Sunday, December 20, 2009

Doa...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

hmm alhamdulillah 2 3 hari ni idea aku banyak untuk dikongsikan dengan semua orang..hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku menonton tv..hehe

ahad lepas ada satu rancangan ni talk show mcm oprah..rachel ray david letterman dsb banyak la nak sebut pon..rancangan ni kat tv1..selalunya aku akan tukar channel bila aku tegok je rancangan ni tanpa mengambil tahu apa isi rancangan tu..hmm tapi kali ni isu dia sangat best..dan cara presentation dia pon best gak..sangat positif..

jadi memula disuruhnya semua audien sebut "BUSU" sekuat hati dalam studio tu sepuluh kali dan kendiannya bila habis je 10 kali disebut BUSU tu terus ditanya
soalan.. "Lembu minum apa?" hehe dan jawapannya "SUSU"..







eh ye ke?hehe jawapannya ialah lembu minum air..anak lembu yang minum susu..ini membuktikan bahawa segala tindak tanduk kita adalah diprogramkan terlebih dahulu..maka dengan itu kita adalah disarankan untuk menyebut setiap hari apa yang kita mahukan..macam yang aku pernah ulas dulu dalam tajuk "TERPINGGIR" sila rujuk untuk kepastian..cuma bezanya kali ni aku akan relate kan subconcious mind kita dengan berdoa..jangan memain dengan doa ni..inilah senjata kita orang Islam..tengoklah najib pon takut dengan dengan doa tok guru ni sampai jadi issue minta tarik balik doa dia..hahaha hadui geli bulu betis aku bila pikir bab nie..

ok cuba perhatikan dulu rajah di bawah nie yang sempat aku ingat masa aku tengok tv hari tu..



ikut Dr tu (aku dah lupa la nama dia sorry) minda kita terbahagi kepada dua iaitu minda sedar dan minda di bawah sedar..dan minda sedar kita adalah saling berkaitan terus dengan lima pancaindera kita seperti di atas..tetapi minda di bawah sedar kita berhubung terus dengan badan kita dan terus ke tindakan kita..presentation dia memang best cuma aku rasa boleh diperbaiki lagi..kalau la dia masukkan sekali element keIslaman tentu lagi cantek..

selalu kita dengar orang bila marah otak dia dah x blh pikir marah sampai xsedar terbunuh orang yang dia gaduh tu sekali..ini apa?mestilah otak di bawah sedar dia yang berhubung terus dengan badan mengakibatkan tindakan sedemikian..jadi kalau kita tukar istilah marah sangat kepada nak berjaya sangat tentu sedar x sedar kita dah berjaya..yahoo hehe xla kita kena sentiasa peringat subconcious mind kita untuk ke arah kejayaan..dan caranya ialah untuk orang Islam kita kan sembahyang hari2..(untuk yang sembahyang laaaa) so setiap kali lepas sembahyang berdoa lah..bila kita nak peringat minda bawah sedar kita kenalah gunakan minda sedar kita..hehe pening x?
senang je maksudnya setiap kali kita sembahyang..kalau boleh janganla berdoa dengan doa yang kita xpaham maksudnya..main pakai hafal je ayat2 dia dan baca tanpa faham adalah salah..sebaiknya masa sembahyang pon kita kalau boleh fahami surah dan ayat yang kita baca kena faham apa maksudnya..rasionalnya kita kena tahu apa yang kita hendakkan..apa yang kita mahu di kawal oleh minda sedar..dan ini kemudiannya akan diterjemahkan oleh minda bawah sedar dan terus ke badan dan seterusnya ke tindakan kita insyaAllah..

cuba bayangkan kalau kita dok berdoa hari2 untuk minta rezeki sehari lima kali dah xpayah susah2 dok ambik masa dok berangan je buang masa kan ye x?aku pernah tanya sorang member aku kat pru ni jugak nama dia sabri..hehe dia ni ustaz la jugak kat sini..aku minta doa kat dia doa lepas sembahyang dan dia tanya aku balik.."habih tu hang doa macam mana selama nie?" dan aku jawab "aku doa dalam baha melayu jer..".."hah yang tu lebih afdhal..hang tau apa yang hang minta..hang tau apa yang hang mau..lagi baguih"..hmm tapi kalau boleh kena la tau juga sikit2 doa selamat dan sebagainya..sekurangnya kita kena taudoa tu untuk apa k..

so aku pon xtau hangpa paham x benda yang aku cuba sampaikan ini..so point dekat sini ialah bacalah doa hari2 lepas sembahyang..benda subconcious mind la apa bala la semua ni dah ada dah dalam Islam tue..guna je la k..jangn risau kalau orang kata kita ni pelampau agama la apa la..asalkan benda ni betui kan..erm ok aku pon ada banyak keje gak la nie..so lain kali aku post lagi k..assalamualaikum..BERDOALAH SELALU DENGAN MINDA SEDAR..

No comments:

Post a Comment

klu berani komen la...