Thursday, October 29, 2009

meeting...

Assalamualaikum... dan salam sejahtera (salam satu malaysia pon klu nak guna blh gakla...nnt najib block lak blog aku nie...)

setelah beberapa hari meninggalkan ofis ke kl untuk menservice client kat sana...orang dok tanya aku..xjauh ke dari kedah ke kl untuk client yang x sampai 20 orang tue...aku kata x pe...ok jer aku ada trick untuk menyahkan rasa membazir duit minyak ke sana..tricknya ialah "niatkan dalam hati yang kita ke sana bukan semata untuk buat sales, niat sama untuk berjalan2". jadi bila pegi sana kadang2 tu x dak sales xla rasa down sangat...untuk stay dalam bidang ni yang paling penting ialah semangat dan roh...keduanya adalah bersangkutan dan boleh dikatakan perkara yang hampir...bezanya sangat nipis senipis kulit bawang...pada aku roh ada kaitannya dengan agama yang aku anuti iaitu ISLAM...tetapi semangat x tertakluk kepada agama...ni pendapat aku la jangan la buat panduan hidup laks...sebab agama apa pun semangat boleh dijanakan...tetapi hanya roh yang beragama ISLAM sahaja yang paling kuat..iman dan kepercayaan..ok sekali lah aku tekan kan INI PENDAPAT aku laaa...

actually banyak idea yang aku nak taip pagi nie tapi sebab ada meeting awal laks tetiba hilang idea nak taip..ciss

ok kesimpulannya kali ini aku ke KL xde sapa pon yg amek insuran dengan aku ni ha..tapi kalau kita tgk bright side nye aku jumpe balik kawan lama2 aku..rasa aku ni at least lebih bernasib baik la klu nak compare dengan orang lain seusia aku...banyak lagi yang masih terumbang ambing...at least satu peringkat hidup aku dah tempuhi berbanding kawan2 yang lain...BERKAHWIN...sapa kata x kahwin xdak cabaran...orang selalu sebut bila kahwin kena jaga anak la mcm2 tambahan bini aku depa kata x kerja la...tapi indahnya isteri aku boleh jaga anak dan rumah masa aku x dak...blh bagi susu kat anak aku so jimat banyak ooo...anak aku tulah ATIKAH MAISARAH (sarah) yang membuatkan aku tersenyum dan tergelak terbahak2 bila tengok perangai dia...comei sungguh...ada masa aku upload lagi gambar dia k...

oh pagi ni aku baru perasan yang aku dah ada sorang follower...nama dia abdul rashid zakaria...wah bangganya aku...dah ada sorang follower...terima kasih dan selamat datang...anda amat dialu2kan di sini...SELAMAT DATANG...

oklah aku pon dah xdak idea dah nie...ok pada masa yang datang aku akan update lagi blog aku untuk di isi dengan maklumat dan pengalaman yang labih berguna dari merapu...

Sunday, October 25, 2009

aku seharian di kl

heheh keje jugak aku pagi tadi tapi kejap jerla...aku senaraikan client yang aku nak jumpa esok kendian aku kol untuk buat appoinment siap2 esok dan semuanya sukses...tapi ada sorang client aku ni macam x puas hati lak dengan service aku...dia cakap tadi aku cakap x serupa bikin...tapi x pa bukannya aku x pernah hadapai tuduhan yang macam nie...insyaAllah kesabaran aku akan diuji esok dan aku akan buktikan sekali lagi yang aku ni bukannya agent yang tidak bertanggung jawab seperti yang dia maksudkan aku pagi tadi...memang marah jugak bunyinya cikgu Saifullizan...masalahnya polisi dia dengan Takaful Etiqa yang dulu hilang aku nak buat macam mana?selidik punya selidik sebenarnya dia ada masalah dengan tunangnya laaaa...isk lelaki macam ni memang bermasalah la aku rasa...cuba pikir tengok kalau dalam satu keluarga suami isteri, isteri memang berfikir dengan menggunakan emosi tetapi tidak bagi lelaki...sebab tu kuasa talak jatuh ke tangan lelaki...jarang lelaki yang berfikir dengan menggunakan emosi..insyaAllah esok aku akan menggunakan akalku ini untuk berbincang dengan dia...actually bukan masalah aku pon...polisi dia yang ilang..kalau dia nak berenti pon aku nak buat macam mana lagi dah memang aku x berapa berani sangat nak ambik insuran dengan orang yang ada masalah emosi x tenang nie...seram aku..persistensy aku tue...


