buat mcm ni at least aku ada gakla alasan kendian hari untuk memonteng morning meeting..tapi aku ni xponteng keje..jangan risau aku tau tanggung jawab aku dengan anak bini aku..so ok banyak tul keje nak buat hari nie..aku xleh lengah2 dah nie..daa sampai berjumpa lagi ye..assalamualaikum...

Saturday, November 7, 2009

member...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...hiruplah udara yang nyaman dan bersih pagi2 ini...alhamdulillah kita masih lagi hidup untuk menghadapi satu lagi hari yang mencabar untuk menduga kita insyaAllah...hmm marilah kita mulakan hari ini dengan bertanyakan soalan menceriakan hari kita ini iaitu "ARE YOU HAPPY WORKING YESTERDAY?","WILL YOU HAPPY WORKING TODAY?"...hehe ni bkn war cry tapi untuk pencetus semangat aku...

so setiap kali aku ditimpa masalah aku akan cuba untuk peringatkan kepada diri aku yang aku masih bernasib baik..alhamdullilah betapa baiknya nasib aku ialah aku masih mempunyai kerja..klu nak compare dengan ada beberapa member aku yang masih terngiang2 mencari kerja adalah lebih menyeksakan terpaksa berhadapan dengan isteri dan anak2 termasuk dari keluarga mentua yang seriang bertanyakan kerisauan kita..memang payah untuk aku pikirkan..jadi ucapan yang paling bermakna pada waktu ini ialah ALHAMDULILLAH...

hari jumaat lepas aku jumpa dengan member aku pensyarah dekat poli seberang perai..aku agak duka cita dengan perkembangan dia yang mutakhir nie...ceritanya bermula begini..dia ni arwah ayah dia kawan ayah aku..mak dia pon kawan mak aku..dia kenal aku kebetulan kami keje kat kilang yang sama..tengok2 famili kami mmg rapat dan aku ni blhla kata berkawan la jugak dengan dia masa kat kilang dulu...nak jadi cerita dia dengan mak dia amek insuran dengan aku ni ha...punyala lama dia amek dengan aku kendian dia sakit masuk spital sebab tonsil...ok no problem aku bawa insuran dia, service dia dgn baeik skali kendian dia pon sihat alhamdulillah...sepatutnya dia mempunyai believe yang amat kuat terhadap insurance, terutamanya aku kawan dia sebagai agent dia yang dah 3 tahun service dia x pernah miss bila dia panggil aku untuk service dia..dan alhamdulillah dia banyak tolong aku lepas dia masuk hospital hari tue dia banyak rekemen kawan dia kat aku..alhamdulillah terima kasih...tapi baru2 ni x berapa sedap sikitla cerita...dia jumpa sorang agent Hong Leong Assurance nie...dia claim dia blh bagi product yang lebih murah, lebih baik, dan investment yang lebih canggih..fuh haram sungguh betui ker?aku klu ada aku pon mau gakla..tapi mmg sahla dia ni penipu..cuma aku xder bukti jer..aku xder salinan hong leong punya polisi..cis xper just time akan memberikan aku kekuatan..insyaAllah..benda ni aku blh settle tapi yang menyedihkan aku ialah member yang penah CLAIM insuran pon blh terkena buatan dia ni...celaka btul..nak salah kan member aku ni 100% pon xleh gak la sebab dia cuma client yang mmg xtau apa2 tentang dunia insuran ni yang penuh dengan agent penipu janji setinggi dunia tapi akhirnya jatuh berkecai dan aku agent yang selalu dapat complain macam ni...

"DEPA MASA MULA2 NAK SURUH KITA MASUK JANJI MACAM2 TAPI BILA KITA DAH MASUK DEPA PLAK HILANG NTAH PI KAT MANA NTAH"..antara skrip yang selalu aku dengar alkisahkan agent yang macam tadi tula...xpe insyaAllah ni small matter je untuk aku pepagi nie...cuma kali ni aku frust sket sebab melibatkan kepercayaan seorang kawan..

