Thursday, October 29, 2009

meeting...

Assalamualaikum... dan salam sejahtera (salam satu malaysia pon klu nak guna blh gakla...nnt najib block lak blog aku nie...)

setelah beberapa hari meninggalkan ofis ke kl untuk menservice client kat sana...orang dok tanya aku..xjauh ke dari kedah ke kl untuk client yang x sampai 20 orang tue...aku kata x pe...ok jer aku ada trick untuk menyahkan rasa membazir duit minyak ke sana..tricknya ialah "niatkan dalam hati yang kita ke sana bukan semata untuk buat sales, niat sama untuk berjalan2". jadi bila pegi sana kadang2 tu x dak sales xla rasa down sangat...untuk stay dalam bidang ni yang paling penting ialah semangat dan roh...keduanya adalah bersangkutan dan boleh dikatakan perkara yang hampir...bezanya sangat nipis senipis kulit bawang...pada aku roh ada kaitannya dengan agama yang aku anuti iaitu ISLAM...tetapi semangat x tertakluk kepada agama...ni pendapat aku la jangan la buat panduan hidup laks...sebab agama apa pun semangat boleh dijanakan...tetapi hanya roh yang beragama ISLAM sahaja yang paling kuat..iman dan kepercayaan..ok sekali lah aku tekan kan INI PENDAPAT aku laaa...

actually banyak idea yang aku nak taip pagi nie tapi sebab ada meeting awal laks tetiba hilang idea nak taip..ciss

ok kesimpulannya kali ini aku ke KL xde sapa pon yg amek insuran dengan aku ni ha..tapi kalau kita tgk bright side nye aku jumpe balik kawan lama2 aku..rasa aku ni at least lebih bernasib baik la klu nak compare dengan orang lain seusia aku...banyak lagi yang masih terumbang ambing...at least satu peringkat hidup aku dah tempuhi berbanding kawan2 yang lain...BERKAHWIN...sapa kata x kahwin xdak cabaran...orang selalu sebut bila kahwin kena jaga anak la mcm2 tambahan bini aku depa kata x kerja la...tapi indahnya isteri aku boleh jaga anak dan rumah masa aku x dak...blh bagi susu kat anak aku so jimat banyak ooo...anak aku tulah ATIKAH MAISARAH (sarah) yang membuatkan aku tersenyum dan tergelak terbahak2 bila tengok perangai dia...comei sungguh...ada masa aku upload lagi gambar dia k...

oh pagi ni aku baru perasan yang aku dah ada sorang follower...nama dia abdul rashid zakaria...wah bangganya aku...dah ada sorang follower...terima kasih dan selamat datang...anda amat dialu2kan di sini...SELAMAT DATANG...

oklah aku pon dah xdak idea dah nie...ok pada masa yang datang aku akan update lagi blog aku untuk di isi dengan maklumat dan pengalaman yang labih berguna dari merapu...

No comments:

Post a Comment

klu berani komen la...