ok2 dah hari ni aku x blh tido langsung adaaaaa saja bunyi telefon dikala aku rasa macam roh aku sedikit terapung..alarm la, pah la, client la...last2 dalam pkl 1 lbh2 abanglong msg jom tgk movie tiket ceme...hehe free la tu..aku ingat apala citer the plan of the snail...citer america latin...masyaAllah akubantai lena jer dalam panggung tadi..dalam perjalanan aku jumpa sorang makcik gigih jual kacang dengan kerepek ubi pedas dan mcm2 lagi...sayu hati aku tengok orang tua tetap gigih cari rezeki...mungkin dia ada keadaan yang sangat memaksa diri dia tu...kita yang orang muda sihat dan kuat ni kalau boleh kerja la sekuat yang mungkin (tanpa membelakangi agama dan keluarga ya). aku cukup benci tengok orang yang muda meminta sedekah macam kat jitra sorang tue ada asyik dok tunggu dekat bank public isk x blh aku..at least klu x mau pikir tentang orang lain pikir la untuk diri sendiri...kadang2 tu yang hairannya kahwin lepas plak...yang abg sulong merah muda aku ni punya la gigih berjimat hidup x leh kawen2 gak...insaf aku tengok keadaan dia macam2 sekatan ekonomi yang dibuat orang kat dia...yang memang musuh tu xpala tapi yang ngaku kawan pon mcm tu gak...mgkn sebab dia responsible so dia x berani nak berkahwin lagi...

tengok dia bila makan setengah kendian bungkus setengah memang menginsafkan aku betapa kekadang aku tengok budak2 makan x habis macam sengaja xmau habiskan (kebanyakan orang yang dok mabuk bercinta la) malu kononnya habiskan makanan...ni ada satu nasihat..KITA XTAU YANG MANA SATU DALAM PINGGAN KITA TU REZEKI YANG BETUL2 BERKAT...SO HABISKAN LA KESEMUANYA...hindarilah perangai syaitan yang suka membazir nie...

fuh tu geram tue sampai macam tu sekali punya syarahan...klu x borang baca jer la kalau borang aku sendiri yang akan baca satu hari nanti...insyaAllah...

so ok sampai sini saja la dulu nak ajak abang makan kendian nak hantar barang masyi laks...uhuks...assalamualaikum...salam satu malaysia...ptuih

Saturday, October 24, 2009

pekerjaan

ok saja aku masuk post yang lain ini bukan apa...post yang ni khusus untuk aku rakamkan pengalaman aku masuk meeting dalam Agensi Raja Zainal pertama kali selepas dua tahun aku perang saraf dengan manusia bernama Raja Zainal ni...kesimpulannya overall ok dia dah x seserius dulu untuk menghentam kami agent semua, ada sikit joke untuk menceriakan suasana..tapi aku masih x biasa dan masih ada rasa TIDAK SELESA untuk disoal siasat begitu setiap hari...abang alwi nampak selesa...xtaula yang dalamnya macam mana?wajibkah aku bawa kes setiap hari...aku rasa inilah yang kesilapannya manusia lebih utamakan kuantiti berbanding kualiti kes...

