Sunday, December 20, 2009

Doa...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

hmm alhamdulillah 2 3 hari ni idea aku banyak untuk dikongsikan dengan semua orang..hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku menonton tv..hehe

ahad lepas ada satu rancangan ni talk show mcm oprah..rachel ray david letterman dsb banyak la nak sebut pon..rancangan ni kat tv1..selalunya aku akan tukar channel bila aku tegok je rancangan ni tanpa mengambil tahu apa isi rancangan tu..hmm tapi kali ni isu dia sangat best..dan cara presentation dia pon best gak..sangat positif..

jadi memula disuruhnya semua audien sebut "BUSU" sekuat hati dalam studio tu sepuluh kali dan kendiannya bila habis je 10 kali disebut BUSU tu terus ditanya
soalan.. "Lembu minum apa?" hehe dan jawapannya "SUSU"..







eh ye ke?hehe jawapannya ialah lembu minum air..anak lembu yang minum susu..ini membuktikan bahawa segala tindak tanduk kita adalah diprogramkan terlebih dahulu..maka dengan itu kita adalah disarankan untuk menyebut setiap hari apa yang kita mahukan..macam yang aku pernah ulas dulu dalam tajuk "TERPINGGIR" sila rujuk untuk kepastian..cuma bezanya kali ni aku akan relate kan subconcious mind kita dengan berdoa..jangan memain dengan doa ni..inilah senjata kita orang Islam..tengoklah najib pon takut dengan dengan doa tok guru ni sampai jadi issue minta tarik balik doa dia..hahaha hadui geli bulu betis aku bila pikir bab nie..

ok cuba perhatikan dulu rajah di bawah nie yang sempat aku ingat masa aku tengok tv hari tu..



ikut Dr tu (aku dah lupa la nama dia sorry) minda kita terbahagi kepada dua iaitu minda sedar dan minda di bawah sedar..dan minda sedar kita adalah saling berkaitan terus dengan lima pancaindera kita seperti di atas..tetapi minda di bawah sedar kita berhubung terus dengan badan kita dan terus ke tindakan kita..presentation dia memang best cuma aku rasa boleh diperbaiki lagi..kalau la dia masukkan sekali element keIslaman tentu lagi cantek..

selalu kita dengar orang bila marah otak dia dah x blh pikir marah sampai xsedar terbunuh orang yang dia gaduh tu sekali..ini apa?mestilah otak di bawah sedar dia yang berhubung terus dengan badan mengakibatkan tindakan sedemikian..jadi kalau kita tukar istilah marah sangat kepada nak berjaya sangat tentu sedar x sedar kita dah berjaya..yahoo hehe xla kita kena sentiasa peringat subconcious mind kita untuk ke arah kejayaan..dan caranya ialah untuk orang Islam kita kan sembahyang hari2..(untuk yang sembahyang laaaa) so setiap kali lepas sembahyang berdoa lah..bila kita nak peringat minda bawah sedar kita kenalah gunakan minda sedar kita..hehe pening x?
senang je maksudnya setiap kali kita sembahyang..kalau boleh janganla berdoa dengan doa yang kita xpaham maksudnya..main pakai hafal je ayat2 dia dan baca tanpa faham adalah salah..sebaiknya masa sembahyang pon kita kalau boleh fahami surah dan ayat yang kita baca kena faham apa maksudnya..rasionalnya kita kena tahu apa yang kita hendakkan..apa yang kita mahu di kawal oleh minda sedar..dan ini kemudiannya akan diterjemahkan oleh minda bawah sedar dan terus ke badan dan seterusnya ke tindakan kita insyaAllah..

cuba bayangkan kalau kita dok berdoa hari2 untuk minta rezeki sehari lima kali dah xpayah susah2 dok ambik masa dok berangan je buang masa kan ye x?aku pernah tanya sorang member aku kat pru ni jugak nama dia sabri..hehe dia ni ustaz la jugak kat sini..aku minta doa kat dia doa lepas sembahyang dan dia tanya aku balik.."habih tu hang doa macam mana selama nie?" dan aku jawab "aku doa dalam baha melayu jer..".."hah yang tu lebih afdhal..hang tau apa yang hang minta..hang tau apa yang hang mau..lagi baguih"..hmm tapi kalau boleh kena la tau juga sikit2 doa selamat dan sebagainya..sekurangnya kita kena taudoa tu untuk apa k..

