Thursday, November 12, 2009

terpinggir..

Assamualaikum...dan selamat sejahtera..

jadi soalan rutin untuk aku atau kita pada hari ini ialah.."ARE YOU HAPPY WORKING YESTERDAY?" dan "WILL YOU BE HAPPY WORKING TODAY?". jadi jawablah dengan satu suara yang penuh keghairahan dan kesungguhan...YES!!! insyaAllah..

mak aku selalu dok nasihat aku..dalam apa2pun klu boleh cubalah ucapkan insyaAllah sebab apa2pun dalam hidup nie kita sentiasa dalam kawalan Allah SWT jadi berdoalah supaya kita sentiasa dalam rahmat dan diberkati oleh Allah SWT...

hmm dah berapa hari dah aku xsempat nk update blog aku..mcm yang aku dok agak dah dulu bukannya hari2 ada idea nak taip untuk blog nie...TAPI 2,3 hari lepas aku dah ada jumpa sorang member yang sedang berkelana mcm aku jugak 2 tahun lepas masa aku tgh fight dgn raja..nama dia tuuuuuut dia xbagi taip...tapi aku rasa sapa2 yg baca blog ni klu kenal rapat dgn agensi aku mesti blh tau punya...skrg ni sapa lagi yang berkelana dlm agensi nie...berapa kerat jer..actually mamat nie dia banyak idea..mungkin memang hobby dia suka kumpul ilmu..pantang jumpa orang yang lebih berilmu dan berpengalaman dari dia memang dia akan duduk sembang tentang teknik dan cara untuk buat keje..isk panas laks dok dalam opis ni petang karang aku citer lain la...nnt aku sambung ye...harap2 idea aku xterlupa laks..


ok2 aku dah kembali..skrg ni aku kat kfc jalan stadium alor setar..hmm bukannya nak sokong yahudi sangat pon tapi just nak pinjam wifi jer..tapi at least kene la gak beli s'thing kan?hehe..tapi sebelum tu tadi yang ofis tadi panas sebab aku tgk kak mashitah yang xpenah nangis pon blh nangis sebab kene marah dengan raja..erm ok aku nak sambung ttg member aku ni ha..aku nntla nak ulas kes tu..skrg nie tentang ilmu sat..mamat nie laks aku tgk dia ni kekadang terlalu berprinsip la sama macam abang long aku..dahla sama2 beranak tahun 1979..mungkin org tahun ni semua mcm tu kot ye?aku xtau raja dia lahir tahun berapa, tapi yang aku tau dia ni lak jenis kena ikut kata dia saja..dahla kata dia ni lak suka ubah2..dan suka menyusahkan orang len..mesti ke bos jadi mcm nie..patutnya bos kena bagi memudahkan orang keje kat bawah dia..aku nak tgk betul ke ada orang blh naik bawah dia..klu x nasib alamat aku tunggu raja mati dulu la..antara member aku ni dengan raja ni dulu ok sehingga la timbul isu overiding dan status naik pangkat dalam agensi..raja ni memang klu tengok dia ni mmg mcm nak tahan sedikit orang2 bawah dia supaya jangan naik awal..memang dia sebut dah org bawahan dia kena ada 20 orang baru blh naik unit manager..actually 3 orang dah cukup..habis tu buat apa yang dia nak tahan2 orang naik???hmm ntahla..eh bab ilmu x masuk lagi nie...ok start perenggan baru banyak sangat merepek..

ok ni peringatan untuk aku sendiri la..nnt bila aku dah naik pangkat manager ke apa ker aku akan cuba dengar nasihat dan tunjuk ajar oleh orang lain sama walaupun dia downline aku..semalam member aku ada ngajar aku dua perkara yang penting dalam insuran..satu SUBCONCIOUS MIND dan satu lagi ialah cara nak boost sales last minit dalam insuran..erm sedar xsedar aku dah jadi agent insuran something yang xpernah aku impikan masa aku kecik2 dulu..masa aku kecik2 dulu selalu aku berangan yang aku ni akan jadi engineer atau arkitek..tapi arkitek xdapat sebab tangan aku keras tapi aku at least blh jadi engineer..hmm tercapai jugak hajat aku engineer komputer..ini apa???ini membuktikan yang apa2 pon perlukan angan2..aku masa kecik2 dulu dok berangan jadi engineer so naturely aku akan move forward untuk ke arah menjadi engineer..sedar xsedar aku sedar inilah konsep dan falsafah subconcious mind..minda bawah sedar..untuk pengetahuan semua aku ni memang suka berangan..well untuk aku menjana pendapatan agent2 di bawah aku nnt AKU AKAN BUAT DEPA BERANGAN SEKERAP YANG MUNGKIN...TAPI LIMIT UNTUK TIME BERANGAN SELAMA 3 KE 4 MINIT SAHAJA..ini sangat bagus untuk menjana minda bawah sedar dan insyaAllah semangat serta roh kita akan bersama menjadi BERSEMANGAT untuk maju ke hadapan dan sentiasa berusaha untuk buat sales..