bukan aku nak berbangga pon bila raja ada sebut jugak persistemsi aku begitu baik untuk dijadikan teladan kepada semua agent...tapi aku lebih suka guna kaedah mendekati dan memahami dan kalau boleh selesaikan masalah kewangan setiap klien...memadai kalau kita ambil tahu dan bagi nasihat sikit2...tipsnya ialah tumpukan depa kepada perkara yang jarang orang buat contohnya kita galakkan depa berZAKAT dengan banyakkan menDERMA sedikit duit kepada mana2 yang patut...kata abah mentua aku "kalau habis x mampu sekalipun sebolehnya cuba tengok sehari derma dalam 0.50 atau RM1 ke masjid atau orang2 yang mnta sedekah". aku setuju...

satu lagi yang aku nampak masalah dalam agensi ni, duit memainkan peranan yang utama dimana aku nampak satu perangai raja ni yang kurang sedap aku dengar atau lihat ialah dia PEGANG DUIT DIA TERLALU KEJAP dan TERLALU BERKIRA dengan agent2 walaupun budak2 baru..kesian depa baru nak build career dalam industri ni dah ada banyak tekanan terutama untuk membeli2 perkara2 yang x perlu tapi diMESTIkan oleh agensi (RAJA ZAINAL NIE)..patutnya kita kena bantu depa ni capai dulu pendapatan yang membolehkan depa berNAFAS baru nak bagi tekanan ke hapa...Ya Allah minta janganla aku nanti "Kata Dulang Serpih, Kata Orang Aku Yang Lebih". takut2 aku masa berjaya nnt silap2 laaagi teruk dari upline aku sorang nie..Nauzubillah..sama2 la kita doakan supaya aku ditetapkan iman...eh bukan aku sorang tapi kita semua la...jadi blog ni boleh dijadikan rujukan aku suatu hari nanti untuk aku menilai diri sendiri..minta2 supaya KITA SEMUA DITETAPKAN IMAN bila kita semua BERJAYA...AMINNNN..


erm ni adala lagi satu masalah gak nie...kalau x dapat sudah, mungkin bukan rezeki kita, kita x perlu terlalu push client kita untuk ambil insuran@takaful dengan kita..yang paling penting ialah kita mesti sentiasa ambil kesempatan untuk rapat dengan bakal client kita dan jangan tunjukkan sangat yang kita berkawan dengan depa semata2 untuk depa ambil insuran saja...benda ni aku balajar masa ABANG AZIZ yang jual insuran kat Pendang dia lapse kan polisi dia satu famili dengan aku... dan aku rasa inilah sebab dia..banyak client aku bayar dengan cash term tapi Alhamdulillah depa semuanya on time bayaran dan kalau sikit2 tue biasalah...cuam janganla kita nampak sangat kita LAPARKAN duit client kita...tu jer minta elok2..depa akan bagi walau berat sikit sebab segan dengan kita..insyaAllah..

erm yang ni saja kut untuk kali nie...insyaAllah kita sambung lagi lain kali k...tq untuk membaca..

p.s mgkn catatan ini berguna untuk orang2 yang berjuang di dalam hidupnya menerusi bidang sales dan marketing..just nak inform jer..

dah perangai...

Dah memang perangai aku yang memang mcm nie dah...awal lagi masa mula-mula create blog dah terdetik, macam mana nak disiplinkan diri untuk update blog ni ha?disiplin kerja insyaAllah x de masalah tapi benda ni baru lagi untuk dijadikan habit...fuh memang take time...kena minta pertolongan abanglong untuk menaik taraf disiplon pemblogan aku (bahasa apa ntah yang aku pakai nie)...memndangkan beliau adalah orang yang terdekat dengan aku yang kelihatannya sangat berjaya dalam bidang pemBLOGan...

memang aku dulu BEKAS graduan Sains Komputer tapi tu dulu masa hidup aku memang bergelumang dengan komputer..sampai pernah satu tahap aku begitu taksub dan ujub dengan kebolehan aku berkomputer...nasib baik Alhamdulillah aku dikembangkan otak aku untuk sambung belajar dekat UTM...masa tu dekat sana aku jumpe berpuluh malah beratus lagi orang lain yang jauh lebih terror dari aku ni ha...mula la insaf...