so aku pon xtau hangpa paham x benda yang aku cuba sampaikan ini..so point dekat sini ialah bacalah doa hari2 lepas sembahyang..benda subconcious mind la apa bala la semua ni dah ada dah dalam Islam tue..guna je la k..jangn risau kalau orang kata kita ni pelampau agama la apa la..asalkan benda ni betui kan..erm ok aku pon ada banyak keje gak la nie..so lain kali aku post lagi k..assalamualaikum..BERDOALAH SELALU DENGAN MINDA SEDAR..

Wednesday, December 16, 2009

rekod...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...hehe hari ni pecah rekod aku berblog sungguh..ini post aku yang kedua..saja2 sambil tunggu member dekat leboss ni dah ada wifi so aku try je la korek idea untuk blog aku..dan hasilnya dalam aku terfikirkan zakat...hmm satu issue yang sensitif untuk dibincangkan di sini...

sesungguhnya aku ini bukanlah seorang ustaz malah jauh sekali untuk diminta pendapat..pendapat aku hanyalah untuk aku k..tetapi kalau jumpa mana2 yang sesuai tu guna jelah..dan kalau ada antara ajaran aku ni yang melampau..syiah ke wahabi ke sesat ke direct sound je kat aku ni k..aku ni boleh terima pendapat orang len jangan risau..cuma nak terima atau tak tu bergantung..cuma jaminan aku takkan melenting bila diberi nasihat k..

mengapa kita susah sangat untuk keluarkan zakat..aku xmau tengok orang len la tapi famili aku sendiri pon ada gak yang perngai macam tu..aku bukan apa..aku pon mcm tu jugak masa memula berjinak nak kuarkan zakat nie..aku paham sangat..tapi cubalah fikirkan TANGGUNGJAWAB kita sebagai seorang Islam kepada Islam yang lain..actually zakat ni termasuk kat dalam rukun Islam tau..

actually bila sebut percent memang nampak banyak iaitu 2.5 percent..tapi x habih lagi tuh..dia cuma 2.5% je dari HARTA YANG TIDAK DIGUNAKAN..kalau RM1000 cuma RM25 je zakat..dan pada aku berzakat dan menderma ni sangat penting untuk orang business nie sebab dari situ lah kita nak dapatkan keberkatan rezeki yang kita dapat..ingatlah rezeki yang kita dapat bukanlah kesemuanya adalah hak kita..ada rezeki orang miskin dalam tu..tuhan bagi rezeki depa melalui kita sebagai ujian untuk kita tengok kita sayang mcm mana dengan duit kita tue..sebolehnya cubalah berzakat...

aku masa memula nak berzakat memang rasa berat sangat nak kuar duit nie..tapi bila tiap2 bulan kita buat benda nie insyaAllah dia dah xrasa berat dahla..aku dah cuba dah dan memang berkesan..jadikan tanggungjawab kita..ringankan tangan kita untuk keluarkan derma dan zakat insyaAllah duit kita akan dibersihkan..

dalam aspek derma ni actually kaum cina ni lagi dahsyat depa punya "zakat"..aku difahamkan depa ni actually "zakat" 10% dari duit depa woo...maksudnya kalau RM1000 depa kena bagi RM100 kat mana2..hehe aku pernah jumpa sorang mamat cina nie dia baru menag duit ekor RM120000 dan dengan selambernya dia bagi RM12000 kat satu rumah anak yatim..pergh memang ringan la tangan dia tuh..malu laks aku ni ha..dia percaya apa2 yang kita nak dalam dunia nie kita kenalah keluarkan dahulu kendian baru la dia mai balik..malah lagi banyak..macam nak berniaga of course kena keluarkan modal dulu untuk beli barang dan stok dan sebagainya..kendian bila orang mai beli bukan saja dapat balik modal malah dapat sekali dengan untungnya...WOW konsep yang mudah...

