Saturday, November 14, 2009

perubahan...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

kata2 dari Dr Fadzilah Kamsah masih aku ingat..kalau kita hari ini masih sama dengan kelmarin maka rugilah kita..."PASTIKAN HARI INI ADALAH LEBIH BAIK DARI KELMARIN, DAN ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARI HARI INI"..aku tahu agak susah untuk keep up the good work everyday..maksudnya bukanlah setiap hari ada sales..setelah aku lihat betul2 kalau xsilap ada sorang ilmuan islam pernah kata perkara yang serupa..aku x ingat sapa so usahlah ditanya k..cuma dari pemahaman aku memadailah setiap hari kita cuba BERUBAH, YES BERUBAH UNTUK YANG LEBIH BAIK TIDAK SEMESTINYA PERKARA YANG BESAR2..contohnya jika kita sebelum ini hanya terus keluar dari rumah untuk bekerja..kita boleh berdoa dahulu sebagai PERUBAHAN.."Ya Allah, berikanlah padaku rezeki hari ini dan untuk hari seterusnya..namun jika ini ujianmu ya Allah sekurangnya kau anugerahkanlah kepadaku pahala untukku keluar bekerja.." aku percaya insyaAllah perubahan yang sekecil ini pun insyaAllah boleh sekurangnya memberkati rezeki kita..banyak petua yang aku dengar untuk tambah rezeki terutama dari segi rohaniah dan aku memang percaya perkara ini..sebabnya aku dah terangkan dah dahulu iaitu ROH..

fuh panjang lebar penerangan aku satu perenggan tu actually aku just nak bagitau jer..aku mungkin akan ubah waktu aku menaip blog ni dari waktu pagi sahaja atau mgkn lewat malam sikit supaya aku boleh kurangkan merapu aku waktu menaip..kebelakangan ni bila aku baca balik blog aku ni banyak kesalahan ejaan dan aku banyak menyimpang dari tujuan aku berBLOG ini pada asalnya..baiklah aku akan berubah..actually perenggan di atas tu blh aplikasi dengan mana2 pon pekerjaan dan perbuatan kita seharian so jangan ambil hati ok..

kelmarin malam aku jumpa dengan client aku..huh aku xtau dia ni sama ada dua kemungkinan..sama ada satu lagi lipatan sejarah aku yang baru atau bakal penjahanam utama karier aku nnt..aku xpasti pekerjaan dia tapi bila bercakap memang kemas..tapi still low profile..kekadang dari cara dia bercakap dia ni mcm penipu pon ada..ok2 ni nak merapu balik..tapi point yang aku nak citer ni ialah dia berminat untuk menjadi agen insuran aku ni laks..aku berbahagi perasaan..sama ada kesian kat dia nak masuk agensi aku ni..atau nak try aje..klu aku xtry org len amek..so just do it la..klu ada rezeki adalah dia ni akan jadi anak buah aku nnt..insyaAllah..cuma background dia ni perlu aku selidik dahulu sedikit masa lagi nnt insyaAllah..dia dok tanya aku ni soalan yang memang surprisingly aku boleh menjawab..soalan yang selama ni agen budak2 baru dok tanya aku xdapat jawab..so untuk agen2 yang baru sila ambil perhatian..

Soalan dari client berbunyi begini: MACAM MANA AWAK MAINTAIN SALES?

dan jawapannya adalah amat mengejutkan sebab aku terus saje jawab..sungguh ikhlas aku menjawab..

jawapan aku pulak: "KEKUATAN UNTUK SESEORANG AGEN UNTUK BERTAHAN BUKAN LAH SEKUAT MANA DIA BEKERJA ATAU SEBANYAK MANA DATABASE YANG DIA ADA SEMATA MATA..TAPI BAGAIMANA DIA NAK EXPAND DATABASE YANG ADA TUE.."

magik nye ialah jawapan ni straight keluar.. dan sedar xsedar aku memang buat perkara itu..setiap kali aku berjumpa client aku akan meminta tolong depa untuk rekemen aku dekat member2 depa..so this is how aku survive..aku juga make sure service yang aku bagi dekat client aku ada additional value supaya boleh membezakan antara aku dengan agen yang lain..janganlah sombomg dengan client..minta la tolong dengan depa insyaAllah depa akn tolong..aku pernah dengar satu citer tentang sorang agent dari kl nie..dengar kata dia memang banyak kontek dengan orang yang besar2 so network dan kabel dia memang kuat..sampai siti nurhaliza dengan dato k pon amek dengan dia nie..wow hebat sungguhla..tapi sebab xreti nak expand client dia last2 senarai client dia kering dan dia pon kering terus jer..mula2 tu memangla meletup..hmm x guna jugakla kan..tahniah untuk aku..