semalam plak member aku mai dari pendang..yang sorang tgh tunggu masa isteri nak bersalin, kendia sorang lagi tgh jaga anak yang kedua baru umur sebulan...ada satu persamaan antara depa dua ni yang negatif bagi aku seorang lelaki...dua2 x keje...wife keje tapi depoa xkeje..aku x paham some people fell just fine dengan pagi2 tengok isteri yang tgh sarat mengandung keluar bekerja tetapi kita kat rumah sok rilek2 isap rokok...astaghfirullahalazim...aku cuma takit kawan2 aku ni termasuk dalam golongan yang xberapa elok la...klu x silap aku pernah dengarla yang nabi melaknat orang lelaki yang xbekerja sedangkan isteri dia yang keluar bekerja...na'uzubillah..yang bagusnya sorang nie dia mai kelmarin untuk cari tapak untuk start business cyber cafe (cc) katanya..ada orang len nak bagi modal dia just run sajala business tue...so dia mai nak minta nasihat aku dan nak minta aku tlg tengok2kan tapak..alhamdulillah yang sorang ni nampak dah ada ruang untuk dia berusaha selain tido aje kat rumah..tapi yang sorang lagi ni aku dah siap tolong bawakan dia lagi untuk cari keje..tapi still xtaula tapi pada pandangan mata aku dia ni dah masuk golongan malas..bila sembang otak dia dok kata nak buat business...memang la dulu dia ni pernah senang dengan business dia nie..tapi xlama kendian dia teruk jugakla..terus jatuh bankrupt blacklist denagn siap kereta kene tarik lagi..umur sama dengan aku...seram aku dengar bukan apa umur smaa dengan aku tapi dia dh jadi mcm2 dahla..aku selalu nasihat dia at least keje la dulu..sanggup ka dia tengok isteri dia yang sarat tue keje sedangkan dia kata dia dah hantar resume tapi orang xpanggil2 dia keje..biaraku bagitau semua yang baca kat sini...klu dalam resume xder CURRENTLY WORKING SEBAGAI APA..JANGAN HARAPLA NAK DAPAT KEJE... SERIUS...aku pon dulu interview orang jugak so mentaliti juru i'view ni aku memang tau..klu dah lama habis belajar tapi still x keje kendia bila kita tanya details mmg xkeje..mmg kene buangla resume dia...aku pon x suka orang pemalas nak keje bawah aku ni ha..at least klu dia cakap skrg ni dia dok tolong2 pakcik dia berniaga ke aku mmg respect..sanggup keje bawahan pon janji x duduk saja..aku rasa nila sebab aku blh dapat keje cepat dulu...aku xsempat berehat pon lepas aku habis blajar dulu...ok enough dgn benda nie..so smlm aku pon tlg la setakat yang termampu..bagi cadangan tempat dan pertolongan teknikal..tapi aku xtau laks ada isu yang lebiuh berat..contohnya samseng dan polis yang kutip wang perlindungan dan sebagainya..apa punya manusia la depa ni..dok kacau orang nak berniaga..klu terer sangat pila niaga sendiri..org nak buka kedai sikit punya susah tu x termasuk lagi kena bagi rasuah pulak dekat PBT untuk luluskan satu2 tapak kedai untuk business ada laks orang lain yg tetiba jadi kutu dok isap darah..atas nama wang perlindungan...satu2nya perlindungan yang diperlukan adalah perlindungan dari hang pa la...xguna punya manusia..makanlah hasil yang xdiberkati tue..terus terang atas nama apa pon hang panggil duit tue..duit komisen ke duit service ker tapi ingatla dia selain dari kerja yang normal dan orang yang bagi tu terpaksa memang pada aku duit tu jatuh haram..sebab menindas orang lain..

ok untuk keje aku laks pagi nie..so hari ni aku berkeputusan untuk menipu bos aku tentang kedudukan aku..katanya aku ada di asetar untuk appoinment..tapi sebenarnya aku di rumah sedang taip blog aku ni ha..hehe bagi dia yang tensen laks pagi2 nie..ala culang caling la sket meeting..selalu pagi2 dia bagi orang lain yang tensen tapi pagi nie biar dia la plak yang tensen aku xpegi meeting..huhu selesanya buat kejahatan nie..patut la orang jahat banyak sangat..erm tukar istilah la bukan jahat cuma nakal sikit jela..haha

so aku hr nie aku akan ke alor setar untuk buat keje aku..doakan semoga aku ada la jugak sales hari ini ye..insyaAllah..Assalamualaikum..doakan semoga aku berjaya..

Tuesday, November 3, 2009

protes...mesti baca...