pada aku untuk menjadi leader bukan sekuat mana kita memaksa anak buah kita untuk buat kerja..tetapi sebagus mana untuk kita memastikan semangat dan roh depa x malap atau yang paling ditakuti ialah api semangat tu terpadam terus..na'uzubillah..mungkin sesetengah orang perlu orang lain untuk ketuk kepada depa baru nak bergerak...tapi cuba bayangkan orang yang sanggup tinggalkan zon selesa untuk sukses dalam bidang insuran ni yang xjamin apa2 lagi xkanla depa sanggup memperjudikan masa depan depa mcm tu jer..tambahan masa depa anak dan isteri depa..semenjak aku kembali ke agensi ni aku selalu keluar awal pagi dan balik lewat malam..sebab tula aku rasa mcm kadang2 tu ponteng morning meeting ni blh masuk tahap KEPERLUAN..raja xpala dia dgn bini dia dah xproduktif dah..cis melalut lagi sekali..kesian aku tengok anak aku dok tunggu aku balik tiap2 malam..so bila aku balik aku gagahkan jugak walaupon penat untuk aku bawa dia keluar jalan2 dengan main dengan dia..hmm sedih pon ada..apa yang penting setiap agen perlukan masa untuk keluarga depa..JANJIKAN KEBAHAGIAAN BERBANDING DENGAN KEWANGAN sebab bukan semua orang hidup bermusababkan duit..tujuan kita hidup adalah untuk demi kebahagiaan dunia dan akhirat insyaAllah..dan aku percaya kesemua orang yang beragama mengharapkan ini..aku lak selalu berangan yang aku akan memberikan sedekah sebanyak yang mungkin insyaAllah...ya Allah perkenankanlah doaku ini...aku selalu dok berangan aku akan ambil satu masjid untuk dijadikan masjid angkat..selalu orang kaya akan berebut bina masjid baru..so masjid bertambah tapi jumlah jemaah akan berkurangan..ini betul sangat dengan amaran nabi SAW bahawa suatu hari nnt orang akan berlumba2 dan bermegah2 dengan masjid..sedangkan apa yang penting skrg ni perbaiki masjid yang teruk dan uzur..klu kita dok syok buat masjid tapi x makmur buat apa...apa salahnya klu kita just repair masjid yang sedia ada..klu blh buat satu masjid angkat untuk memastikan kewangan masjid ni sentiasa stabil..aku tau ada saja masjid kat luar tu yang memang kurang dari segi kewangan..masjid juga perlukan modal untuk menjalankan aktiviti ibadah dan ceramah dan urusan untuk menarik golongan muda ke masjid (ceeewah macam la aku ni ke masjid sangat yela aku xder sapa nak menghebohkan betapa bestnya ke masjid..huhu)..

aku juga klu blh satu hari nnt insyaAllah aku akan ambil satu rumah anak yatim untuk dijadikan rumah anak yatim angkat supaya aku blh memastikan anak2 aku blh berkawan dengan depa ni dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..kita kena ingat kita keje bukan untuk kita sahaja...sebab nilah menjadi kaya tidak disalahkan dalam islam..kayakanlah diri anda untuk menolong orang islam yang lain..menjadi kesalahan ialah menjadi kaya dan menyimpan harta untuk diri sendiri sahaja..ini cita2 aku insyaAllah aku akan baca balik blog aku ni dengan tersenyum..insyaAllah..sebab satu atau kedua2 cita2 aku ni telah berjaya untuk aku capaikan..so skrg ni dah masuk waktu maghrib aku pon dah nak berenti menulis sekejap untuk aku cari masjid laks..ok daa see you..assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

klu berani komen la...