ok sudah sudah...aku skrg dah sampai KL, plan yang aku cuba dari 2,3 minggu lepas untuk mai sini akhirnya aku sampai jugak...bukan apa, cuma kumpul kerja bagi berbaloi sikit mai sini...erm mcm mana nak cakap tentang keje nie ha?agak malaih jugak la nak mai sini walau sekali sekala tetapi alhamdulillah rezeki kat sini nampak macam senang...mungkin satu hari nanti silap2 aku pindah terus ke sini..setiap kali mai ada saja orang yang sudi join insuran aku nie...

sepanjang aku buat insuran ni mcm2 masalah yang aku jumpa ada yang client ok tapi agent lak yang buat perangai...ada yang agent ok c;lient plak yang teruk, ada dua2 ok upline lak yang DAHSYAT...erm aku masuk kategori mana ha?

Thursday, October 22, 2009

permulaan...

perkataan permulaan ini banyak maknanya...pada aku biarlah aku mulakan dengan hidup aku...


Nama ku Ali Imran Bin Amir, adik kepada pengasas Sekolah Pemikiran Kampung Baru http://karyafansuri.blogspot.com ...hidup aku dengan abang aku mmg jauh sangat bezanya dari kecik sampai remaja...tapi aku nampak banyak persamaan bila kami dewasa...


tujuan aku menulis ni aku cuma nak tengok setakat mana pencapaian hidup aku...mungkin aku x nampak selama ni apa yang aku cari...so kalau ni blog syok sendiri pon betul la jugak...terpulanglah bukan aku nak mencari kehidupan...aku harap supaya satu hari nanti aku boleh baca balik apa yang aku tulis dan aku boleh tentukan apa yang aku miss dan apa yang sepatutnya aku buat supaya masa depan aku x ulangi kesilapan aku...


dah lama kawan2 dok tanya "hang x dak blog ker?" jawapan aku simple...aku xtau nak tulih apa tentang apa pasai apa?apa yang menarik?sapa yang nak baca...aku tgh cari tujuan aku menulis...yela semua benda dalam dunia ni ada sebab musababnye...aku harap blog aku ni bukan "hangat hangat tahi ayam" je.


Ok so tujuan aku yang pertamanya untuk berblog ini adalah untuk tengok progress aku setelah KEMBALINYA aku ke agensi aku setelah melalui DUA TAHUN sekatan emosi terhadap kerjaya aku...upline aku Raja Zainal Bin Raja Ahmad banyak mengajar aku sebelum ini untuk menjadi seorang agent insuran yang pada aku berjaya la jugak sebab aku dah tiga tahun jadi agent dan aku masih mampu bertahan. kata - kata dari rocky balboa (aku translate la bahasa melayu senang sket...) "untuk bertinju bukan sekuat mana atau sebanyak mana kita mampu melepaskan tumbukan, tetapi SEKUAT MANA KITA MAMPU BERTAHAN BILA DITUMBUK." Pada aku itu satu ayat yang memang power untuk move kita mengharungi hidup ni. Untuk jadi agen bukan sekuat mana kita boleh buat sales, tetapi seteguh mana hati kita untuk men'service' client kita. kalau setakat blh buat sale ribu2 tapi x service, kita blh tengok setakat mana dia mampu bertahan. Banyak agen mcm tu memang banyak tapi banyak jugak yang TERGOLEK. aku biasa dengar ada seorang leader cakap macam nila lebh kurang "kalau nak tau sorang tu tahan ke x jadi agen, kalau lebih 3 tahun baru tahan". Aku dah masuk tahun ketiga...erm mungkin aku akan tahan?sama-sama kita lihat k...by the way thank you veeeery much untuk luangkan masa untuk membaca blog aku nie...(kalau ada lahhh) terima kasih...
Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

xtaul;a nak start dari mana...kejap lagi la aku sambung k...tq