Assalamualaikum,

so aku mulakan hari ini dengan bertanyakan kepada diri sendiri "Am I happy yesterday?", "Am I going to be happy Today?". kepada sesiapa yang dalam line yang sama dengan aku nie...cuba lah perkara ini...insyaAllah perasaan positif akan masuk ke dalam diri..bismillah tu of course yang tu wajib la kan...tapi yang nie adalah untuk mengembalikan semangat yang down...insyaAllah..pagi ni aku dah try dan aku happy sekali masuk ke dalam meeting tadi..walaupun besala boss macam haram lagi marah orang tapi aku masih blh tersengih2 tanpa effect fokus aku..insyaAllah aku akan sebarkan kepada seramai yang mungkin..kalau sapa2 yang baca tolonglah sebarkan sama..

Isnin lepas masa aku lepas mai meeting (macam biasa la...meeting kurang best dan masa tu aku x try lagi kaedah ni..)...aku memang rasa downnnn sangat pagi2 mai meeting pastu masi meeting laks kene bambu dengan dahsyat sekalu dengan bos. aku pulak pagi tu x sempat nak breakfast lagi..tensen sungguh senang cerita dengan keadaan aku kelmarin..pulak tue lepas meeting aku pon start la buat keje aku...tetiba time aku tgh buat2 keje tgh syok2 tetiba raja bagitau lak yang aku kene mai pukul 2.30...pulak tadi suroh aku pegi keje skrg ni jadi apa plak?hmm xpela aku tanya apa sebab last2 dia bagitau dia nak beli satu program untuk update client yang lambat payment..reger dia rm 3 ribu...cis aku dgr2 je aku terus negatif yang mana aku skrg ni pon ada dah program sms aku reger x sampai 2 ratus pon..yang sebenarnya aku maleh nak pegi dengar presentation untuk program tu sebab aku tau bila aku pegi secara automatiknya aku la yang jadi techniciannya...benda ni aku belajar sejak dari kilang jepun dulu lagi...jangan jadi terlalu pandai sampai bidang orang lain pon kita tau...akhirnya akan jadi keje kita laaa..

ok pendek citer pukul 2 tetiba msg masuk dari raja "presentation postpone 1530"..ceh bahasa tentera laaagi terus aku meluat..perut aku terus mendidih meminta untuk diisi sebab dari pagi tadi lagi aku x makan minum air sejuk jer..kot biskut2 pon xder...ape punye agensi kudukut...aku punyala tahan dari pagi maleh nak kuar ada keje sama la...semata2 untuk tunggu depa mai present supaya x makan rush2...untuk pengetahuan semua aku x suka bila time makan aku di rushkan...so aku pikir xpela lagi sejam jer...dah last2 presentation sampai pukul 6..yang aku nak marah sangat bukan aper...kalau dalam otak raja tu dah set untuk beli buat apa yang dia panggil aku untuk EVALUATE kononnya sebab aku bekas engineer komputer...ah kalau dah nak beli sangat beli jela..aku dah bagi pendapat aku dah pon..aku cakap benda nie x worth it untuk dibeli sebab program ni lebih kepada INDIVIDUAL SYSTEM yang tidak akan menyusahkan balik agen2 pada satu hari..senang citer boleh bertengkar ooo satu hari..semua alamat client kita akan masukkan sekali dalam satu sistem so kita semua blh tengok masing2 punya client profile dan sebagainya..x mustahil suatu hari nnt akan ada yang berhati hitam untuk swing client orang lain...cis aku x setuju oleh itu aku xjoin la..tapi bukan perkara tu yang aku marah sangat...yang aku marah sangat..yang aku marah sangat ialah bila dia minta pertolongan aku fine aku dah tolong tapi last2 nak guna kepala otak dia jugak so awat yang awal2 lagi dok ytanya pendapat aku…aku x suka la macam ni buang masa aku saja…
last sekali dalam dekat pukul 6 presentation x abeh lagi tapi aku dah xleh tahan dah aku kene balik klu x muntah hijau aku karang..so selamber aku jumpe raja cakap aku nak balik dan aku pon balik…sampai je rumah aku dah rasa macam kepala aku laaagi berat dari kelingking aku…rasa macam nak muntah pon ada…aku rasa ada dua factor nie…satu sebab aku x makan lagi apa2 makanan cuma minum air sejuk dari pagi tadi dan satu lagi ialah aku tergesa2 keluar dari air cond kendian ke tempat panas menyebabkan suhu badan aku berubah mendadak…terus kepala aku sakit kuat..teruk jugak aku..ya Allah amat jarang sekali aku ni sakit even sakit kepala sekali rasa mcm nak pecah kepala…macam firaun yang x pernah sakit tapi tetiba musa yang masih bayi tarik janggut dia teruk rasa sakit sangat…so malam ni meeting aku memang miss la..
esok pagi aku x sakit dah..malam tadi lagi dalam pkl 10 mcm tu aku dah lega banyak dah sebab aku makan kendian aku belahak memang banyak angin dalam perut aku…nasihat aku untuk semua…makan la jangan x makan..pagi selasa aku dok memikirkan untuk pegi meeting pagi ke tak…meeting yang aku rasa sangat bodoh untuk dimasuki aku sebab bila xdak sales of course nk kena lagi…bodoh betul pendirian macam tu…ADA SALES AKU PUJI XDAK SALES AKU MAKI…so keputusannya ialah aku x pegi dengan alas an demam..aku kat umah buat paperwork sikit kendian aku terus hantar dekat PA raja kendian aku ke alor setar dalam cubaan untuk aku cari sales…aku rasa laaagi tenang aku buat keje xde preasure langsung hari tu dan hasilnya aku dah revive 2 polisi dan upgrade 3 polisi…wow oklah tu kan..insyaAllah persistency aku akan bagus jugakla untuk current year..yang penting persistency..aku memang nak juga untuk bonus..lebat woo tahun lepas aku dapat rm18k…tahun ni aku estimate rm25k insyaAllah aku akan dapat…blh settle banyak hutang aku…doakan la aku supaya dapat sungguh bonus aku tahun nie...aku punya nazar pon x tertunai lagi selagi tu aku rasa macam beban besar dalam badan aku ni ha...ok sampai pada masa lain kali ek…