mlm ni tetiba kak bee kol aku mlm2 dlm area jam 11 lbh2..dia pon berkelana mcm aku jugak cuma bezanya dia ni xmau balik lagi ke agensi..aku dah balik dah nie..senang citer mcm aku gakla. aku dulu bila nak masuk balik aku tanya pendapat abang em tapi kak bee dia tanya pendapat aku sebab aku dah masuk dulu..pendeknya aku rasa antara semua yang keluar berkelana dulu kami semua nak balik ke agensi tapi mungkin sebab ego dan takut raja akan kembali kepada peel yang lama.."Raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah"..kata2 dari filem melayu lama tetiba menerjah ke barisan skrip ku ini..klasik sungguh..dan dalam hal ni aku rasa yang paling tebal sekali ego untuk kembali ialah Helmi..mungkin sebab dia agak muda dari aku so dia masih lagi dalam mood untuk memberontak..remaja la katakan..hmm mungkin aku akan ulas tentang dia di lain hari selepas aku minum dan sembang dengan dia..adalah amat tidak adil untuk aku judge dia dalam ini semata2 dari perkataan yang aku dengar dari orang lain sahaja..malahan aku jugak pernah difitnah oleh raja sendiri dulu..ah maleh nak ungkit la..dalam dok sembang tu dia ada gakla bagi nasihat kat aku ni tentang betapanya tua dia tu..dan mudanya aku so aku memang bernasib baik la katanya..hmm dia ni pon nak balik semata2 untuk naik jadi manager agensi jugakla satu hari nnt insyaAllah..aku pon ajakla dia balik bukan apa ada gakla geng nak ANYAM KETUPAT sekali nnt..dalam dok menyembang tu aku selitkan sekali perkara yang aku dok pikir dalam agensi aku ni ha..apesal agen2 baru asyik datang bertanyakan kepada aku klu ada kemusykilan ke nak nasihat ke apa ke..bukan apa aku ni selalu rasa mcm kurang berpengalam dari orang yang lain..tengok sales aku klu nak banding dengan orang len memang jauh la..at least depa blh tanya dengan dua orang yang sales jauh meninggalkan aku..klu dalam agensi aku ni no3 la..hm cukup2 makan kadang2 jatuh no4 la 5 la..erm tapi jawapan kak bee sedikit confuse kan aku..tapi hakikatnya aku nie ada la bangga jugak bila dipuji..hehe..menurut beliau..aku ni ada charm..aura atau perwatakan yang positif..sebab tu orang mudah untuk mendampingi aku..lagi satu aku ni nampak baik jadi orang memang berani la dengan aku ni ha..even nak tanya soalan bodoh popn aku akan jawab dan jawapan dia adalah jawapan yang bodoh jugak tapi at least aku takkan marah..dia kata sebab nila..aku ni senang kata kelihatan baik..dan inilah aset aku kalau benar bagai dikata oleh beliau itu..haha..

tadi sebelum TV3 nak abehkan siaran aku ada terbaca tentang satu hadis dari Nabi SAW kita..aku x sempat nak ambik butir2nya secara terpeinci..tetapi aku tetap dapat pointnye..

DALAM HIDUP INI..KITA SENTIASA AKAN BERBUAT DOSA..JADI KITA AKAN DIUJI..DAN SETIAP UJIAN DAN MUSIBAH YANG MENIMPA KITA ADALAH PENGHAPUS DOSA KITA..jadi aku mengajak kita semua termasukla diri aku ini supaya janganlah cepat mengeluh bila kita ditimpa musibah dan kecelakaan..selesaikan secepat mungkin dan ingatlah kalau kita redha dengan keusahan itu, insyaAllah, tuhan akan hapuskan dosa kita yang berkaitan..contohnya bila kita sakit mata..so dosa mata kita akan dihapuskan selagi kita redha dengan kejadian tu..

erm esok ada member nak jumpa pulak xtau apa motif dia nak jumpa aku..harap2nya bukanlah sebab duit..aku pon tgh kumpul balik modal aku njie ha..bukan xpernah aku bhilang member disebabkan duit..aku terus terang je klu ada orang minta tolong dengan aku sebab duit ni aku xder duit untuk dipinjamkan kepada orang yang blh aku redha kan bila orang tu x bayar..hmm apa2 pon aku akan jumpa jelah mana tau kot2 dia ada masalah lain yang perlu perhatioan aku ni ha..ok sampai sini dulu la kita insyaAllah akan berjumpa lagi lain kali k..skrg pon dah pkl 3 am lbh2 sket..assalamualaikum..semoga kita akan dapat yang terbaik hasil dari usaha kita yang terbaik..salam satu malaysia ptuih

2 comments:

  1. amboi..dik..hang boh nama ku kak bee nooo..bunyi pun garang lebah..hehehe..tp lebah tua...hahaha...ku hari ni seharian memikirkan masa depan ku dgn ins...aku memeng letih dngag ang komen pasai bos tu..ku bukanlah kerna ego ku aku tidak berpatah balik...aku benci dgn perangai gila dia tu...hari ni aku hampir menemui jalan penyelesaiannya...tp masih ada pilihan yg harus dibuat..kita tgulah nanti keputusannya....apa pun dik...kak bee doakan semoga adik terus tegar..ingat arah tujuan adik...kak tumpang gembira bila adik dah berjaya...doakan kak sama k.......

    ReplyDelete
  2. erm ala ok le tu..lebah kan suke keje..haa kak bee pon kene lah mcm lebah jugak rajin keje..saya doakan kesemua kita berjaya..insyaAllah ingatlah kejayaan kita bukan bergantung kepada orang lain..rezeki kita bukan di tangan sesiapa melainkan Allah semata2..amin

    ReplyDelete

klu berani komen la...