Sunday, January 31, 2010

ponteng keja...

Assalamualaikum..

kemarin aku seharian di tesco sp selatan..temankan wife dgn adik aku shopping sikit..hmm dan dalam nak balik aku nampak 1 machine..mesin ni blh check tinggi, berat, tekanan darah dn yang paling aku minat body fat index..(jumlah lemak dlm badan)..hmm sesuatu yg xpenah aku check selama nie..dan hasilnya mendukacitakan iaitu berat aku terlebih..

1) tinggi aku 173cm berat 77.7 (BMI aku 26 &yg ideal 19-25)
2) body fat index 25.4% means 19.7 kg dr berat aku ialah LEMAK!!!! OMG
3)blood preasure 114/66 pulse 87 normal 150/90 (alhamdulillah)

so kesimpulannya aku kena cr cara untuk menghilangkan lemak berlebihan ini..aduh..

--------------------

malamnya aku melakukan percubaan yang ntah ke berapa untuk menghabiskan movie sherlock holms..org dh tgk berapa kali pusing dh aku nak perabih sekali pon xleh lagik..so aku pon tgk sambil2 aku godek2 mcm mana nk transfer nama client aku dlm hp nokia nie..serampang 2 mata la..tetapi buat sekian kalinya usaha aku ni tidak berhasil kerana MEM KECHIK dalam umah aku nie iaitu Miss Sarah menghalang usaha aku..dia teriak depan TV nak tgk citer hakin (baby's day out) dan hasilnya aku terpaksa mengalah..aku pon xpaham apesal yg dia minat sgt citer nie..dah ulang kali ke 200 dh dlm hari ni saja dia dok gelak jugak tgk citer noie..minat sungguh..tapi at least 1 keje aku selesai mlm nie iaitu update contact ke dlm hp aku..banyak betul benda yg nk kena belajar ttg hp aku nie..

smlm lepas tgk tanyalah ustaz (isu bersuci) aku nak tido..dlm nk tido tetiba aku terpikir lak tetiba (mcm dapat hidayah) apa akan jadi klu aku fail dalam insuran?tetiba aku pikir..na'uzubillah ya Allah sungguh menakutkan..aku xder gaji dah ada anak isteri mmg menakutkan betui..ya Allah aku sedar aku sungguh pemalas mutakhir ini..akan aku buang perangai itu demi keluarga ku..last2 aku rs dlm pkl 3 jugak baru aku tertido lepas berhempas pulas dgn air mata utk tido..aku bermohon kepada semua yg membaca blog aku ini semoga blh lah kiranya untuk berdoa untukku semoga perjalanan hidupku ini dipermudahkan Allah di dunia dan akhirat..insyaAllah aminn..

pagi nie aku bangun je pagi terus aku kuar beli roti dan lepas adik aku (kakti) balik ke usm baru aku mulakan tugasku..selepas bersiap aku kuar bayar celcom kinah, bil elektrik umah lunch dan akhirnya barulah aku smp dkt ofis..dan skrg ni aku tgh menaip blog laks..ok la so ini shj dulu..aku berdoa semoga kita semua dipermudahkan segala urusan kita di dunia akhirat insyaAllah..aku berharap hang pa pun tlg la doakan aku sama k..aku serius takut nie..assalamualaikum..tadbir..Allahuakbar..

Saturday, January 30, 2010

cuti nan panjang...


Assalamualaikum..dan selamat sejahtera..

heheh ada betulnya satu ayat dari raja..jangan cuti terlalu lama..kita akan jadi malas..dan aku setuju dengan pernyataan nie..masalahnya yang setuju adalah minda bawah sedar aku manakala minda sedar aku xmau ikut benda2 nie..ceh mcm hampeh betui aku nie..aku akan buat keje mulai sekarang jugak..

aku tau masalah aku ialah suka bertangguh keje..ini mmg aku punya BIG PROBLEM..masalah ni sangat besar sehingga aku sendiri risau bila pikirkan benda nie..apa yang aku tunggu???tunggu duit xde bru nak kuar keje??

aku ni bukannya xat keje langsung..gila hapa mana ada orang blh duduk saja xwat keje apa satu??cuma keje aku ni xproduktif sangat pon..scan gambo abah aku masa muda2 dulu..sengaja ambik masa lama untuk settle satu2 problem..hmm mcm2..kdg2 tu rasa mcm maleh sangat nk beli DVD dh lani..nak perabih tgk 1 DVD pon kdg2 amek masa 3,4 hari utk 1 citer..apakah aku sdh tua???

hmm hari ni aku perabih masa aku untuk scan gambo abah aku masa muda2 dulu..hehe mak ndak dgn pakcik aku klu jumpa aku selalu tengok muka aku dkt2 pastu kata "eh eh eh isk isk isk mcm amir sungguh masa muda2 dulu.."hehe so inilah gambo aku dgn abah aku..tgk la ada rasa semacam ke??aku tanya wife aku dia kata ada la tp skit sgt actually..tp yg penting aku lbh hensem katanya..kua kua kua sorry abah..

eh ni abang wie kol laks kete dia rosak so aku kene kuar japs..tolong member dlm kesusahan..ala mcm wonder pets la gak..ok len kali la aku smbg..cheis...

