Tuesday, December 15, 2009

KALAU punye citer...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

so apa khabar semuanya...hari ini adalah satu hari yang sangat mengembirakan aku..nak tau pasai pa?lagu english aku yang pertama berjaya ditemui..haha aku cari lagu ni sejak darjah lima lagi masa tu aku umur 11 tahun dan skrg aku sweet 27 blh bayangkan x betapa syoknya dengar lagu nie...haaa nostalgia betui..aku baru tau tajuk lagu dia come undone kumpulan duran duran..dedulu hari2 aku dok tunggu kat tepi radio nak dengar lagu nie..haha cari la kalau terer pastu download la sendiri..ok sudahlah pasai lagu...tet tet tet

hmm oleh kerana hari ni aku menaip waktu petang..so aku pon rasa xpatut untuk aku bertanyakan tiga soalan tue..hehe..

kalmarin masa aku dok tgh drive kete tu sambil2 aku dengar prof izi haji ali dok bagi tazkirah pendek..selalunya aku meluat dengar mamat nie cakap sebab mcm ghey tapi kali ni aku rasa apa yang dia cakap memang dekat sangat dengan aku..maka aku pon berminat..dan aku rasa benda ni sangat sesuai untuk aku kongsikan dengan semua..

maka ingatlah dikala kita selalu berkata "KALAU" mungkin akidah kita boleh rosak diakibatkan kita tidak mempercayai takdir yang telah ditentukan..mcm aku selalu dok kata kat diri aku sendiri..

"isk tensen sungguh masuk agensi raja nie..macam haram pon ada..Kalau aku x masuk dulu mesti aku senang sekarang nie"

perkataan kalau dekat sini boleh mengambarkan aku sendiri sebagai orang yang tidak setuju dengan jodoh pertemuan dan takdir yang telah diberi tuhan..mungkin aku xkan sampai ke tahap ni kalau aku ada dekat agensi lain..kan betui x?mungkin sebab raja yang selalu push aku so aku pon blh buat betui2 untuk tahun yang pertama..mungkin aku xkan berani resign keje lama aku kalau bukan sebab dia..mana aku tau dengan aku tidak join agensi raja maka aku akan senang?banyak benda yang boleh dipersoalkan dengan satu ungkapan dari hati nie..

maka aku pon istighfar banyak2 mengenangkan banyak tahun kebelakangan nie aku selalu terlintas malah pernah berbicara dengan orang pon aku keluarkan ayat yang mcm nie..patutnya benda dah buat terukan jelah..sebab tu la mungkin ada hikmahnya aku yang berkelana dekat dua tahun dulu..orang kata sayangkan anak tangan2kan sayangkan isteri tinggal2kan..sayangkan agensi hmm berkelanalah dua tahun..hehe yang last tu aku tambah sendiri...tapi alhamdulillah aku nampak banyak sangat improvement yang ada sejak aku berkelana dulu..mungkin dia pon ada belajar dari kesilapan dia maka mana kesilapan dia dia dah xbuat dah dengan anak2 buah2 yang lain skrg nie..ada hikmahnya untuk kami bergaduh dan ada hikmahnya untuk aku keluar..maka aku boleh belajar tentang diri aku sendiri..dan boleh ada ruang untuk raja berfikir sejenak tentang tindak tanduk beliau selama nie..

jadi marilah kita sama2 fikirkan selama ini adakah kita selalu berfikiran sama?selalu meletakkan keputusan tuhan adalah tidak baik..jadi marilah kita sama2 untuk membuang pemikiran yang tidak baik ini..astaghfirullal'azim...

No comments:

Post a Comment

klu berani komen la...