Monday, January 4, 2010

the message..anthony quinn

assalamualaikum...dan selamat sejahtera..

malam semalam sebelum tido aku belek2 channel tv..alih2 aku tengok citer semua merapu..dan aku mula korek2 kantung dvd aku..mana2 dvd yang aku dah beli tapi xtengok lagik aku nak tengok mlm nie..hmm last2 aku tengok THE MESSAGE lakonan Anthony Quinn..ceritanya berkisarkan tentang perjalanan Nabi kita Muhammad SAW ketika memula dia terima wahyu sehingga beliau wafat..masyaAllah orang kafir pon boleh buat movie sebegini hebat..hampir menangis aku melihat pengorbanan dan kesungguhan depa..terpikir aku..kalau aku hidup di zaman kafir quraisy dulu..adakah aku mampu untuk melihat kebenaran islam..

teringat aku ada member nama dia borhan at-tobiari..dia buat takaful ikhlas..hehe dah lama dia ajak aku join ikhlas tapi aku last2 join prudential jugak..walaupon kami dari kompeni yang lain tapi kami ttp member dan dia memang senior la kiranya dalam takaful ikhlas dia ni memang terer la jugak..aku pernah mengeluh kat dia tentang susahnya buat sales nie dan dia dengar sambil tersenyum..hehe maka dijawabnya "hang pernah x baca tafsir Al-Quran?"..aku terpikir apa kaitannya baca tafsir laks?dia bagitau aku tentang keadaan dia dulu masa memula buat sales dia pon pernah rasa down sangat..terus balik rumah dia amek wudhu kendian buka tafsir secara rambang dan kebetulan dia jumpa ayat yang mengubat kesedihan hati dia..cerita Nabi Muhammad SAW berdakwah..Muhammad SAW seperti yang kita semua tahu merupakan manusia termulia di sisi Allah dan kekasih Allah..namun tetap mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya untuk berdakwah..maka bolehkah kita fikirkan siapalah kita di sisi Allah..sedangkan beliau yang mulia pon Allah uji dengan ujian yang hebat..diugut dan cuba dirasuah pernah dipukul dan dibaling batu tetapi beliau tetap sabar menghadapi dugaan..dan ini semua dibuatnya untuk umat manusia...sedangkan kita hanyalah untuk menyampaikan risalah company kepada seramai mungkin manusia menyedarkan kepentingan insuran..itu sahaja..adalah amat kecil ujian kita kalau dibandingkan dengan Nabi SAW..dengan itu sabarlah..bagi sesiapa yang nak tengok movie tu aku cadangkan janganlah beli yang cetak rompak..beli la yang original sebab support la skit product islamik ni walaupon pelakon dia non-muslim tapi pengarah dia muslim..klu citer lord of the ring boleh dibeli yang ori yang ni janganlah berkira sangat..

aku skrg ni dok cari citer LION OF THE DESSERT laks hehe lakonan orang yang sama..menceritakan saidina hamzah personally tentang peribadi beliau..hmm so inilah intipati untuk kali nie..sabarlah dalam menghadapi ujian..dan ingatlah dalam setiap kesulitan ada kebaikan dan dalam kebaikan adalah ujian untuk kita..wassalam..

No comments:

Post a Comment

klu berani komen la...