actually aku dah penah dengar dah benda ni..masa tu aku dengar satu ceramah aku x ingat kat mana tapi kalau xsilap aku ni mai dari robert kiyosaki..ntahla bukan sedara aku pon mamat nie..tapi dia penah kata benda yang sama dengan member chinese aku tue..dan memangla benar sesungguhnya Islam tue dah complete dah..cara nak kaya pon dah ada dah dalam tue cuma kita jerk yang xikut syariat..kalau la semua orang Islam buat benda nie insyaAllah xderla orang miskin muslim dalam malaysia bertuah ni..insyaAllah dengan blog aku ni adalah diharapkan dapat memberikan inspirasi dan idea kepada sebanyak mungkin orang untuk berjaya dalam hidup..aku bukanlah sempurna jadi jika terdapat sebarang perkataan yang mengguris hati sila lah tegur ye..TQ assalamualaikum dan selamat sejahter..salam satu malaysia bwueeeeekkkkk...

Tuesday, December 15, 2009

PERSISTENCY...AAAAAAARRRRRRRGH DIAM LA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

untuk kesemua pembaca..terima kasih kerna masih sudi mengunjungi laman ini..terima kasih kerna masih menyokong pembacaan di ruangan ini..sekarang waktu tengahari..namun nampaknyta aku masihb belum lapar lagi..buat sejarah pertama kalinya aku menaip blog di masjid..hehe masjid di USM nibong tebal..actually hari ni cuma ada sikit je keje aku kat sini..so aku nak balik kejap lagi tapi tetiba aku nampak ada idea untuk blog aku..so terus aku on komputer nie dan lepak kejap lagik...oleh kerana aku tidak menaip blog ni waktu pagi, so tiadalah soalan keramat tue ye...sorry..

ok sebelum aku teruskan dengan rapuan aku nie..jom kita tengok gambar nie kat bawah nie..dah tiga tahun aku dok perhatikan gambar nie..




hmm dalam tiga tahun nie bila aku mai ke usm mcm biasa aku akan ke port aku iaitu school bahan dan setiap kali aku lalu kat koridor dia dan setiap kali tulah aku akan tengok benda nie..sedar xsedar aku selalu pujuk diri aku dengan benda nie..adalah amat bohong bila aku katakan bahawa hidup sebagi agent insuarn adalah sangat mudah dan seronok..actually seperti jugak kerja2 yang lainnya aku kena berusaha malah lebih hebat dari keje makan gaji..inilah hakikatnya..maka kalau ada sesiapa yang berjumpa dengan mana2 agen dkt luar sana yang bagitau kata keje insurance agent mudah depa bohong cuma satu saja yang menyebabkan aku suka keje nie...PUAS...yes aku puas dengan hasil diri aku..aku tau setiap titik peluh aku yang keluar adalah berbaloi dan berhasil..

tapi yang ni semuanya cerita sekarang..waktu aku nak mula2 buat dulu adalah waktu yang amat menyeksakan..aku perlukan base client yang sangat banyak untuk stabilkan diri aku..aku selalu frust dan kepenatan..kadang2 aku fed up..cuma bila aku mai sini dkt usm aku baca kata2 semangat nie..aku kembali tenang (actually baca Quran pon tenang tapi untuk orang yang buta bahasa arab mcm aku nie payah la sket)..maksud untuk kata2 di atas ialah...


