Saturday, October 24, 2009

pekerjaan

ok saja aku masuk post yang lain ini bukan apa...post yang ni khusus untuk aku rakamkan pengalaman aku masuk meeting dalam Agensi Raja Zainal pertama kali selepas dua tahun aku perang saraf dengan manusia bernama Raja Zainal ni...kesimpulannya overall ok dia dah x seserius dulu untuk menghentam kami agent semua, ada sikit joke untuk menceriakan suasana..tapi aku masih x biasa dan masih ada rasa TIDAK SELESA untuk disoal siasat begitu setiap hari...abang alwi nampak selesa...xtaula yang dalamnya macam mana?wajibkah aku bawa kes setiap hari...aku rasa inilah yang kesilapannya manusia lebih utamakan kuantiti berbanding kualiti kes...

bukan aku nak berbangga pon bila raja ada sebut jugak persistemsi aku begitu baik untuk dijadikan teladan kepada semua agent...tapi aku lebih suka guna kaedah mendekati dan memahami dan kalau boleh selesaikan masalah kewangan setiap klien...memadai kalau kita ambil tahu dan bagi nasihat sikit2...tipsnya ialah tumpukan depa kepada perkara yang jarang orang buat contohnya kita galakkan depa berZAKAT dengan banyakkan menDERMA sedikit duit kepada mana2 yang patut...kata abah mentua aku "kalau habis x mampu sekalipun sebolehnya cuba tengok sehari derma dalam 0.50 atau RM1 ke masjid atau orang2 yang mnta sedekah". aku setuju...

satu lagi yang aku nampak masalah dalam agensi ni, duit memainkan peranan yang utama dimana aku nampak satu perangai raja ni yang kurang sedap aku dengar atau lihat ialah dia PEGANG DUIT DIA TERLALU KEJAP dan TERLALU BERKIRA dengan agent2 walaupun budak2 baru..kesian depa baru nak build career dalam industri ni dah ada banyak tekanan terutama untuk membeli2 perkara2 yang x perlu tapi diMESTIkan oleh agensi (RAJA ZAINAL NIE)..patutnya kita kena bantu depa ni capai dulu pendapatan yang membolehkan depa berNAFAS baru nak bagi tekanan ke hapa...Ya Allah minta janganla aku nanti "Kata Dulang Serpih, Kata Orang Aku Yang Lebih". takut2 aku masa berjaya nnt silap2 laaagi teruk dari upline aku sorang nie..Nauzubillah..sama2 la kita doakan supaya aku ditetapkan iman...eh bukan aku sorang tapi kita semua la...jadi blog ni boleh dijadikan rujukan aku suatu hari nanti untuk aku menilai diri sendiri..minta2 supaya KITA SEMUA DITETAPKAN IMAN bila kita semua BERJAYA...AMINNNN..


erm ni adala lagi satu masalah gak nie...kalau x dapat sudah, mungkin bukan rezeki kita, kita x perlu terlalu push client kita untuk ambil insuran@takaful dengan kita..yang paling penting ialah kita mesti sentiasa ambil kesempatan untuk rapat dengan bakal client kita dan jangan tunjukkan sangat yang kita berkawan dengan depa semata2 untuk depa ambil insuran saja...benda ni aku balajar masa ABANG AZIZ yang jual insuran kat Pendang dia lapse kan polisi dia satu famili dengan aku... dan aku rasa inilah sebab dia..banyak client aku bayar dengan cash term tapi Alhamdulillah depa semuanya on time bayaran dan kalau sikit2 tue biasalah...cuam janganla kita nampak sangat kita LAPARKAN duit client kita...tu jer minta elok2..depa akan bagi walau berat sikit sebab segan dengan kita..insyaAllah..

erm yang ni saja kut untuk kali nie...insyaAllah kita sambung lagi lain kali k...tq untuk membaca..

p.s mgkn catatan ini berguna untuk orang2 yang berjuang di dalam hidupnya menerusi bidang sales dan marketing..just nak inform jer..

No comments:

Post a Comment

klu berani komen la...