Wednesday, January 27, 2010

apa yang aku dapat???

Assalamualaikum..dan selamat sejahtera...

hmm pagi ni bangun je dari tido aku dok pikir balik..apa yang aku dah buat dengan duit aku??

1)kad kredit + barang elektrik rumah + perabot + shoping gila2
2)upgrade HP E72
3)emas

jadi kad kredit aku masih ada hutang lbh kurang dalam 7000 sj lagi..alhamdulillah..dan kesemua peralatan rumah aku dah beli..kali ni untuk simpanan saja aku beli emas sbb aku tau mmg susah sgt nak cash emas nie..hehe seswai dgn sifat aku yang xblh tau klu ada duit..

okey2 sudah at least aku dah nampak banyak benda yang terhasil dari duit aku tu..alhamdulillah...

kelmarin (atau semalam ikut bahasa org selatan)..aku bercadang nak ke nibong tebal USM biasalah nak cari sales..baru je lepas tol aku teringat dokumen kerja aku x bawa..terus mood aku down..keje mmg xkan menjadi xde dokumen nie..aku kol wife aku dan dia kata mmg aku tertinggal kt umah..hmm lain kali jela..TETIBA telefon aku berbunyi..oh member aku nie kamil..anak dia baru kuar dari hospital KPJ sehari sblm tue..demam biasa je..tp dia nie mmg banyak bunyi sgt..dia xpuas hati dgn hospital terus dia marahkan aku..aku pon mula la nak hot..klu dia nk marah kat prudential ke kt agen ke yes aku mmg bertanggung jawab tp aku tanya straight (kdg2 dgn client ni kita kena keras gak) "hang marah nie kat aku ke compeni aku ke hospital??blh x hg kol terus je hospitalmarah depa..aku rasa hg marah aku ni xadil la..hang rasa mcm mana?"..dan dengan buah tu terus dia diam..aku mmg jenis nie klu org yang kenal aku mmg depa akn kata aku ni jenis lawak..tp klu org kenal aku betul2 aku ni jenis lawak dan pongoih(istilah kedah sila la cari sendiri)..tapi sepanjang percakapan aku dgn dia aku cuba jugakla kawal amarah aku nie ha..dan sedarx sedar aku dalam dok bercakap dgn dia aku dah sampai dkt hospital kpj bandar perda..imagine berapa lama aku slow talk dgn dia..aku nampak masalah kamil nie dia nie cepat melatah..benda ni actually dia dapat bincang dgn hsopital sendiri tp ntahla mcm sengaja nk nyusahkan aku pon ada..sebenarnya cuma ada masalah kecik je teknikal dan benda ni xde issue pon..saja dia nak melebih2..isk2 aku pon kene sabar la client dh mcm nie..tensen pon ada..alhamdulillah kelmarin ceritanya xdapat la aku ke nibong tebal uruskan client aku ni sorang je..aku pon sikit lagi je nk kuar ayat "eleh nak amek insuran pon kemut nak service lbh pada apa lagi.."alhamdulillah xterkeluar ayat tue..aku masih waras..

so hari ni aku kene pegi tengok cetakan kalendar aku kat kedai hasani..kendian aku kena balik perik malam ni ada kenduri kesyukuran skit kat umah mak mentua aku..aku pon tumpang jela kenduri sket..biras aku salah sorang yang baru balik dr lubnan malcon east 4..ok ini je kot utk kali nie..kejap lagi la..daaaa

Bonus...

