Friday, November 20, 2009

penatt...

Assalamualaikum...

hehe dah lama rasanya aku xmenaip balik nie..mesti yang dok follow jugak blog aku ni frust dah lama dah aku xupdate blog..kalau adala...kalau ada yang tension aku dengan serendah hatinya memohon maaf dengan hangpa semua..minta maaf sangat2..memang banyak sangat keje sampai xsempat nak menaip..

pernah x hangpa banyak kerja yang tertangguh..bila dok tengok balik terasa sangat2la malasnya untuk buat kerja..hehe inilah aku..bila dah start menimbun kerja memang malas nak buat..so cari ketenangan sikit kendian cari waktu yang sesuai untuk laksanakan keje tu..so inilah masal=nya..hehe dan kalau ada sesiapa yang perasan waktu aku post ni ialah dalam pkul 4 ke 5 pagi..hahaha ada cerita menarik sebenarnya sampai aku terpaksa menaip blog dikala begini..dikala orang len lena diulik mimpi aku sendiri mcm nie..kisahnya aku dengan raja..kisahnya bermual begini..

seperti yang diketahui umum aku memang agak malas untuk ke meeting..dan kebetulan hari ni ada saudara isteri aku yang baru balik dari lubnan(misi keamanan) kata nak singgah rumah aku untuk berjalan..so of course aku berbesar hati untuk menerima kedatangan beliau..jadi hari ni aku fullkan preparation untuk sambutan dia..kendian tetiba ada mesej..

Raja : Per : Taklimat Tergempar
Tarikh : 20/11/09
Hari : Rabu (malam ini)
Waktu : (8.00-9.00) malam
Tempat : Training Hall
Tajuk : Perbandingan Pelan
1) PMM5 vs PRUhealth
2) MMC vs Takaful Health
Kehadiran : WAJIB
Sila pastikan anda HADIR utk sesi malam ini untuk mengelakkan
KEKELIRUAN/MASALAH di masa hadapan.
Raja Zainal

dan selamber aku reply..

aku : rabu?..erm tapi tarikh malam nie..sori sangat2 ada sedara i nak mai sini malam
nie..so i xblh attend

kendian..

raja : PEMBETULAN : Malam ini (Jumaat bukan Rabu).
Per : Taklimat Tergempar...bla bla bla mcm mesej dia yang atas tula seterusnya

so aku dah xreply dahla mengharapkan dia baca mesej aku tadi..hehe dan pukul 2.21 am masa aku tgh rilek syok tido tetiba isteri aku kejut..dia kata ada berita buruk la plak.."abang, ada berita buruk..baca tengok nie". ya Allah sapa lak mati nie..hehe rupenye msg seterusnya berbunyi..

raja : Kenapa tak mari taklimat malam tadi? Saya jemput, anda tak hadir tetapi tak beritahu. Nyata sekali, anda TIDAK boleh ikut budaya Agency. Agency dah beri anda peluang, tapi kerap kali anda KECEWAKAN Agensi. Buat ikut suka anda ... Jangan ganggu Agensi. Berkuatkuasa hari isnin depan, anda ambil semua dokumenanda di Locker Tingkat Bawah seperti dahulu.Raja Zainal.
.

aku laks reply sambil tergelak..bini aku pon heran benda ni bukan masalah bagi aku..aku bukan apa dia guna istilah "ANDA" tu..hehe mcm P.Ramlee pon ada(sila tengok ENAM JAHANAM)..hahaha sila la gelak sama nie..memang lawak sangat...dan akibatnya anak aku hampir jaga tido dan aku dah hilang ngantuk dah..benda tue boleh buat dalam training je lagipon xdela TERGEMPAR sangat pon..just nak bezakan antara medical card baru dengan lama jer..

aku : Mungkin u buat keputusan waktu marah nie..cuba sabar dan bca msg i tghari td i dhbgtau u dhla..erm esk pgla u check k..tido dulu k..gdnite :-)

serius..dan bagi sesiapa yang kenal raja mesti xpercaya aku reply mcm ni..dan inilah hakikatnya..aku x ubah titik pon..oh kendian dia reply lagik..

raja : Keputusan dibuat berdasarkan sms anda. Agency dah beri peluang. Anda lebih layak bebas macam dulu.

hahahahaha adui lawak pukul 3 pagi..

aku : sori sy dh xblh pikir dhnie..xpaham msg td..sy ngantuk sgt..esk kta smbg la ye..

Oh My God (OMG) aku xpercaya aku blh reply mcm tue..setelah sekian lama aku rasa macam penakut sangat bila berhadapan dengan dia dan skrg aku sangat berani untuk bersuara..tapi aku tau jenis dia nie..dari pemerhatian aku..bila sembang dengan dia walaupon kita argue dengan dia kita blh ckap..just senyum saje..belakang lain kira la..haha tapi actualy aku rasa aku skrg ni blh control dia..aku yang tentukan hidup aku sendiri xmcm dulu masa aku mula2 masuk bawah dia dulu..penakut..tapi akibatnya malam ni aku xblh tido..tengok2 jam dah pkl 4.30 so aku decide untuk buka pc bancuh air dan menaip pengalaman aku mlm nie..buka tv..just ada chanel tv2 je dok operasi dan ada drama basi cerita tentang business man dengan business woman..aku fedup dan terus tutup..hehe ada jugakla pengaruh dia dalam hidup aku nie actually..sampai xblh tidola senang..aku bukan apa..bila difikirkan aku nak masuk balik agensi pon just maleh nak gaduh jer..dan nak dia train bebudak bawah aku nnt..tetapi aku dah ada "RECRUITMENT KIT" yang jadi "rahsia sangatla dalam agensi dia tu"..haha aku actually betui2 masuk sebab nak recruit jer dan aku dah dapat dah..so lepas nie aku dah blh buat keje sendiri..so xheranla sangat kalau dia xbagi aku masuk agensi dah..tapi xbestla gak bila kita tau yang ada orang benci kat kita walupon raja..haha sebab dia ni dok ajar aku gakla masa aku memula buat sales dulu..dan dia yang convince aku untuk buat insuran nie..so jasa dia tetap ada la untuk aku..aku xberapa best bila aku tau ada orang xsuka aku..tu perangai aku nak wat mcm mana..fuh kak bee cakap hati aku MURNI..haha best2..dan aku rasa xadil sebenarnya untuk aku jatuh hukum raja tu jahat sangat..kadang2 bila aku baca balik blog aku nie..memang mcm xadil la..ada gak anak buah dia yang suka kat dia tue..heh ikutla weh..aku nak buka agensi baru kendian build agensi yang penyayang insyaAllah..semua yang baca tolong la amin sekali ye..erm mungkin aku nie bebudak sangat kut..

haha adui ok2 dahla..so ini adalah sessi pengalaman hidup aku..post yang seterusnya ialah ilmiah sikit..silakan untuk membaca post yang seterusnya..tapi mungkin aku nak ke masjid dulu kut..hehe dah lama dah x pegi waktu subuh nie..ni dah ada peluang..

No comments:

Post a Comment

klu berani komen la...