sekian terima kasih..

Sunday, November 1, 2009

lupa laaaagiii

Assalamualaikum...pagi nie aku sekali lagi terlupa apa yang aku nak taip..point2 yang aku taip dalam notepad tetiba hilang sebab notebook aku hang tetiba so ilang la point aku...kena improve lagi la...esok kena tulis dalam kertas saja...huhu actually laaagi la senang...

by the way hari ni aku start hari aku dengan sederhana...pepagi lagi aku kena marah dengan bos agaknya sebab dia nampak aku nie macam x berapa semangat...mcm kena marah la tapi dia berlapik jugak sebab masukkan nama aku dalam STAR dalam agensi dia nie...ceh aku x bangga pon cuma terubat la sikit hati aku yang asyik kena godam jer...kak fadhila kata suami dia heran pasai pa kena meeting setiap hari sebab suami dia kata "hari2 meeting boleh bring down the moral"...pada aku plak INSYAALLAH suatu hari nanti aku akan buat macam nie la...

1) MAKA BARANG SIAPA YANG SALES DIA MASIH DI BAWAH 170,000 MAKA DIA WAJIB DATANG KE MORNING MEETING...

2) MAKA SESIAPA YANG SALES PERSISTENCY DI BAWAH 90% WAJIB GAK (YANG NI IKUT SUKA AGENT AKU AKAN TANYA DIRECT KALAU NAK BONUS)...

3) MAKA AGENT YANG BARU JOIN WAJIB DATANG MORNING MEETING UNTUK MEMBOLEHKAN KOMISEN SEBULAN MINIMUM RM3000 AND THEN BARU BOLEH DECIDE NAK JOIN KE NAK XNAK MEETING...SEBELUM TU SOOORY INI ADALAH UNTUK KEBAIKAN ANAK BUAH AKU...SUPAYA BOLEH SHARE MODAL UNTUK BERNIAGA...

4) PERATURAN INI TIDAK TERTAKLUK KEPADA SESIAPA YANG DAH ACHIEVE SALES DENGAN PERSISTENCY TAPI STILL NAK MAI MORNING MEETING...

ini adalah azam aku untuk anak2 buah aku...bukan apa yang paling penting ialah untuk start depa mampu untuk survive dulu...kendian baru la ikut kepala otak depa...untuk agent2 yang dah otai adalah kami berbesar hati untuk menerima depa meeting...ingat konsep dia ialah sama seperti cerita ENEMY AT THE GATES...

CREATE A HERO AMONG US TO MOTIVATE THE OTHER...