Alhamdulillah...

akhirnya yang ditunggu dah tiba..yang dihajat sudah tercapai..alhamdulillah..syukur sangat aku pada nikmat tuhan yang satu nie..banyak masalah aku selesai..hehe bonus bari masuk 21 hb lepas..jumlahnya tidaklah terlalu banyak tetapi serius tidaklah mengecewakan..maka ini ialah kali ke tiga aku menerima bonus..bulan januari 09 sekali, dan julai 09 sekali..dan sekali ini...alhamdulillah..kebanyakan hutang aku sudah diselesaikan skrg nie..maka tinggal la hutang aku sedikit2 lagi beserta dengan hutang ptptn aku..(hah yang ni banyak...)

hmm kebelakangan ni even ekonomi aku bertambah baik..satu perangai aku yang memang ditakuti telah datang..perlukah perangai dan sifat ni mai setiap kali tahun bermula..aku perasan aku akan jadi pemalas pada awal setiap tahun..aku tau memang semua orang ada time untuk malas (termasuk raja..elleh jangan x ngaku la hang tu bukannya gaban)..contohnya mcm blog nie..aku cantek punya update..mmg aku gila busy (family matter) sepanjang bulan 12 dengan 1..masalah dengan famili wifer aku dgn famili aku sekali..tetapi rasanya banyak yang busy sbb aku shopping lagi..hehe..jadi setelah aku berfikir sejenak..aku mula membuat perancangan..aku rasa masalah aku ialah suka melengahkan kerja yang ada..akhirnya kerja bertimbun dan satu pon x terdaya nak buat..hmm tapi mcm mana aku nak selesaikan masalah nie??jap aku nak rilek sat nak pikir jap...

mungkin aku boleh start dengan satu perkara...AKU PERLU SEMBAHYANG PADA AWAL WAKTU...mungkin inilah masalah aku..so ok kejap lagila aku sambung ok..aku nk semayang kejap..hehe

Monday, January 4, 2010

the message..anthony quinn

assalamualaikum...dan selamat sejahtera..

malam semalam sebelum tido aku belek2 channel tv..alih2 aku tengok citer semua merapu..dan aku mula korek2 kantung dvd aku..mana2 dvd yang aku dah beli tapi xtengok lagik aku nak tengok mlm nie..hmm last2 aku tengok THE MESSAGE lakonan Anthony Quinn..ceritanya berkisarkan tentang perjalanan Nabi kita Muhammad SAW ketika memula dia terima wahyu sehingga beliau wafat..masyaAllah orang kafir pon boleh buat movie sebegini hebat..hampir menangis aku melihat pengorbanan dan kesungguhan depa..terpikir aku..kalau aku hidup di zaman kafir quraisy dulu..adakah aku mampu untuk melihat kebenaran islam..

teringat aku ada member nama dia borhan at-tobiari..dia buat takaful ikhlas..hehe dah lama dia ajak aku join ikhlas tapi aku last2 join prudential jugak..walaupon kami dari kompeni yang lain tapi kami ttp member dan dia memang senior la kiranya dalam takaful ikhlas dia ni memang terer la jugak..aku pernah mengeluh kat dia tentang susahnya buat sales nie dan dia dengar sambil tersenyum..hehe maka dijawabnya "hang pernah x baca tafsir Al-Quran?"..aku terpikir apa kaitannya baca tafsir laks?dia bagitau aku tentang keadaan dia dulu masa memula buat sales dia pon pernah rasa down sangat..terus balik rumah dia amek wudhu kendian buka tafsir secara rambang dan kebetulan dia jumpa ayat yang mengubat kesedihan hati dia..cerita Nabi Muhammad SAW berdakwah..Muhammad SAW seperti yang kita semua tahu merupakan manusia termulia di sisi Allah dan kekasih Allah..namun tetap mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya untuk berdakwah..maka bolehkah kita fikirkan siapalah kita di sisi Allah..sedangkan beliau yang mulia pon Allah uji dengan ujian yang hebat..diugut dan cuba dirasuah pernah dipukul dan dibaling batu tetapi beliau tetap sabar menghadapi dugaan..dan ini semua dibuatnya untuk umat manusia...sedangkan kita hanyalah untuk menyampaikan risalah company kepada seramai mungkin manusia menyedarkan kepentingan insuran..itu sahaja..adalah amat kecil ujian kita kalau dibandingkan dengan Nabi SAW..dengan itu sabarlah..bagi sesiapa yang nak tengok movie tu aku cadangkan janganlah beli yang cetak rompak..beli la yang original sebab support la skit product islamik ni walaupon pelakon dia non-muslim tapi pengarah dia muslim..klu citer lord of the ring boleh dibeli yang ori yang ni janganlah berkira sangat..

aku skrg ni dok cari citer LION OF THE DESSERT laks hehe lakonan orang yang sama..menceritakan saidina hamzah personally tentang peribadi beliau..hmm so inilah intipati untuk kali nie..sabarlah dalam menghadapi ujian..dan ingatlah dalam setiap kesulitan ada kebaikan dan dalam kebaikan adalah ujian untuk kita..wassalam..