"TAK KISAH SELAMBAT MANA KITA BERGERAK..ASALKAN JANGANLAH KITA BERHENTI BERUSAHA..IT'S OK"


dont worry jangan la risau..bahasa arabnya ialah istiqamah..cerita ni actually dah selalu dah kita dengar contohnya mcm cerita arnab dengan kura2 (kalau sapa yang xtau citer ni masuk tadika balik k)..inilah maksudnya persistence..jangan kata keje apa..semuanya ada halangan dan dugaan..semuanya ada masalah..tipula kalau xder..kecuali bapak hang pa ada tinggal bisnes billion punya kat hangpa..so stop la jangan baca dahla blog ni..tapi kalau mak bapak kaya pon stil nak berusaha dengan diri sendiri sila lah teruskan k..hehe acah mak enon..

benda ni kadang2 kita pon xsedar mak kita guna masa nak pujuk kita makan nasi dulu..ala ayat macam ni la lebih kurang "ala sayang mak ni makan la..ni sikit je lagi nie"..yes inilah ayat yang aku ingat mak aku guna masa nak suap aku makan dulu..kalau mak hangpa xbuat mcm ni dulu kat hang pa aku pojn tumpang simpati..mungkin mak hangpa sibuk kut..maafkan lah depa k..

jadi kesimpulannya kita semua patut cari sesuatu untuk pujuk diri kita waktu kita down dan pada aku salah satunya ialah quote di atas tu la..hehe sedar xsedar dah 3 tahun dah ayat ni pujuk aku untuk berjaya..alhamdulillah terima kasih..moga2 dapat la pahala sapa2 yang reka ayat tue..murah la rezeki dia..ingat jangan rush sangat dan jangan risau kalau performance kita xsehebat mana mcm orang len..lain orang lain rezekinya..xkisah result walau xhebat mana pon..janji jangan give up..jangan berhenti untuk berusaha..dan yang paling penting jangan sesekali berhenti berharap rezeki dari Allah SWT..sentiasalah berdoa untuk hidup yang lebih aman..inbsyaAllah amiiiin...

eh actually aku nak citer persistency aku yang saspen nie..hehe xper lain kali la aku luahkan k..hehe aaaaaargh

KALAU punye citer...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

so apa khabar semuanya...hari ini adalah satu hari yang sangat mengembirakan aku..nak tau pasai pa?lagu english aku yang pertama berjaya ditemui..haha aku cari lagu ni sejak darjah lima lagi masa tu aku umur 11 tahun dan skrg aku sweet 27 blh bayangkan x betapa syoknya dengar lagu nie...haaa nostalgia betui..aku baru tau tajuk lagu dia come undone kumpulan duran duran..dedulu hari2 aku dok tunggu kat tepi radio nak dengar lagu nie..haha cari la kalau terer pastu download la sendiri..ok sudahlah pasai lagu...tet tet tet

hmm oleh kerana hari ni aku menaip waktu petang..so aku pon rasa xpatut untuk aku bertanyakan tiga soalan tue..hehe..

kalmarin masa aku dok tgh drive kete tu sambil2 aku dengar prof izi haji ali dok bagi tazkirah pendek..selalunya aku meluat dengar mamat nie cakap sebab mcm ghey tapi kali ni aku rasa apa yang dia cakap memang dekat sangat dengan aku..maka aku pon berminat..dan aku rasa benda ni sangat sesuai untuk aku kongsikan dengan semua..

maka ingatlah dikala kita selalu berkata "KALAU" mungkin akidah kita boleh rosak diakibatkan kita tidak mempercayai takdir yang telah ditentukan..mcm aku selalu dok kata kat diri aku sendiri..

"isk tensen sungguh masuk agensi raja nie..macam haram pon ada..Kalau aku x masuk dulu mesti aku senang sekarang nie"

perkataan kalau dekat sini boleh mengambarkan aku sendiri sebagai orang yang tidak setuju dengan jodoh pertemuan dan takdir yang telah diberi tuhan..mungkin aku xkan sampai ke tahap ni kalau aku ada dekat agensi lain..kan betui x?mungkin sebab raja yang selalu push aku so aku pon blh buat betui2 untuk tahun yang pertama..mungkin aku xkan berani resign keje lama aku kalau bukan sebab dia..mana aku tau dengan aku tidak join agensi raja maka aku akan senang?banyak benda yang boleh dipersoalkan dengan satu ungkapan dari hati nie..