PRAISE THE HERO SO THE OTHER WILL FOLLOW...

banyak sungguh idealogy aku ni terpengaruh dari movie...memang dulu aku ni taik movie...blh bayangkan aku dulu dari pagi smp ke malam aku cuma makan coke dgn popcorn jer sebab dari pagi GSC mula buka sampai malam GSC tutup aku habiskan sehari marathon dalam wayang tengok movie lepas satu...satu...eh dah terkeluar tajuk laks...sorry...

aku heran la wajib ke hari2 kena ada case untuk aku buat insuran nie?wajib ker hari2 kene buat keje..pada aku keje insuran ni betul2 perlukan hati yang tenang..kalau xder mood aku xsuka buat keje..aku sebenarnya sangat dan amat rimas bila hari2 aku ditanya soalan macam nie...rasa macam ntahla marah sangat dan x puas hati...tau dak raksasa yang kebulur...haaa macam tu la aku rasa bos aku nie...hari2 kena bagi makan..HARI-HARI...kalau x dak dia akan question laks pasaipa x dapat...hah nak jawab apa?nak jawab keje tuhan blh la...tapi dia lebih suka smash kita...aku rasa kaedah ni kurang berkesan...apoa aku akan tanya kepada anak buah aku...

1) ARE YOU HAVING FUN WORKING YESTERDAY?

2) ARE YOU HAVING FUN WORKING TODAY?

3) HOW CAN YOU IMPROVE YOUR BUSINESS TODAY?

ini adalah janji aku ingat JANJI AKU...insyaAllah aku akan penuhi..tolong lah ingatkan aku kalau2 aku terlupa...0164105299 ni no tepon aku kalau aku x teringat atau macam xsedar diri tolong lah peringat aku...tolong sungguh2nie...

aduiii banyak sungguh dugaan nak taip berblog nie banyak laks orang dok tanya itu ini, aku ok jer xder masalah tapi tula dah terlupa point nak taip...hmm kalau mcm tu ini jer la blog aku kali ni..insyaAllah aku akan kembali blog k...semoga lebih banyak yang boleh aku paparkan dalam blog aku nie...semoga bertemu kembali...

Thursday, October 29, 2009

meeting...

Assalamualaikum... dan salam sejahtera (salam satu malaysia pon klu nak guna blh gakla...nnt najib block lak blog aku nie...)

setelah beberapa hari meninggalkan ofis ke kl untuk menservice client kat sana...orang dok tanya aku..xjauh ke dari kedah ke kl untuk client yang x sampai 20 orang tue...aku kata x pe...ok jer aku ada trick untuk menyahkan rasa membazir duit minyak ke sana..tricknya ialah "niatkan dalam hati yang kita ke sana bukan semata untuk buat sales, niat sama untuk berjalan2". jadi bila pegi sana kadang2 tu x dak sales xla rasa down sangat...untuk stay dalam bidang ni yang paling penting ialah semangat dan roh...keduanya adalah bersangkutan dan boleh dikatakan perkara yang hampir...bezanya sangat nipis senipis kulit bawang...pada aku roh ada kaitannya dengan agama yang aku anuti iaitu ISLAM...tetapi semangat x tertakluk kepada agama...ni pendapat aku la jangan la buat panduan hidup laks...sebab agama apa pun semangat boleh dijanakan...tetapi hanya roh yang beragama ISLAM sahaja yang paling kuat..iman dan kepercayaan..ok sekali lah aku tekan kan INI PENDAPAT aku laaa...

actually banyak idea yang aku nak taip pagi nie tapi sebab ada meeting awal laks tetiba hilang idea nak taip..ciss

ok kesimpulannya kali ini aku ke KL xde sapa pon yg amek insuran dengan aku ni ha..tapi kalau kita tgk bright side nye aku jumpe balik kawan lama2 aku..rasa aku ni at least lebih bernasib baik la klu nak compare dengan orang lain seusia aku...banyak lagi yang masih terumbang ambing...at least satu peringkat hidup aku dah tempuhi berbanding kawan2 yang lain...BERKAHWIN...sapa kata x kahwin xdak cabaran...orang selalu sebut bila kahwin kena jaga anak la mcm2 tambahan bini aku depa kata x kerja la...tapi indahnya isteri aku boleh jaga anak dan rumah masa aku x dak...blh bagi susu kat anak aku so jimat banyak ooo...anak aku tulah ATIKAH MAISARAH (sarah) yang membuatkan aku tersenyum dan tergelak terbahak2 bila tengok perangai dia...comei sungguh...ada masa aku upload lagi gambar dia k...

oh pagi ni aku baru perasan yang aku dah ada sorang follower...nama dia abdul rashid zakaria...wah bangganya aku...dah ada sorang follower...terima kasih dan selamat datang...anda amat dialu2kan di sini...SELAMAT DATANG...

oklah aku pon dah xdak idea dah nie...ok pada masa yang datang aku akan update lagi blog aku untuk di isi dengan maklumat dan pengalaman yang labih berguna dari merapu...

