Wednesday, December 16, 2009

rekod...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...hehe hari ni pecah rekod aku berblog sungguh..ini post aku yang kedua..saja2 sambil tunggu member dekat leboss ni dah ada wifi so aku try je la korek idea untuk blog aku..dan hasilnya dalam aku terfikirkan zakat...hmm satu issue yang sensitif untuk dibincangkan di sini...

sesungguhnya aku ini bukanlah seorang ustaz malah jauh sekali untuk diminta pendapat..pendapat aku hanyalah untuk aku k..tetapi kalau jumpa mana2 yang sesuai tu guna jelah..dan kalau ada antara ajaran aku ni yang melampau..syiah ke wahabi ke sesat ke direct sound je kat aku ni k..aku ni boleh terima pendapat orang len jangan risau..cuma nak terima atau tak tu bergantung..cuma jaminan aku takkan melenting bila diberi nasihat k..

mengapa kita susah sangat untuk keluarkan zakat..aku xmau tengok orang len la tapi famili aku sendiri pon ada gak yang perngai macam tu..aku bukan apa..aku pon mcm tu jugak masa memula berjinak nak kuarkan zakat nie..aku paham sangat..tapi cubalah fikirkan TANGGUNGJAWAB kita sebagai seorang Islam kepada Islam yang lain..actually zakat ni termasuk kat dalam rukun Islam tau..

actually bila sebut percent memang nampak banyak iaitu 2.5 percent..tapi x habih lagi tuh..dia cuma 2.5% je dari HARTA YANG TIDAK DIGUNAKAN..kalau RM1000 cuma RM25 je zakat..dan pada aku berzakat dan menderma ni sangat penting untuk orang business nie sebab dari situ lah kita nak dapatkan keberkatan rezeki yang kita dapat..ingatlah rezeki yang kita dapat bukanlah kesemuanya adalah hak kita..ada rezeki orang miskin dalam tu..tuhan bagi rezeki depa melalui kita sebagai ujian untuk kita tengok kita sayang mcm mana dengan duit kita tue..sebolehnya cubalah berzakat...

aku masa memula nak berzakat memang rasa berat sangat nak kuar duit nie..tapi bila tiap2 bulan kita buat benda nie insyaAllah dia dah xrasa berat dahla..aku dah cuba dah dan memang berkesan..jadikan tanggungjawab kita..ringankan tangan kita untuk keluarkan derma dan zakat insyaAllah duit kita akan dibersihkan..

dalam aspek derma ni actually kaum cina ni lagi dahsyat depa punya "zakat"..aku difahamkan depa ni actually "zakat" 10% dari duit depa woo...maksudnya kalau RM1000 depa kena bagi RM100 kat mana2..hehe aku pernah jumpa sorang mamat cina nie dia baru menag duit ekor RM120000 dan dengan selambernya dia bagi RM12000 kat satu rumah anak yatim..pergh memang ringan la tangan dia tuh..malu laks aku ni ha..dia percaya apa2 yang kita nak dalam dunia nie kita kenalah keluarkan dahulu kendian baru la dia mai balik..malah lagi banyak..macam nak berniaga of course kena keluarkan modal dulu untuk beli barang dan stok dan sebagainya..kendian bila orang mai beli bukan saja dapat balik modal malah dapat sekali dengan untungnya...WOW konsep yang mudah...

actually aku dah penah dengar dah benda ni..masa tu aku dengar satu ceramah aku x ingat kat mana tapi kalau xsilap aku ni mai dari robert kiyosaki..ntahla bukan sedara aku pon mamat nie..tapi dia penah kata benda yang sama dengan member chinese aku tue..dan memangla benar sesungguhnya Islam tue dah complete dah..cara nak kaya pon dah ada dah dalam tue cuma kita jerk yang xikut syariat..kalau la semua orang Islam buat benda nie insyaAllah xderla orang miskin muslim dalam malaysia bertuah ni..insyaAllah dengan blog aku ni adalah diharapkan dapat memberikan inspirasi dan idea kepada sebanyak mungkin orang untuk berjaya dalam hidup..aku bukanlah sempurna jadi jika terdapat sebarang perkataan yang mengguris hati sila lah tegur ye..TQ assalamualaikum dan selamat sejahter..salam satu malaysia bwueeeeekkkkk...

No comments:

Post a Comment

klu berani komen la...