maka aku pon istighfar banyak2 mengenangkan banyak tahun kebelakangan nie aku selalu terlintas malah pernah berbicara dengan orang pon aku keluarkan ayat yang mcm nie..patutnya benda dah buat terukan jelah..sebab tu la mungkin ada hikmahnya aku yang berkelana dekat dua tahun dulu..orang kata sayangkan anak tangan2kan sayangkan isteri tinggal2kan..sayangkan agensi hmm berkelanalah dua tahun..hehe yang last tu aku tambah sendiri...tapi alhamdulillah aku nampak banyak sangat improvement yang ada sejak aku berkelana dulu..mungkin dia pon ada belajar dari kesilapan dia maka mana kesilapan dia dia dah xbuat dah dengan anak2 buah2 yang lain skrg nie..ada hikmahnya untuk kami bergaduh dan ada hikmahnya untuk aku keluar..maka aku boleh belajar tentang diri aku sendiri..dan boleh ada ruang untuk raja berfikir sejenak tentang tindak tanduk beliau selama nie..

jadi marilah kita sama2 fikirkan selama ini adakah kita selalu berfikiran sama?selalu meletakkan keputusan tuhan adalah tidak baik..jadi marilah kita sama2 untuk membuang pemikiran yang tidak baik ini..astaghfirullal'azim...

Friday, December 11, 2009

motivation...motivasi...motivasional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..tahniah untuk aku kerna mampu bangun awal pada hari ini memandangkan hari ini sabtu ialah hari yang kuumpamakan hari cuti sehari..sebab hari ni selalunya insyaAllah aku akan stay kat rumah untuk berehat..tapi kalau hari lain yang aku xkerja aku namakan mereka hari rehat..hehe awal2 lagi dah merepek aku nie..

pagi ni sambil aku bangun sembahyang subuh aku dok terpikir..apa nak jadi dengan aku nie ha???buat kerja selalu hangat2 taik ayam..aku pon cemuih dengan perangai aku yang xmau matured2 lagik..still mcm budak2..mungkin dekat situ ada kelebihannya..mungkin sapa tau kan?

aku asyik dok terpikir mcm mana orang yang dah berjaya dalam bidang masing2 boleh tulis buku motivasi??mana depa dapat idea???

(1)adakah sejak dari awal lagi memang depa dah dapat konsep tu?

(2)atau mungkin depa dah berjaya baru depa tengok balik kehidupan depa yang dulu kendian buat cerita berdasarkan kesilapan depa dahulu?

aku rasa kemungkin yang betul adalah yang kedua..bila kita mampu hidup senang dan berada di dalam kelompok orang yang berjaya..maka barulah kita mampu untuk melihat dari atas untuk mencari kesilapan..kesilapan ini boleh disampaikan kepada orang lain supaya jangan diulangi kesilapan dirinya yang terdahulu..contohnya kalau ada seorang yang dijatuhkan hukuman sebab membunuh..orang yang dihukum tentu tidak akan terima penghakiman terhadapnya sebab dia mungkin merasakan orang yang dibunuhnya adalah selayaknya mati mungkin kerana sebab2 yang tertentu..mungkin kerana dendam atau mungkin mempertahankan diri..tetapi menurut penghakiman hakim..membunuh adalah masih bersalah..ini adalah dibuat berdasarkan undang2 dan pemikiran yang tenang dan tanpa paksaan mana2 pihak maka tuan hakim mampu untuk berfikir berdasarkan akal dan bukan emosi semata2..berbanding dengan orang yang dijatuhkan hukuman mungkin semasa membunuh beliau tidak berfikir tetapi emosi semata2..jadi untuk menjadi seseorang pemimpin yang berjaya haruslah sentiasa memastikan hati dan fikiran sentiasa tenang supaya keputusan yang dibuat adalah tenang dan mampu untuk melihat dari setiap aspek masalah..hmm malangnya contoh tadi xblh dipakai untuk malaysia sebab hakim dekat malaysia pon dok kena tekan jer..aku bukan apa rasanya susah untuk dipercayai seseorang tu memang semulajadi bermotivasi tanpa melalui sendiri pengalaman sebelum sampai ke kemuncaknya..point ni orang len paham ke x maafkanlah aku..aku paham..kalau x paham nak kan penjelasan kol le aku ni ha 0164105299..

erm yang tu saje kut..aku pon lapar nie..kejap lagi la aku buka post baru untuk idea yang lain k..tadaaaaa assalamualaikum..