Sunday, October 25, 2009

aku seharian di kl

heheh keje jugak aku pagi tadi tapi kejap jerla...aku senaraikan client yang aku nak jumpa esok kendian aku kol untuk buat appoinment siap2 esok dan semuanya sukses...tapi ada sorang client aku ni macam x puas hati lak dengan service aku...dia cakap tadi aku cakap x serupa bikin...tapi x pa bukannya aku x pernah hadapai tuduhan yang macam nie...insyaAllah kesabaran aku akan diuji esok dan aku akan buktikan sekali lagi yang aku ni bukannya agent yang tidak bertanggung jawab seperti yang dia maksudkan aku pagi tadi...memang marah jugak bunyinya cikgu Saifullizan...masalahnya polisi dia dengan Takaful Etiqa yang dulu hilang aku nak buat macam mana?selidik punya selidik sebenarnya dia ada masalah dengan tunangnya laaaa...isk lelaki macam ni memang bermasalah la aku rasa...cuba pikir tengok kalau dalam satu keluarga suami isteri, isteri memang berfikir dengan menggunakan emosi tetapi tidak bagi lelaki...sebab tu kuasa talak jatuh ke tangan lelaki...jarang lelaki yang berfikir dengan menggunakan emosi..insyaAllah esok aku akan menggunakan akalku ini untuk berbincang dengan dia...actually bukan masalah aku pon...polisi dia yang ilang..kalau dia nak berenti pon aku nak buat macam mana lagi dah memang aku x berapa berani sangat nak ambik insuran dengan orang yang ada masalah emosi x tenang nie...seram aku..persistensy aku tue...


ok2 dah hari ni aku x blh tido langsung adaaaaa saja bunyi telefon dikala aku rasa macam roh aku sedikit terapung..alarm la, pah la, client la...last2 dalam pkl 1 lbh2 abanglong msg jom tgk movie tiket ceme...hehe free la tu..aku ingat apala citer the plan of the snail...citer america latin...masyaAllah akubantai lena jer dalam panggung tadi..dalam perjalanan aku jumpa sorang makcik gigih jual kacang dengan kerepek ubi pedas dan mcm2 lagi...sayu hati aku tengok orang tua tetap gigih cari rezeki...mungkin dia ada keadaan yang sangat memaksa diri dia tu...kita yang orang muda sihat dan kuat ni kalau boleh kerja la sekuat yang mungkin (tanpa membelakangi agama dan keluarga ya). aku cukup benci tengok orang yang muda meminta sedekah macam kat jitra sorang tue ada asyik dok tunggu dekat bank public isk x blh aku..at least klu x mau pikir tentang orang lain pikir la untuk diri sendiri...kadang2 tu yang hairannya kahwin lepas plak...yang abg sulong merah muda aku ni punya la gigih berjimat hidup x leh kawen2 gak...insaf aku tengok keadaan dia macam2 sekatan ekonomi yang dibuat orang kat dia...yang memang musuh tu xpala tapi yang ngaku kawan pon mcm tu gak...mgkn sebab dia responsible so dia x berani nak berkahwin lagi...

tengok dia bila makan setengah kendian bungkus setengah memang menginsafkan aku betapa kekadang aku tengok budak2 makan x habis macam sengaja xmau habiskan (kebanyakan orang yang dok mabuk bercinta la) malu kononnya habiskan makanan...ni ada satu nasihat..KITA XTAU YANG MANA SATU DALAM PINGGAN KITA TU REZEKI YANG BETUL2 BERKAT...SO HABISKAN LA KESEMUANYA...hindarilah perangai syaitan yang suka membazir nie...

fuh tu geram tue sampai macam tu sekali punya syarahan...klu x borang baca jer la kalau borang aku sendiri yang akan baca satu hari nanti...insyaAllah...

so ok sampai sini saja la dulu nak ajak abang makan kendian nak hantar barang masyi laks...uhuks...assalamualaikum...salam satu malaysia...ptuih

