Sunday, January 31, 2010

ponteng keja...

Assalamualaikum..

kemarin aku seharian di tesco sp selatan..temankan wife dgn adik aku shopping sikit..hmm dan dalam nak balik aku nampak 1 machine..mesin ni blh check tinggi, berat, tekanan darah dn yang paling aku minat body fat index..(jumlah lemak dlm badan)..hmm sesuatu yg xpenah aku check selama nie..dan hasilnya mendukacitakan iaitu berat aku terlebih..

1) tinggi aku 173cm berat 77.7 (BMI aku 26 &yg ideal 19-25)
2) body fat index 25.4% means 19.7 kg dr berat aku ialah LEMAK!!!! OMG
3)blood preasure 114/66 pulse 87 normal 150/90 (alhamdulillah)

so kesimpulannya aku kena cr cara untuk menghilangkan lemak berlebihan ini..aduh..

--------------------

malamnya aku melakukan percubaan yang ntah ke berapa untuk menghabiskan movie sherlock holms..org dh tgk berapa kali pusing dh aku nak perabih sekali pon xleh lagik..so aku pon tgk sambil2 aku godek2 mcm mana nk transfer nama client aku dlm hp nokia nie..serampang 2 mata la..tetapi buat sekian kalinya usaha aku ni tidak berhasil kerana MEM KECHIK dalam umah aku nie iaitu Miss Sarah menghalang usaha aku..dia teriak depan TV nak tgk citer hakin (baby's day out) dan hasilnya aku terpaksa mengalah..aku pon xpaham apesal yg dia minat sgt citer nie..dah ulang kali ke 200 dh dlm hari ni saja dia dok gelak jugak tgk citer noie..minat sungguh..tapi at least 1 keje aku selesai mlm nie iaitu update contact ke dlm hp aku..banyak betul benda yg nk kena belajar ttg hp aku nie..

smlm lepas tgk tanyalah ustaz (isu bersuci) aku nak tido..dlm nk tido tetiba aku terpikir lak tetiba (mcm dapat hidayah) apa akan jadi klu aku fail dalam insuran?tetiba aku pikir..na'uzubillah ya Allah sungguh menakutkan..aku xder gaji dah ada anak isteri mmg menakutkan betui..ya Allah aku sedar aku sungguh pemalas mutakhir ini..akan aku buang perangai itu demi keluarga ku..last2 aku rs dlm pkl 3 jugak baru aku tertido lepas berhempas pulas dgn air mata utk tido..aku bermohon kepada semua yg membaca blog aku ini semoga blh lah kiranya untuk berdoa untukku semoga perjalanan hidupku ini dipermudahkan Allah di dunia dan akhirat..insyaAllah aminn..

pagi nie aku bangun je pagi terus aku kuar beli roti dan lepas adik aku (kakti) balik ke usm baru aku mulakan tugasku..selepas bersiap aku kuar bayar celcom kinah, bil elektrik umah lunch dan akhirnya barulah aku smp dkt ofis..dan skrg ni aku tgh menaip blog laks..ok la so ini shj dulu..aku berdoa semoga kita semua dipermudahkan segala urusan kita di dunia akhirat insyaAllah..aku berharap hang pa pun tlg la doakan aku sama k..aku serius takut nie..assalamualaikum..tadbir..Allahuakbar..

No comments:

Post a Comment

klu berani komen la...