Saturday, November 28, 2009

kehidupanku...

Assalamualaikum...dan salam sejahtera..ramai yang bertanyakan kehidupanku..maka dengan ini akan ku kupaskan sebaik mungkin dengan tayangan klip pendek ini..mungkin kita dapat mengambil sedikit iktibar dari klip ini...


Tuesday, November 24, 2009

new and fresh idea..positive

Assalamualikum..dan selamat sejahtera..apa khabar semua?

jadi kita mcm biasa kita semua..hiruplah udara yang segar dikala pagi nan indah ini..bersyukurlah kita masih bernyawa untuk menghadapi hari2 yang penuh dengan Surprise..pejamlah mata untuk ketenangan..tanyakan soalan di bawah kepada diri sendiri..

1) ARE YOU HAVING FUN WORKING YESTERDAY?

2) ARE YOU HAVING FUN WORKING TODAY?

3) CAN YOU IMPROVE YOUR BUSINESS TODAY?

maka JAWABLAH, bangunlah dan jawablah dengan mata yang terbuka..YES, AKU BOLEH..hmm au pon xtau citer apa ni..tapi klu ada some one yang ingat tajuk citer nie tolong bagitau aku k..aku ingat wording nie tapi xingat tajuk citer..

"YESTERDAY is HISTORY
TOMORROW is SURPRISE
and TODAY is a GIFT, that's why we call it PRESENT day"

erm nice words untuk satu keadaan yang mungkin kita down..bangunlah semula..yang lepas tu lepas lah..redha lah dengan kesilapan yang kita lakukan kelmarin..bangunlah untuk kita menghadapi hari esok..mungkin esok adalah lebih baik dari hari ini..SURPRISE..dan hayatilah hari ini sebba hari ini adalah anugerah dari Allah kepada kita..kita xtau jugak sama ada kita masih mampu untuk hidup esok..whatever yang kita dah buat..just jangan give up dan jangan menyesal ok..HIDUPlah di hari ini..NANTIkanlah hari esok..smile.. :-D

so ok hari ini ingatlah bila kita bangun dari tido..kita dah mula bekerja..bekerja lah untuk hidup..just in case hangpa pon business mcm aku jugak..hurm actually xder istilah hari cuti untuk kita nie ok..org makan gaji yes ada masa cuti..kita sorry xder cuti weh..jadi sebelum kita bekerja..cubalah amalan sesuatu iaitu berdoa..minta supaya kerja kita dan rezeki hari ini dipermudahkan Allah dan semoga rezeki yang dibawa balik hari ini adalah berkat dan bersih..doa juga sekiranya hari ini tiada rezeki yang tertulis untuk kita..maka sekurangnya berikanlah pahala untuk kami ya Allah habuan untuk kami keluar bekerja untuk mencari rezeki bagi keluarga kami..Amin..

"Bismillah..Ya Allah..ampunkanlah dosaku ya Allah..aku memohon kepadamu ya Allah..kau permudahkanlah kerja kami pada hari ini dan mendatang ya Allah..kau permudahkanlah rezeki kami pada hari ini dan mendatang ya Allah..kau berkatilah dan bersihkanlah rezekiku ya Allah..dan jika tiada rezeki yang kau titipkan untukku pada hari ini ya Allah..maka aku dengan serendah hatiku memohon kepadamua ya Allah..kau berikanlah pahala untuk kami kadar yang kami lakukan hari ini iaitu bekerja..sesungguhnya tiadalah lain tempat untuk kami meminta-minta..amin yarabbal 'alamin.."