Saturday, October 24, 2009

pekerjaan

ok saja aku masuk post yang lain ini bukan apa...post yang ni khusus untuk aku rakamkan pengalaman aku masuk meeting dalam Agensi Raja Zainal pertama kali selepas dua tahun aku perang saraf dengan manusia bernama Raja Zainal ni...kesimpulannya overall ok dia dah x seserius dulu untuk menghentam kami agent semua, ada sikit joke untuk menceriakan suasana..tapi aku masih x biasa dan masih ada rasa TIDAK SELESA untuk disoal siasat begitu setiap hari...abang alwi nampak selesa...xtaula yang dalamnya macam mana?wajibkah aku bawa kes setiap hari...aku rasa inilah yang kesilapannya manusia lebih utamakan kuantiti berbanding kualiti kes...

bukan aku nak berbangga pon bila raja ada sebut jugak persistemsi aku begitu baik untuk dijadikan teladan kepada semua agent...tapi aku lebih suka guna kaedah mendekati dan memahami dan kalau boleh selesaikan masalah kewangan setiap klien...memadai kalau kita ambil tahu dan bagi nasihat sikit2...tipsnya ialah tumpukan depa kepada perkara yang jarang orang buat contohnya kita galakkan depa berZAKAT dengan banyakkan menDERMA sedikit duit kepada mana2 yang patut...kata abah mentua aku "kalau habis x mampu sekalipun sebolehnya cuba tengok sehari derma dalam 0.50 atau RM1 ke masjid atau orang2 yang mnta sedekah". aku setuju...

satu lagi yang aku nampak masalah dalam agensi ni, duit memainkan peranan yang utama dimana aku nampak satu perangai raja ni yang kurang sedap aku dengar atau lihat ialah dia PEGANG DUIT DIA TERLALU KEJAP dan TERLALU BERKIRA dengan agent2 walaupun budak2 baru..kesian depa baru nak build career dalam industri ni dah ada banyak tekanan terutama untuk membeli2 perkara2 yang x perlu tapi diMESTIkan oleh agensi (RAJA ZAINAL NIE)..patutnya kita kena bantu depa ni capai dulu pendapatan yang membolehkan depa berNAFAS baru nak bagi tekanan ke hapa...Ya Allah minta janganla aku nanti "Kata Dulang Serpih, Kata Orang Aku Yang Lebih". takut2 aku masa berjaya nnt silap2 laaagi teruk dari upline aku sorang nie..Nauzubillah..sama2 la kita doakan supaya aku ditetapkan iman...eh bukan aku sorang tapi kita semua la...jadi blog ni boleh dijadikan rujukan aku suatu hari nanti untuk aku menilai diri sendiri..minta2 supaya KITA SEMUA DITETAPKAN IMAN bila kita semua BERJAYA...AMINNNN..


erm ni adala lagi satu masalah gak nie...kalau x dapat sudah, mungkin bukan rezeki kita, kita x perlu terlalu push client kita untuk ambil insuran@takaful dengan kita..yang paling penting ialah kita mesti sentiasa ambil kesempatan untuk rapat dengan bakal client kita dan jangan tunjukkan sangat yang kita berkawan dengan depa semata2 untuk depa ambil insuran saja...benda ni aku balajar masa ABANG AZIZ yang jual insuran kat Pendang dia lapse kan polisi dia satu famili dengan aku... dan aku rasa inilah sebab dia..banyak client aku bayar dengan cash term tapi Alhamdulillah depa semuanya on time bayaran dan kalau sikit2 tue biasalah...cuam janganla kita nampak sangat kita LAPARKAN duit client kita...tu jer minta elok2..depa akan bagi walau berat sikit sebab segan dengan kita..insyaAllah..

erm yang ni saja kut untuk kali nie...insyaAllah kita sambung lagi lain kali k...tq untuk membaca..

p.s mgkn catatan ini berguna untuk orang2 yang berjuang di dalam hidupnya menerusi bidang sales dan marketing..just nak inform jer..

dah perangai...