Semalam aku ada sembang dengan seorang agent prudential jugak..hehe best sembang dengan dia nie dan aku rasa dia pon best sembang dengan aku gak..banyak idea yang dia curahkan untuk aku tulis dalam blog hari nie..dan aku harap dia pon akan ada idea untuk sales bila bersembang dengan aku nie..hendaknya bermanafaatlah kedua-dua pihak..cuma bezanya bila dia kata dia dapat idea dia x luahkan ke mana-mana jadi aku rasa cara ni mungkin akan menyebabkan dia kelupaan ideanya satu hari nanti..tapi dia cakap dengan aku tahun depan insyaAllah dia nak buka blog jugak macam aku..aku tujuan utamanya untuk buka blog nie adalah untuk mencurahkan idea idea dan idealogy yang akan didukung oleh agensi aku satu hari nanti..insyaAllah..so yang seterusnya adalah hasil dari idea dia semalam..new paragraph

1) aku diusulkan supaya sama menceritakan pengalaman aku dalam sales, basically aku buat insuran..dan produk aku dah banyak dah membantu orang ramai..memang dah ramai dah client aku dapat manfaat dari insuran nie..cuma aku xhebahkan..actually aku boleh je kalau nak minta depa komen sikit dan akan aku masukkan ke dalam blog aku..insyaAllah aku akan buat benda nie dalam masa terdekat..cuma aku xblh campurkan blog ini dengan blog servicing..maka terpaksalah aku create new blog nnt..aduhai bertambahlah tanggung jawab aku..macam yang bapa saudara spider man cakap waktu dia nazak dulu

"WITH GREAT POWER, COMES GREST RESPONSIBILITY"

dan hasil dari perbincangan, maka aku akan buka blog baru di facebook hanya untuk aku menceritakan pengalaman aku menolong orang..macam batman pon ada jugak aku ni ha..hehe tolong orang..actually orang tu yang tolong aku dulu..hehe dan kalau aku batman maka jokernya adalah raja la sapa lagik...hahahahaha eh terNEGATIF laks..sori2..lawak jer..

2) aku perasan bile dia citer kat aku semalam yang dia banyak client yang xmau sambung bayar insuran aku pon kena buat post mortem..jadi semalam sambil dok bincang dengan dia masalah nie aku cuba huraikan masalah nie satu demi satu..aku pon ada masalah yang sama tetapi aku rasa pendekatan yang aku buat adalah lain dari dia..aku cuba fahami masalah client dan aku cuba letakkan masalah client sebagai masalah aku dan aku pernah beberapa kali jugak la selesaikan masalah client aku.,.masalah rumah tangga pon ada jugakla..dan aku rasa mungkin yang ni menyebabkan client xralat langsung untuk bayar insuran depa..mungkin depa dah set mcm ambil insuran dengan aku sebagai tanggung jawab depa..aku selalu set otak depa mcm tue..ini adalah tanggung jawab untuk ambil insuran tetapi ambilah sekadar yang termampu..sebab tu aku x setuju snagat dengan client profil yang raja buat..client profil tu cuma sesuai untuk orang yang memang pendapatan tinggi saja..mcm cikgu dan pensyarah contohnya..mana mampu untuk ambil insuran yang harganya mencecah 7-8 ratus untuk seorang semata2 untuk memenuhi keperluan insuran..tu xmasuk anak2 lagi..so dalam client profil yang akan aku buat nnt akan aku bahagikan bahagian businessman dengan makan gaji..insyaAllah..pendek kata kita kenalah perhebatkan servicing kita..show that we care them and love them..janganlah nampak sangat dok ligan duit je memanjang..mata duitan..jangan kata orang aku pon benci..

so mungkin yang tu saja untuk kali ni insyaAllah kita akan citer lagi kendian kalau ada umur dan kelapangan..hmm mungkin satu hari nanti aku sendiri akan menulis satu buku motivasi untuk rujukan semua..insyaAllah..hmm so many thing to do and so little time..Assalamualaikum..dan selamat sejahtera..smile..( I MEAN IT )