Dah memang perangai aku yang memang mcm nie dah...awal lagi masa mula-mula create blog dah terdetik, macam mana nak disiplinkan diri untuk update blog ni ha?disiplin kerja insyaAllah x de masalah tapi benda ni baru lagi untuk dijadikan habit...fuh memang take time...kena minta pertolongan abanglong untuk menaik taraf disiplon pemblogan aku (bahasa apa ntah yang aku pakai nie)...memndangkan beliau adalah orang yang terdekat dengan aku yang kelihatannya sangat berjaya dalam bidang pemBLOGan...

memang aku dulu BEKAS graduan Sains Komputer tapi tu dulu masa hidup aku memang bergelumang dengan komputer..sampai pernah satu tahap aku begitu taksub dan ujub dengan kebolehan aku berkomputer...nasib baik Alhamdulillah aku dikembangkan otak aku untuk sambung belajar dekat UTM...masa tu dekat sana aku jumpe berpuluh malah beratus lagi orang lain yang jauh lebih terror dari aku ni ha...mula la insaf...

ok sudah sudah...aku skrg dah sampai KL, plan yang aku cuba dari 2,3 minggu lepas untuk mai sini akhirnya aku sampai jugak...bukan apa, cuma kumpul kerja bagi berbaloi sikit mai sini...erm mcm mana nak cakap tentang keje nie ha?agak malaih jugak la nak mai sini walau sekali sekala tetapi alhamdulillah rezeki kat sini nampak macam senang...mungkin satu hari nanti silap2 aku pindah terus ke sini..setiap kali mai ada saja orang yang sudi join insuran aku nie...

sepanjang aku buat insuran ni mcm2 masalah yang aku jumpa ada yang client ok tapi agent lak yang buat perangai...ada yang agent ok c;lient plak yang teruk, ada dua2 ok upline lak yang DAHSYAT...erm aku masuk kategori mana ha?

Thursday, October 22, 2009

permulaan...

perkataan permulaan ini banyak maknanya...pada aku biarlah aku mulakan dengan hidup aku...


Nama ku Ali Imran Bin Amir, adik kepada pengasas Sekolah Pemikiran Kampung Baru http://karyafansuri.blogspot.com ...hidup aku dengan abang aku mmg jauh sangat bezanya dari kecik sampai remaja...tapi aku nampak banyak persamaan bila kami dewasa...


tujuan aku menulis ni aku cuma nak tengok setakat mana pencapaian hidup aku...mungkin aku x nampak selama ni apa yang aku cari...so kalau ni blog syok sendiri pon betul la jugak...terpulanglah bukan aku nak mencari kehidupan...aku harap supaya satu hari nanti aku boleh baca balik apa yang aku tulis dan aku boleh tentukan apa yang aku miss dan apa yang sepatutnya aku buat supaya masa depan aku x ulangi kesilapan aku...


dah lama kawan2 dok tanya "hang x dak blog ker?" jawapan aku simple...aku xtau nak tulih apa tentang apa pasai apa?apa yang menarik?sapa yang nak baca...aku tgh cari tujuan aku menulis...yela semua benda dalam dunia ni ada sebab musababnye...aku harap blog aku ni bukan "hangat hangat tahi ayam" je.


Ok so tujuan aku yang pertamanya untuk berblog ini adalah untuk tengok progress aku setelah KEMBALINYA aku ke agensi aku setelah melalui DUA TAHUN sekatan emosi terhadap kerjaya aku...upline aku Raja Zainal Bin Raja Ahmad banyak mengajar aku sebelum ini untuk menjadi seorang agent insuran yang pada aku berjaya la jugak sebab aku dah tiga tahun jadi agent dan aku masih mampu bertahan. kata - kata dari rocky balboa (aku translate la bahasa melayu senang sket...) "untuk bertinju bukan sekuat mana atau sebanyak mana kita mampu melepaskan tumbukan, tetapi SEKUAT MANA KITA MAMPU BERTAHAN BILA DITUMBUK." Pada aku itu satu ayat yang memang power untuk move kita mengharungi hidup ni. Untuk jadi agen bukan sekuat mana kita boleh buat sales, tetapi seteguh mana hati kita untuk men'service' client kita. kalau setakat blh buat sale ribu2 tapi x service, kita blh tengok setakat mana dia mampu bertahan. Banyak agen mcm tu memang banyak tapi banyak jugak yang TERGOLEK. aku biasa dengar ada seorang leader cakap macam nila lebh kurang "kalau nak tau sorang tu tahan ke x jadi agen, kalau lebih 3 tahun baru tahan". Aku dah masuk tahun ketiga...erm mungkin aku akan tahan?sama-sama kita lihat k...by the way thank you veeeery much untuk luangkan masa untuk membaca blog aku nie...(kalau ada lahhh) terima kasih...
Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

xtaul;a nak start dari mana...kejap lagi la aku sambung k...tq